Tuesday, June 2, 2009

Kawen..kawen..kawen..

Oppss..bukan aku yang nak kawen. perkataan kawen masih takdak dalam hidup wa (ayat sedapkan ati sebab tak kawen2 lagi..). Tiap kali aku bagitau mak aku, kawan aku yang sekian-sekian nak kawen, ayat mak aku comfirm macam ni, "Haa..dah kawen pun si polan tu..ko? tak kawen2 jugak!"

Ok..fine..

Untuk kesekian kalinya, seperti yang aku da maklumkan dalam post sebelum ni, aku dapat jemputan kawen lagi. even kad tak sampai, tapi by phone jadik la jugak. ada 2 jemputan kat johor hujung minggu lepas. satu jemputan daripada norli dan satu lagi daripada aida. kedua-duanya adalah kawan masa skool dulu. actually ada banyak lagi kad jemputan yang sampai kat umah kat kampung..kelantan la..kedah la..terengganu la..tapi sebab aku tak sempat nak balik kampung, so tak tau la kad jemputan sape tu. sori la guyz sape2 yang aku tak sempat nak bertandang tu. aku hanya mampu ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Hari Sabtu, umah Norli. dengan machonya aku pi kenduri sorang2. masa aku sampai, Norli tak siap lagi. mak andam lambat sampai. so sempat la aku borak2 ngan dia jap. kagum sekejap aku bila tau yang dia da kenal husband dia tu sejak form 3 lagi (apasal aku x tau?ke aku x ingat..). aku kira-kira lebih kurang sedekad jugak tuh. fuh..memang jiwa kental la. tahniah..tahniah..So kat bawah ni ada gambar Norli. 2 keping je..tu pun aku cilok dari Izzu. thanx Izzu. :)

(cara gak aku edit gambo ni, ingat razak shaari je ke tau edit gambo..hahaha..)

(Norli n Izzu)

Hari Ahad, umah Aida. Kali ni aku pi ngan adik aku. dapat la jumpa kawan skool dulu 3,4 kerat. yang pastinya semua kenduri aku pi, Izzu mesti ada. kalau dia takde, tak jadik kot majlis..hahaha..so..selain Izzu, ada gak aku jumpa Ecah ngan Ain. Ecah masih dalam pantang, tapi senyap2 dia lari dari umah, pi umah Aida.huhu..dan tak pasal2 aku dan rakan2 dipaksa menjadik "TOL GIRL". biasanya yang jaga tol ni bebudak, tapi sebab bebudak takde, maka kakak budak pun jadik la. habuannya? dapat la singgit sorang. ngehngeh...kalau dapat kopok lekor best gak. maklumla pengantin lelaki dari Terengganu tuh. So kat bawah ni aku letak la beberapa gambo masa Aida bersanding.

(Aida..my buddy)



p/s : aku nak kawen bulan 11..

5 comments:

  1. kalo g2 aku nk kwin awal sket...bln10...heheehehhe...

    ReplyDelete
  2. ok la tu..aku pi kenduri ko yg kat muar je dekat. pastu bulan 11 ko kena datang muar lagi kenduri aku plak.

    ReplyDelete
  3. Bulan 11 kau nak kahwin Nad? Kad bila nak hantar? :P

    ReplyDelete
  4. Kad tunggu dulu..belum siap.tengah survey2 lagi nih.

    ReplyDelete
  5. Hukum kahwin ada 5: Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram.

    Wajib: ini adalah hukum bagi mereka yang tidak dapat menahan nafsu daripada terjerumus dalam lembah maksiat dan mempunyai kemampuan untuk berkahwin.

    Sunat: ini adalah hukum bagi mereka yang dapat menahan nafsu daripada terjerumus dalam lembah maksiat dan mempunyai kemampuan untuk berkahwin.

    Harus: ini adalah hukum asal bagi kahwin. ini adalah hukum bagi mereka yang belum mempunyai keinginan untuk berkahwin walaupun mempunyai kemampuan.

    Makruh: ini adalah hukum bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin. jika ia berkahwin juga ia tidak mendatangkan kesan yang buruk kepada isterinya.

    Haram: ini adalah hukum bagi mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk berkahwin dan berkahwin dengan tujuan yang tidak baik.

    Jadi Nadia, pilihlah yang mana satu pilihan anda...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...