Monday, June 1, 2009

Pengalaman Pertamaku Masuk Highway Sorang-sorang


fuh..lama da tak update blog. last2 blog ni jugak yang jadik official blog aku. blog2 yang lain untuk kesekian kalinya aku da terlupa password. tu la, makan semut banyak sangat.

so..hari minggu kelmarin sume orang takde kat umah. nurul n nomi pi KL. kak noyu balik GANU. kak zira of coz la balik umah MERTUA. so aku? takkan aku nak terkulat sorang2 kat merlimau ni? bukannya ada apa pun. shopping mall pun takde, harapkan Fresco sebijik je. jiran2 pun sumer da balik hometown masing2, almaklumla jiran2 kami hampir kesemuanya student poli. kecuali jiran sebelah kiri ni, Pak Bujang yang tak bujang.

seb baik la kawan2 aku masa sekolah dulu masih ingat kat aku, so ada la jemputan 2 bijik kat JOHOR nun. maknanya aku kena drive sorang2 la ni balik johor?? ehm..takpe..takpe..Google Earth kan ada..ok..mengikut GoogleEarth, aku ble sampai ke Yong Peng ikut highway Lipat Kajang dalam masa 1 jam 14 minit. ok..aku ikut jalan ni la..

eh..tapi Samy Vellu kata, jangan ikut Lipat Kajang. jauh berlipat-lipat ganda katanya. Samy Vellu suruh aku ikut Tol Tangkak. dekat..setengah jam je katanya. maka aku pun mengikut perintah..aku driveeeee...driiiveeeeeee....sampai la kat fly over nak naik ke muar tu aku confuse jap. Samy Vellu kata " JANGAN NAIK FLY OVER, IKUT HIGHWAY JOHOR BAHRU, JANGAN IKUT HIGHWAY KL". aku confuse..depan aku ni ada 2 signboard. signboard naik flyover HIGHWAY JB. signboard bawah plak tulis HIGHWAY KL. mana satu aku nak ikut ni? amma..appa..plz help me..aku nekad, aku naik flyover ikut HIGHWAY JB la kan. pastu bila call Samy Vellu, dia kata SALAH!! apa salah?? Lu salah bagi direction ka, wa salah ikut direction? hangin satu badan..terpaksa aku membuat pusingan U di kawasan takble U-Turn. pedulik apa aku kalau driver lain maki aku. yang penting aku nak cepat sampai..heyy..dalam pada nak cepat jadik lambat plak..

aku memang nervous. sebab ni pengalaman kali pertama aku drive masuk highway sorang2. ada beberapa perkara yang buat aku nervous bila nak lalu tol ni.

1. Macam mana kalau tangan aku tak sampai nak ambil tiket tol?
2. Macam mana kalau signboard diterbangkan ribut, aku hilang arah?
3. Macam mana kalau aku salah jalan, takble u-turn?

tapi Alhamdulillah..perjalanan aku dipermudahkan. segala kerisauan aku sebelum ini hilang. ok je, tangan aku sampai je nak ambik tiket tu even kena hulur sedaya upaya. ribut pun takde, so takdela signboard yang diterbangkan angin. dan seb baik tak salah jalan..aku tanamkan tekad dalam hati. I'M INDEPENDANT!! AKU BOLEH!! (ayat sedapkan hati..takut sesat)

Maka aku meneruskan perjalanan keluar dari Yong Peng..drive sampai maokil..pi kenduri..ambik adik aku..pastu mak aku suruh pi segamat plak..pastu baru balik lenga..penat..Samy Vellu call pun aku da tak jawab lagi..zzzz

2 comments:

  1. berhati-hati dijalan raya...sekarang ni macam-macam boleh jadi...berhati-hatilah kamu sebelum kamu makan hati...

    ReplyDelete
  2. haha ada2 je.. (^_^).. rasa2nya sy mcm da dekat je dgn maokil tu

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...