Wednesday, October 14, 2009

GPS..oh..GPS..

aku dah lama dengar pasal menatang GPS nih. ayah aku pun selalu sebut2 kata nak beli GPS tapi sampai la ni tak beli. dan aku selalu gak tengok alat GPS ni dalam kereta Eric (Deco Bersama Eric tu).walaupun aku tau kepentingan GPS ni bagi orang yang buta arah macam aku ni, tapi aku tak pernah pun terlintas di hati nak mencubanya. n kat hp pun sesetengahnya ada built-in GPS kat dalamnye tapi tak pernah pun aku teringin nak beli hp yg ada GPS nih.

(bagi yang tak tau GPS tu menda, GPS tu singkatan daripada Global Positioning System.)

Sebelum2 ni pun, kalau aku nak pergi tempat yang aku tak pernah pi, aku musti check map kat dalam Google Earth. aku rasa Google Earth lah benda yang paling banyak membantu aku untuk mengelakkan daripada sesat. kiranya Google Earth la peta aku yang paling canggih. aku ni memang buta arah. even ada signboard depan mata pun aku masih was-was lagi. selama ni actually aku mencari arah secara bertawakal je. agak2 kalau dah tersalah jalan, patah balik je. tu je la pemikiran aku.

Tetapi...baru2 ni aku telah diperkenalkan dengan menda alah GPS ni. first time aku tengok menda tu, dah start kagum da. bila dapat set map nak pi mana, lagi la aku kagum. bila menda alah tu bersuara, lagi la aku super kagum. macam citer fast n furious pun ada. thanx to abang zaza yang memberi pinjam benda GPS ni. kalau tak, sampai bila pun aku tak pernah guna GPS nih. even aku xde alat GPS ni (setakat nih), tapi at least da pernah guna la jugak kan. terasa bagai 10 tahun lebih maju daripada orang lain. hahaha..

Actually dia kesian gaknye aku tinggal sorang2 kat umah (dah la aku selalu wat muka seposen), so dia kata baik aku pi jalan2. sebab aku tak tau jalan area KL, tu pasal dia pinjamkan GPS tuh. So, first time guna benda nih, ada instructor kat sebelah yang tunjukkan camne nak guna, nak tekan ape sume.so destinasi pertama yang aku cuba adalah nak ke Jusco Kepong sebab plannye nak pi shopping kat sana la. aku bukan orang KL so mana lah tau jalan ape sume. maka dengan adanya GPS ni, aku telah berjaya memandu sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Aku memang confident betul la dengan menda nih. even hajat asalnya nak pi Jusco Kepong, tapi dah ada menda ni, panjang la langkah aku. aku terus pi Jusco Bukit Raja plak dengan Cik Nor Amalina Musa. time ni instructor da tak ikut sama. huhu..jauh gak nak ke sana tu. tapi sebab ikut highway cam senang la kot. time pi, ok je. senang je nak sampai. lepas berfoya-foya menghabiskan duit sume, tibalah masa untuk balik. nasib baik ada GPS.huhu..cuma time balik cam serabut sket. asyik tersalah simpang je. tapi yang bagusnye GPS ni, bila tersalah jalan, automatik dia akan tunjukkan jalan lain atau pun jalan untuk patah balik. memang takkan sesat punye la. akan sentiasa ada jalan untuk dituju cuma antara lambat ngan cepat je.

Aku memang puas hati ngan menda ni. aku nak beli sebijik untuk keta aku. :D



Bagi yang tak pernah tengok GPS, inilah dia. tapi bukan GPS ni yang aku guna pakai hari tu. yang aku guna pakai atau istilah sebenarnya pinjam adalah dari jenama Tomato Hi-Tech. comel aje. :)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...