Saturday, November 14, 2009

LoNeLy GiRL iN a LoNeLy rOOm Part 2

13/11/2009 (Jumaat)

Day 2

Damn hell..

malam tadi tak dapat tidur lena. actually my roomate balik umah hubby dia kat melaka, so aku kembali lonely in the room. seronok gak bergolek sorang2 kat katil queen dengan selimut gebu n air-cond. n aku pun mula memamaikan diri untuk tido. dalam pukul 12 , tetiba dengar door bell berbunyik. "ding!ding!" adoi..sape plak ni.baru je nak lelap. aku bangun, jengah kat pintu, oo..housemate ku rupanye. aku bukak pintu, bagi dia masuk then kunci balik pintu, sambung tido.

Kol 1 lebih pagi.."DING!DING!DING!" Adoii..sape plak lagi yg tekan loceng ni.dah kol bape ni. aku buat2 tak dengar dengan harapan housemate ku bilik sebelah akan bangun bukak pintu. tapi nampaknye tak..loceng terus memekak. aku pura-pura tido mati. "GEDEGANG!GEDEGUNG!" alahhh...main gegar pintu plak.terpaksa aku bangun dengan mamai2. masa tu tak terfikir mana la tau kot2 yang tekan loceng tu adam bakhtiar tower 13 ke. huhu..naseb baik bukan. rupanya budak umah depan, tak dapat masuk umah dia, dia ketuk umah aku plak.apa kes..dia tanya no.phone housemate dia. hallo..sekarang ni sapa housemate sape. takkan housemate sendri tak de no.phone. n apa kes nak gegar umah orang depan plak. aku cakap aku tak tau. maybe diorang ingat aku tau no.phone diorang sebab petang tu budak tu lepak umah aku padahal diorang sume collegues ilun n wana. pastu dia mintak no.phone ilun, aku cakap takde. then aku kata aku ada no.phone wana, ble try contact.aku patah balik bilik, amek hp. baru je aku nak bagi nombor, budak umah depan bukak pintu. haiyaa..tadi time ketuk pintu tak bukak. ni da stop ketuk, baru nak bukak. adoiii..sabor je la.tu ar,da tau kunci tu ada satu je, mintak2 la no.hp kat pemegang kunci, kan da susahkan orang lain bila tak dapat masuk.

Pagi2 da bangun..kononnye kena bertolak kol 7 pagi. kol 7 aku da siap n turun kat tempat tunggu bas n van. tapi ape kes nye nak pi dataran pahlawan kol 7 pagi. mana bukak lagi. so aku ikut idi n student dia pi KK masjid tanah.ingatkan dekat, rupanye jauh. lebih kurang setengah jam jugak nak sampai ke situ. aku main rubic cube pun da ulang lebih 10x pun tak sampai2. sampai2 je sarapan yang dijanjikan takdak. pulak...so setelah meninggalkan idi kat situ, aku ikut datok n kawan dia breakfast. lama tak pekena roti canai..tambah plak orang belanja memang best. lepas
breakfast baru bertolak semula ke dataran pahlawan. sampai sana lebih kurang 9 lebih. sampai2 je aku macam orang yang tersesat di sebuah negara asing. tak tau arah tujuan nak ke mana. rasa cam sampah pun ada gak sebab sume orang wat tak peduli jek. seb baik ada wana n ilun. so dengan tak malunye aku melepak kat booth diorang.

actually aku rasa pengurusan program ni memang hancus la. aku ni peserta kategori laman web tapi tempat pertandingan pun tak tau katne. pastu katanya ada demo web, tapi xbgtau pun booth mana ke, guna peralatan ape ke. bila tanya urusetia, sumenya tak tau. sumenya main tolak sana tolak sini. naseb baik aku ni jenis tak malu bertanya, so sume orang aku tanya pasal no,contact urusetia laman web. setelah menjaja diri ke sana sini, akhirnya dapat gak contact person. bila tanya pasal web, dia kata penilaian buat menerusi url je. dah tu, apa fungsi aku kat sini. kalau nak cek url, kat zimbabwe pun ble cek. takpe..takpe..mungkin aku adalah penyeri majlis supaya nampak lebih ramai n meriah.

