Thursday, November 26, 2009

HaNDPHoNe KaTaK

Semalam adik aku mesej guna hp ayah aku. tak pernah-pernah pun diorang kalau nak mesej guna hp ayah aku.selalunya guna hp mak aku. so adikku si Zati yang kepoh tu bagitau, rupanya hp mak aku hilang masa pi Kiara Mall. tu ar, shopping tak hengat dunia sampai hp pun ble cicir. mesti mak aku frust sebab hp tu baru lagi, tak sampai setahun pun.

So, aku pun mengofferkan hp aku lagi satu untuk mak aku pakai. korang tau ape adik aku reply?
"Akak, mak tanya henset yg bunyi ayam atau katak tu ke? mak tergelak tau."

Ooo..demand rupanya mak aku. so aku pun reply..
"Ye la..henset bunyi katak tu la. ok ape, daripada takde langsung."

Zati reply...
"Eee..mak ketawa. mak cakap takkan nak pakai henset tu. selama ni henset mak yang paling canggih kat kawasan ni, mak cakap."

Hahahahha...mak aku memang demand! ok la tu ada gak hp daripada takde langsung. mak aku memang xble blah..seb baik aku tak mewarisi perangai demand mak aku nih.huahuahua...comfirm raya aji ni balik johor mak aku beli henset baru untuk kesekian kalinye.

( ok ape hp katak ni..ble wat torchlight lagi..)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...