Monday, November 16, 2009

LoNeLy GiRL iN a LoNeLy rOOm Part 3

14/11/2009 (Sabtu)

Day 3

Ehm..malam tadi tido nyenyak sket tanpa gangguan even kol 2 baru ble nak lelap. oleh kerana aku malas nak pi dataran awal2, so dengan tak malunye aku menumpang keta ilun n wana untuk ke dataran. so ble pi lewat sket. pi awal2 pun takde faedah. so kitorang pi kol 8 lebih. datang..pastu tak tau nak watpe. housemate ku kak dayang pun ada gak. ramai sket kroni.huhu..

oleh kerana, ilun n wana agak busy nak menguruskan hal hadiah tu, so aku n kak dayang membawa diri berjalan lagi dalam dataran. niat di hati nak cari tempat yg ada wifi. so kitorang masuk old town. ye..ada wifi. tapi takde plug. maka dengan bateri laptop kami yg da kong ni, hanya mampu bertahan 15 minit jek. ceh..bazir je order kopi n roti tapi tak dapat nak lepak lama2. dah la old town tu pekerjanya sume foreigner indon la, nepal la. aku tanya ada
tempat plug tak, dia cakap bahasa nepal ngan aku. bajet aku paham ka. ni sama kes ngan bangla kat mapley parit raja la ni. bangla tu lagi sengal. aku tanya dia "kena bayar dulu ke?" tau tak ape respon dia? dia bagi sudu kat aku..fine..ble tak sudu tu aku gunakan untuk ketuk kepala dia?

( iNi di Old tOwn)

Kami lepak dalam old town lebih kurang setengah jam, pastu bosan sebab takble bukak laptop. so kitorang kuar merayau. destinasi dituju pastinya kedai baju. lama jugak kat kedai tu hampir setengah jam. Alhamdulillah, aku dikuatkan iman agar tidak membeli baju lagi.

Kemudian, kami merayau ke Heritage Bazar dengan niat nak mencarik souvenir la untuk kawan-kawanku yang tercinta.Macam-macam ada dalam tu, tak tau nak beli ape. ada barang mahal, ada barang murah. zirafah aku yang aku beli kat kedai rm2 tu dijual rm4 sekor kat sini. 3 ekor rm10. kak dayang beli zirafah tu n keychain untuk kengkawannya. aku plak beli kipas untuk bebudak ni. aku rasa tu la benda paling cantek dengan harga berpatutan kat sini.

(kat HeRiTaGe BaZaaR)

Ehm..jalan punya jalan..penat la plak. mana taknya..mengusung laptop hampir 3kg ni ke hulu hilir, mana tak lenguh bahu. So kitorang mencarik tempat melepak lagi. kali ni Starbucks plak dengan harapan ada wifi n soket plug.belek punya belek, bagus..ada soket plug. maka kami pun membuka laptop n pasang kabel ke plug. pastu order.favourite aku Chocolate N Chip Blended. pastu kami pun cuba meng'connect'kan diri. sekali lagi hampes, rupanya wifi kat situ ada problem. mmm..kak dayang ada bawak dia punya broadband so ble la dia ber'kebun'.aku? nak buat pe ek..tak tau nak watpe so aku pun layan la citer jepun Honey N Clover. sambil layan citer sambil menikmati ice blended memang best. rupa-rupanya aku tak tengok sorang2. minah yg dok belakang aku rupanya dok skodeng citer aku senyap2 tanpa pengetahuanku. aku tau pun bila kak dayang bagitau. ehmm..biarlah.nak tengok pun tengok la.


Lebih kurang sejam kat Starbucks, aku da mula beku. dah la aircond sejuk, minum plak ice blended, aku memang bijak bestari. so kitorang decide nak kuar la. nak pi booth plak nak tunjuk muka. tapi pastu takde arah tujuan gak. masa lalu kat KK Bukit Beruang, diorang ada wat promotion manicure n pedicure rm5 sahaja. RM5!RM5! murah tu!mana ble dilepaskan peluang keemasan ni. So aku pun menadah tangan wat manicure. kak dayang pun turut dihasut oleh aku
supaya wat gak. memang best bila ada orang belai-belai tangan. rasa nak tertido pun ada.huhuhu..memang puas ati la. berkilat kuku aku di'polish'nye. best..best..nak wat pedicure tapi air tak cukup so wat lain kali la.


Ok..kuku da kilat, so kitorang kononnya pi ke stage la untuk majlis perasmian InoReka (dah hari ke-3, baru nak rasmi..mm..apa kes?) Kitorang saje je nak bagi meriah majlis kan so kitorang pun dok la kat belakang tu. busan beb. aku siap main rubic cube lagi. da busan main rubic cube, mata pun mula mengantuk. dan dengan selambanye, aku pun tidoooo...bukan pura-pura tido mahupun tido-tido miau..memang betul2 tido la. aku terjaga bila kak dayang beralih kerusi. uikss..busannya..

So..ape lagi aku nak tulis ni..tiada apa selain busan dan busan sahaja..

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...