Thursday, June 18, 2009

EnD of ThE dAy

Melaka, 19 Jun 2009 - Tamatlah sudah latihan mengajar aku kat sini. Bermakna tamatlah jugak pengajian aku sepanjang 3 semester ni (Insya-Allah). Perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar rasanya macam terlalu panjang. Dah berapa tahun ek? tambah tolak darab bahagi, lebih kurang 7 tahun aku bergelar pelajar. pelajar universiti la.

kalau nak kira dari sekolah rendah, da 18 tahun aku belajar secara direct. non-stop. abes darjah 6, masuk sekolah menengah. sempat la merasa dok kat asrama kejap. asrama kat KL, aku homesick so tak lama lepas tu aku balik, sekolah kat kampung je. padahal alasan sebenarnya, aku xtahan sekolah kat KL tu cakap inggeris memanjang, mana la aku paham. so baik aku balik kampung, layan cakap melayu. sesekali layan jawa. aku sekolah kat maokil tu dari form 1 sampai form 5. even dapat tawaran masuk MRSM pun aku xnak. sebabnya aku gila kuasa masa tu. cikgu sekolah da ada ura-ura nak lantik aku jadik ketua pengawas masa tu, so aku stay. memang gile kuasa sungguh la. sume jawatan aku nak sapu. student biasanye amek satu atau dua persatuan je tapi aku ble sampai 4,5 persatuan. pastu hampir sume persatuan aku jadik pengerusi.hahaha..mantop tak? persatuan bahasa melayu, bahasa inggeris, agama islam, kelab catur, kelab keceriaan sekolah n kadet remaja sekolah. aktiviti sukan je aku tak join sebab selalu ngelat, pura2 semput padahal tak pun. tapi tu sume pada nama je, wat keja tak pun. kecuali persatuan bahasa melayu, kelab keceriaan sekolah ngan KRS je yang aku betul2 aktif. nak kata aku ni 'anak' cikgu, maybe jugak la. tapi bukan aku yang carik cikgu, cikgu yang carik aku. nak wat camne kan..huhu..kerek betul rasanya masa tu. sume orang takut kepada aku. kalau nampak muka ketat, kening bercantum, cekak pinggang tepi gate..aku la tuh.huhu..

Abes je SPM, direct terus ambik diploma. sebelum tu dapat tawaran matriks penang tapi aku tak pi sebab kebetulan masa tu makcik aku kawen. mak aku berbelah bahagi nak uruskan perkahwinan makcik aku atau hantar aku pi penang. aku surrender la, cakap tak nak pi penang.lagipun penang cam jauh je.xmau la. seb baik dapat offer diploma. maka bermulalah hidup aku sebagai student U di KUiTTHO. abes diploma, tak sempat konvo lagi aku da sambung degree plak. tak nyempat2. pastu xnyempat2 konvo gak lagi, aku sambung master plak. tu pun setelah puas bertekak ngan PPS yang gendut. ape da, orang nak sambung belajar pun nak halang2. bukannya nak pi menyamun ke, merempit ke. Life sebagai student master berbeza sket ngan masa diploma n degree. master tak banyak kelas, banyak masa mengulor..tapi assignment menimbun. tapi cam biasa la, assignment tu sume tolak tepi, lebihkan masa melepak, tengok wayang, jalan2 carik makan. kawan2 sumer sekepala, so memang happening la. aku rasa bila kitorang melepak kat Rengit ke, OldTown ke takpun kedai mamak depan kampus bandar, orang luar mesti takkan bajet kitorang ni student master. perangai tak cover langsung macam bebudak sekolah. perangai sorang-sorang cam 'NATES'.

Lepas ni Insya-Allah aku akan melangkah ke alam pekerjaan. bila dan di mana tak tau lagi. redha je la kat mana pun rezeki aku. kita sumer mungkin akan berubah tapi kenangan-kenangan inilah yang akan mengikat kita sumer..semoga kita sumer akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.Amin~


Diploma - masa ni masih xde kamera digital canggih lagi. guna kamera kodak je. tu pun pinjam orang punye sebab kamera aku da rosak adik aku pecahkan. hampeh punye adik. seb baik ada scanner, dapat la scan gambo ni masuk komputer. nostalgia tul..


Degree - time ni aku main belasah je join orang amek gambo. nampak je muka yang macam kenal, terus aku masuk amek gambo padahal sepanjang semester ada la 2,3 patah perkataan bersapa mesra.


Master - tempoh yang paling happening. korang sume memang best! aku bagi 100 bintang!


p/s: buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segalanya. aku sayang korang sumer..

5 comments:

  1. Ahh...Kuittho...dulunya dikenali sebagai Ittho lepas tu Kuittho dan sekarang UTHM...nak kata best belajar kat situ entahlah...tapi memang banyak pengalaman manis dan pahit yang tak boleh nak dilupakan...yang paling best pekan Parit Raja...happening loh...

    ReplyDelete
  2. salam tahniah dan selamat menempuhi hidup y seterusnya ;)

    ReplyDelete
  3. Rindu kat kau jugakkk.

    Kat mana sekarang?

    ReplyDelete
  4. alasan konkrit sgguh mse nk quit dr asrama tu kan..balik2 kmpg jd twin aku lak..tehehe...tp aku tiwn yg nakal..ko yg nerdy la...

    ReplyDelete
  5. senang2 jenguk blog syok sndri aku ek..tata

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...