Wednesday, November 25, 2009

Tragedi Alamanda..

Semalam aku dan pensyarah-pensyarah baru KKBen dihantar ke Putrajaya untuk menghadiri seminar sempena Sambutan Hari Inovasi KPTM 2009.Kami sampai agak on time tapi dewan dah penuh. Lepas tercari-cari akhirnya dapat gak tempat duduk kat depan. Tapi, bosan memang bosan la sebab dengar orang bercakap je. aku kan mana ble duduk diam tanpa berbuat ape-ape. Kalau dok diam takde buat ape-ape bermakna aku akan tido.maka di saat Khaled berucap pun, aku da ble terlelap. aku cuma bangun bila penyampaian hadiah. then pi minum pagi.

Ternyata diorang memang silap besar la sebab menghantar aku dan rakan-rakan ke suatu tempat yang berdekatan ngan shopping mall. hari tu da hantar aku ke Dataran Pahlawan, ni hantar ke putrajaya yang berapa langkah je ngan Alamanda. Memandangkan dewan tu agak penuh dengan umat manusia sampaikan ramai yang tak dapat tempat duduk, maka kami bermurah hati mendermakan tempat duduk kami kepada orang lain. takpe..takpe..kitorang ble carik tempat duduk lain kat Alamanda ye.
huhuhu...

Maka bermulalah sesi shopping tak hengat dunia. tambah plak gaji baru masuk semalam, memang hidup la kami sumer. Tapi paling takble blah, depan Big Apple masing-masing tolak-menolak tak nak kuar duit. memula pau Zali, dia kuarkan RM2.50 je. kedekut! pastu dia up lagi jadik RM4.50. pastu up lagi jadik RM5.50. pastu Ayu murah hati bagi RM2. then sape lagi manusia paling mudah cair, aku la yang jadik mangsa pau. Imagine this. aku kata kalau ada duit color hijau dalam dompet, baru aku belanja. kalau takde, memang bukan rezeki diorang la. Di saat aku membuka dompet, masing-masing menunggu dengan suspen. aku belum abes bukak dompet lagi, Ayu da jerit.."haa...tu ada duit hijau!" Semua orang menjerit suka sebab ada duit hijau dalam dompet aku. ehmm..memang rezeki diorang la.Maka cukuplah RM12.50 untuk beli Big Apple sekotak untuk 6 orang. aku rasa mesti orang takkan sangka kami ni berjawatan
pensyarah sebab masing-masing perangai cam 'Nates'.

Kesudahannya..hari ni kaki aku sakit. Sebab aku berjalan keliling shopping mall dengan high heels. then panjat plak bukit kat putrajaya tu nak balik ke bas..memang aku redah je tahan sakit kaki. xpe...xpe...beauty is pain..beauty is pain...yang penting aku puas hati dapat shopping mereleasekan tekanan perasaan. huahuahuahua...


(agak-agak ada gaya pensyarah tak?)

( muka gembira sebab da dapat makan Big Apple)

( Tragedi Alamanda..very sorry abun..nanti aku belikan yang baru)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ko tak cite plak ape jadi lepas balik dr Alamanda..haha...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...