Thursday, December 24, 2009

Tips Menulis Karangan Yang Hebat

Ok..ok..kali ni aku nak serius sket la. asyik buat entri merapu jek. actually bukan senang nak dapat idea menulis ni. aku pernah tanya tips kat ayah aku masa nak buat karangan. so tips yang ayah aku berikan lebih kurang camni lah.

1. Ambik sebuah kamus. kalau nak buat karangan melayu, ambik la kamus bahasa melayu. ok?

2. Secara rawak, selak mana-mana halaman dalam kamus.

3. Perhatikan perkataan terakhir yang kita nampak di sudut kanan bawah kamus. perkataan itulah yang akan digunakan untuk membuat ayat karangan.

4. Sebagai contoh, perkataan yang kita jumpe adalah "PENANTIAN". so kita buatlah ayat daripada perkataan "PENANTIAN" tu. contoh ayat "PENANTIAN adalah satu saat yang sangat menyeksakan jiwa tatkala rindu mula berbisik di sukma." (yucks!aku yang buat ayat ni pun terasa geli nak membacanya)

5. Then, cari perkataan seterusnya. Perkataan kedua yang ditemui adalah "MAKAN". so buat lah ayat, "Rindu ini semakin meMAKAN jiwa." Setiap ayat kenalah ada connection antara satu sama lain, hokey?

Maka teruskan lah menyelak kamus, membuat ayat sehingga menjadi satu karangan yang lengkap. (walaupun pada hakikatnya aku agak ragu-ragu dengan tips tersebut) Ayah aku dengan bangganya kata kalau guna tips tu, novel setebal kusyen sofa tu pun aku boleh tulis. Oh ye ke..fine. (kenapa ayah tak tulis novel sendiri? ehmm..)

(kau nampak tak aku tengah serius buat karangan tu.. :p )


p/s : kenapa aku rasa entri yang ni pun cam merapu jugak walaupun aku da cuba berserius?

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...