Thursday, December 24, 2009

Melayan Kebusanan Tahap Devil

(peribahasa baru-bagai opis dilanda garuda)

Oh my..untuk kesekian kalinya aku kebusanan lagi. hujung2 tahun camni, sumer orang sibuk berholiday menghabiskan sisa-sisa cuti yang macam susah sangat nak abeskan dari awal tahun. sisa cuti aku ada 2 hari lagi. tapi aku malas nak cuti. kalau cuti pun, bukannya buat ape beb. paling2 pun aku akan menghabiskan masa tido macam beruang kutub yang sedang berhibernasi. balik kampung pun macam takde ape yg menarik. silap haribulan aku lari dari rumah lagi, menyampah aku tahap nates ngan nates sekor kat rumah tu. die..die..kill..kill..go to hell laa!

Dan pada saat ini, pukul 11.52 minit pagi, hanya aku dan naza je yang tinggal berduaan dalam opis ni. andai la naza itu lelaki, maunye kami dah kena tangkap basah berdua. hihi..aku pun da tak tau nak buat ape. nates!!kenapa aku selalu sangat diserap perasaan busan ini. nak berinternet pun da xtau nak watpe. nak tido tak ngantuk plak walaupun aku baru je lepas telan ubat batuk melebihi dos yang dibenarkan oleh doktor Klinik Kerajaan Karak. Aku pun xtau la dia bagi ni ubat batuk ke ibu sirap. langsung tak berkurang pun batuk aku. sampai berair mata n hidung aku kebatukan. uhukk..uhukk...T_T

(inilah ubat batuk berkenaan..memang sirap rupanye. ceh..tertipu!)

Terdengar bunyi tapak kasut..kletak kletukk..oo..ada manusia lain menjengah masuk ke opis ku ini. rasa terhibur sket melihat ada manusia lain selain naza berlalu-lalang di opis. oh ye, sebentar tadi pun ada aunty cleaner datang kutip sampah kat bakul sampah aku. dan tong sampah itu hanya kosong dalam masa 10 saat je kerana kemudiannya aku telah mengisinya dengan sisa-sisa kertas daripada slip gaji aku. dah lama slip gaji tu terbiar atas meja. aku takde hati nak melihatnya sebab yang penting akaun Maybank aku berisi duit. aku belek2 slip gaji tu dalam 5 saat n then campak masuk ke dalam laci. busan..hanya picisan kertas yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan pemanasan global.

Devil dalam hati aku meronta-ronta menghasut, "balik rumah jelah tido. dok opis pun bukan watpe.petang karang datang la smula thumb out."

Astaghfirullahalazim...sesungguhnya syaitan itu memang suka menghasut anak Adam melakukan kemungkaran. Aku takkan ikut kata dia untuk balik tido kat umah. aku hanya akan tido kat sofa belakang saja. ok? zzzzzzzzzz......

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...