Monday, November 16, 2009

LoNeLy GiRL iN a LoNeLy rOOm Part 4

15/11/2009 (Ahad)

Day 4

Malam tadi tido lena walaupun ke'lonely'an. kak dayang cam besa balik umah hubby dia. housemate lain kak fida n kak shima da balik kedah. so aku sorang2 tinggal dalam apartment tu. seb baik bukan tower 13. kalau tak, takut jugak.huhu..memang aku dok dalam bilik je tak kuar2. seb baik ada sekor lipas, ble la wat teman. pastu layan movie twilight yang da basi sampai tertido.

Paginye pi dataran kol 9 lebih. siap2 angkut barang sumer. idi da kebusanan so dia ajak balik karak awal. aku no hal. aku pun kebusanan tahap gaban kat sini. lepas sarapan, aku merayau sorang2. takkan aku nak merayau ngan idi. laki orang tu. so aku pi ke booth KK Bukit Beruang dengan harapan air da ada untuk wat pedicure. n yes!! ada! ble buat. maka aku pun menunggu turn dengan sabar. ada la dalam sejam gak menunggu. wana n ilun tak sanggup tunggu diorang blah dulu. cuma aku tak puas ati nga sorang mamat ni. ada ke anak dia yang umur 4 tahun nak dibuatkan manicure. kuku budak tu halus lagi dah nak dipolish2 n dicolor2. pastu anak dia yang umur setahun setengah da mengamuk2 busan menunggu kat situ. plaknye anak dia yang kecik tu bila nampak aku, dia tarik2 baju aku sambil panggil "ma..ma.." err...sori ye..ni bukan anak saya. aku xmau diskandalkan ngan laki orang, please.

So, aku wat pedicure. pun melekakan sampai aku tersengguk-sengguk mengantuk. plaknye ada bantal peluk, lagi la aku layannn..sambil2 tu aku tengok mamat tadi sementara tunggu anak dia siap wat manicure, dia plak wat rebonding. tengah2 wat rebonding, blackout. hahaha..nak terguling aku tengok rambut dia bergulung2 lagi tak siap rebonding.hahahahaha...

Tengah-tengah wat pedicure, idi call ajak balik. aiseh.."jap idi, kuku tak siap lagi nih. 10 minit lagi, k" So aku suh dak tu cepat2 siapkan. pastu pi carik urusetia nak pulangkan kunci apartment. hampeh punya urusetia, nak checkout kat mana pun x tau. dua tiga kali aku terpusing-pusing antara booth n stage carik tempat pulang kunci. kejap orang ni kata kat booth stage, pastu yg lain plak kata kat booth vvip. mmm..takpe..saya kan seorang yang penyabar..smilee..cheesseee...

Lepas pulang kunci, tunggu datok kat depan dataran. pastu ternampak plak idi ada beli toothbrush holder yang comel..aku pun berkenan apa lagi turun semula ke dataran beli benda yang sama.huhuhu..ble wat souvenir untuk zati. lupa plak takde beli ape2 lagi untuk dia.

So kami pun bertolak balik dengan gembira. tak kuasa nak tunggu majlis penutup ke, majlis penyampaian hadiah ke. lagipun aku da rasmikan da medal gold untuk pemenang. huahuahua.. walaupun bukan milik aku tapi at least da rasmikan.huhu..aku juz pesan kat pali n encik anas, biar diorang yang standby kat situ kalau2 nama KKBen naik.huhu..tapi comfirm tak naik punye.

(betul tak aku kata aku da rasmikan gold medal tu?huhu..)

Cam biasa naik van je terus hanyut. sedar2 je da kat nilai. lepas makan n solat, sambung journey.datok tanya "ada nak singgah KL tak?" ohhh...no..no...aku terpaksa kuatkan iman say NO! sebabnya malam tadi zaza telah meng'psiko' aku tentang sale besar-besaran kat SOGO. walau hati aku meronta-ronta nak beli kasut polo rm20, tapi dengan berat hati, aku berkata "xpayah la..nanti abes duit plak."huhu..kuat tak iman aku?

n on the way sebelum sampai sungai besi, ada satu accident yang dasyat. dari jauh da jem. pastu nampak asap hitam berkepul-kepul. rupanya accident melibatkan bas n bas tu terbakar. dasat woo..lori tangki Shell siap berhenti kat belakang, tak berani nak lalu takut kena sambar. seb baik kitorang lalu, takde kena sambar. kalau tak naya je.

(aku dapat amek gambar belakang bas, gambar depan bas, idi yg amek..huhu)


So..dalam kol 4 aku pun sampai di taman hijau, karak yang tercinta. Home Sweet Home! I'm Home!

(wif kak dayang n wana)

(antara kategori yang dipertandingkan - bakeri..da buat lawa2 tapi tak bagi makan, apa kes membazir..)

( booth Jelebu, budak pemprosesan makanan, port wajib lepak n musti ambik sample makanan diorang..huhu)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...