pastu dah tak tau nak watpe..ape lagi, aku, wana n ilun mulakan misi merayap kat dataran pahlawan. aku rasa diorang memang silap besar la sebab meletakkan aku kat dataran pahlawan ni. ni kawasan larangan aku. jangan la ada perkataan diskaun atau pun less, memang aku akan jadik lupa daratan. dan itulah yang berlaku di mana aku telah 'ter'beli sehelai baju yang ada less 50%. sanggup apply member card sebab nak dapatkan baju yg ada less tu.huhu..aku memang
kronik la. tolong la jauhkan aku dari tempat2 macam ni...

so da dapat satu baju, wana kata nak tengok wayang. so kitorang check, movie paling awal kol 11.50 adalah 2012. memula plan nak tengok pisau cukur tapi lewat plak kol 12.30 so kitorang sambar je movie paling awal.citer memang best.banyak aksi mendebarkan even sometimes cam meleret plak. dan yang confusenya, penonton belakang aku ni betul2 excited la bila tengok citer ni. menjerit2 diorang masa bumi tu merekah kejar kereta. pastu ada scene apa ntah, diorang punyelah excited siap tepuk2 tangan lagi. aku rasa itu budaya orang melaka menonton wayang kot. sebab dulu, aku penah tengok movie dalam panggung yang sama, kalau tak silap masa tu citer terminator salvation. penontonnya pun excited camtu la siap tepuk2 tangan. tak paham aku. aku tengok masa praktikal kat melaka sem lepas.mungkinkah mereka orang yang sama? ehhhmmm....

pastu petang da takde xtvt. aku jz follow wana n ilun settle kan hal cenderahati n hadiah diorang. penat gak ngulor tak tentu hala ni. kol 5 balik umah, lepas solat terus lepak tido. cam biasa banyak tul gangguan time nak tido ni. time nak terlelap tu la, housemate call kata dia da nak naik umah. dah aku kena bangun bukak pintu.aku menunggu depan pintu tunggu dia masuk. takkan aku nak biar je pintu tu terbukak, mana tau tiba2 perogol bersiri terjah masuk, wat naya je. tunggu punye tunggu, dekat 5 minit tunggu, tak muncul2 gak. mana ni, tadi call macam da nak masuk sangat. aku kunci balik pintu, sambung bergolek. setengah jam kemudian baru loceng bunyik tandanya dia sampai. baik tak payah call tadi, tekan je loceng tu, ble je aku bangun bukak pintu. ape daa..ada je yg nak mengganggu indah lelapku.

aku sambung tido sampai ke magrib. penat woo..kol 7.15 bangun..kebetulan masa tu housemate yg tadi kata dia nak kuar jap beli topup.so aku pesan kat dia tolong ambikkan makanan aku kat bawah sebab aku malas nak siap2 pakai tudung sume nak turun bawah. tunggu punya tunggu, dia tak balik2. mana makanan ni. aku da lapar ni. seb baik aku ada bawak susu kotak n roti. so tu jelah jadik makan malam aku.

(semestinya low fat n high calcium, okey?)

Menjelang kol 8 lebih, wana sms ajak hang out. apa lagi, aku on jek. diorang ajak cari port makan dulu. diorang kata makan malam yg disediakan tak best.so, aku tunjuk jalan ke Asam Pedas Claypot kat Kota Laksamana. seb baik ingat jalan lagi, dulu LanLan yang bawak makan ke sini. nostalgia tul. so of course la aku order asam pedas kan. memang sdap la.fuhh..tambah sedap lagi sebab KJ Jelebu belanja. time kasih daun keladi, lain kali belanja lagi.huhu..

(mesti korang nak kata "mm..asam pedas lagi..")

Lepas makan, dak2 ni kata nak karok. orait..aku layan je. kitorang try pi dreambox kat dataran. rm28++.ingatkan untuk satu bilik, rupanye untuk sorang je.mm..tak payah. kitorang batalkan misi nak karok. maybe tentatif karok dibawa ke hari esok jika berkesempatan. pastu lepak jap kat booth. pastu da tak tau nak watpe, tambahan plak ujan, so takbest nak merayau. so balik.

( me n wana..)

mmm..tapi masalahnye apasal aku xble tido ni..bilik da cukup sejuk. tilam,selimut n bantal da cukup gebu. aku makan ubat alergik aku tu pun masih tak ble wat aku tido..tadi dah layan satu episod 10 things I Hate About You, pun xle tido gak. layan video klip pun xble tido gak..aaaa....sebab tu aku ble tulis benda alah ni panjang berjela sebab takble tido...aaaa...nak tidooo...

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...