Thursday, November 12, 2009

LoNeLy GiRL iN a LoNeLy rOOm..

12/11/09 (Khamis)

Day 1

Hari pertama aku ke inoreka kat melaka. actually aku pun xtau apa fungsi aku untuk pi ke sana sebab setakat pertandingan website tu, kalau dok kat uganda sekalipun masih tetap ble judge as long as ada internet. tapi aku pi jugak la n aku anggap ni sebagai satu pakej percutian 4 hari 3 malam. best gak tu, ble release otak aku yg selalu serabut ni.

So, team yg pi adalah seramai 4 orang. aku, idi, sorang student n driver. kami bertolak dalam kol 9 pagi. semangat giler. naik je van, aku terus hanyut. sedar2 je da sampai KL masa datok stop kat putrajaya. pastu sambung balik journey ke melaka. sampai hampir kol 1. masa untuk pendaftaran kol 2 so kitorang decide makan dulu. kalau kat melaka, apa lagi menu special nye kalau bukan asam pedas. perghhh..dah lama aku xpekena asam pedas ikan pari melaka. memang aku bubuh kuah banyak2 bagi banjir pinggan. puas ati dapat makan. huhu..murah pun murah gak la.

(cam menyelerakan tak? nyum..nyum..)

Pastu, kitorang pi solat kat Masjid Selat Melaka. ini kali kedua aku pi masjid ni. first time pi dulu hanyalah sekadar sesi melawat dan bergambar sahaja. kali ni dapat la solat dalam tu. pastu kitorang merayau carik tempat penginapan. namanye Casa Lago Apartment.puas gak merayau satu melaka baru jumpe.

Registration memang hampeh. tanya tentatif hapah sorang pun xtau. sumenya suh tunggu taklimat malam ni. tak kose aku nak pi. aku suh idi yg pi.huahuahua..baik aku beristirehat di bilik. oleh kerana aku orang pertama daftar bilik tu, aku umpama raja.huahua..bukak aircond sume n sambil bergolek atas katil makan coklat sambil layan movie..seb baik bawak laptop ble layan movie.tu pun da layan satu dua movie, aku da start boring..lonely nyeeeeee takde kawannnnn!!mana roomate yg lain ni. dah la takdak internet. lagi la bertambah hampeh.

da petang sket, wana call.seb baik wana n ilun ada. even diorang bilik tak sama ngan aku, dengan tak malunye aku pesan kat diorang sebarang aktiviti jangan lupa inform aku. aku taknak terperap sorang2 kesunyian dalam bilik yang membosankan ni..baru 4 jam dok sorang2, da lonely giler. belum lagi kalau dok sorang2 kat umah sewa.masa tu housemate sume da kawen, tinggal aku keseorangan.huaaaaaaaa...

Seb baik lepas kol 7 pm, sorang demi sorang roomate masuk sampai complete 4 orang sumenye. dan dengan muka tak malunye aku meminjam broadband roomate yang baru dikenali sejam lepas.huhuhu..tu pasal aku ble wat post ni. mm..sok punye citer update lain kali..nak layan tower 13 jap lagi.chow..

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...