Thursday, June 18, 2009

EnD of ThE dAy

Melaka, 19 Jun 2009 - Tamatlah sudah latihan mengajar aku kat sini. Bermakna tamatlah jugak pengajian aku sepanjang 3 semester ni (Insya-Allah). Perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar rasanya macam terlalu panjang. Dah berapa tahun ek? tambah tolak darab bahagi, lebih kurang 7 tahun aku bergelar pelajar. pelajar universiti la.

kalau nak kira dari sekolah rendah, da 18 tahun aku belajar secara direct. non-stop. abes darjah 6, masuk sekolah menengah. sempat la merasa dok kat asrama kejap. asrama kat KL, aku homesick so tak lama lepas tu aku balik, sekolah kat kampung je. padahal alasan sebenarnya, aku xtahan sekolah kat KL tu cakap inggeris memanjang, mana la aku paham. so baik aku balik kampung, layan cakap melayu. sesekali layan jawa. aku sekolah kat maokil tu dari form 1 sampai form 5. even dapat tawaran masuk MRSM pun aku xnak. sebabnya aku gila kuasa masa tu. cikgu sekolah da ada ura-ura nak lantik aku jadik ketua pengawas masa tu, so aku stay. memang gile kuasa sungguh la. sume jawatan aku nak sapu. student biasanye amek satu atau dua persatuan je tapi aku ble sampai 4,5 persatuan. pastu hampir sume persatuan aku jadik pengerusi.hahaha..mantop tak? persatuan bahasa melayu, bahasa inggeris, agama islam, kelab catur, kelab keceriaan sekolah n kadet remaja sekolah. aktiviti sukan je aku tak join sebab selalu ngelat, pura2 semput padahal tak pun. tapi tu sume pada nama je, wat keja tak pun. kecuali persatuan bahasa melayu, kelab keceriaan sekolah ngan KRS je yang aku betul2 aktif. nak kata aku ni 'anak' cikgu, maybe jugak la. tapi bukan aku yang carik cikgu, cikgu yang carik aku. nak wat camne kan..huhu..kerek betul rasanya masa tu. sume orang takut kepada aku. kalau nampak muka ketat, kening bercantum, cekak pinggang tepi gate..aku la tuh.huhu..

Abes je SPM, direct terus ambik diploma. sebelum tu dapat tawaran matriks penang tapi aku tak pi sebab kebetulan masa tu makcik aku kawen. mak aku berbelah bahagi nak uruskan perkahwinan makcik aku atau hantar aku pi penang. aku surrender la, cakap tak nak pi penang.lagipun penang cam jauh je.xmau la. seb baik dapat offer diploma. maka bermulalah hidup aku sebagai student U di KUiTTHO. abes diploma, tak sempat konvo lagi aku da sambung degree plak. tak nyempat2. pastu xnyempat2 konvo gak lagi, aku sambung master plak. tu pun setelah puas bertekak ngan PPS yang gendut. ape da, orang nak sambung belajar pun nak halang2. bukannya nak pi menyamun ke, merempit ke. Life sebagai student master berbeza sket ngan masa diploma n degree. master tak banyak kelas, banyak masa mengulor..tapi assignment menimbun. tapi cam biasa la, assignment tu sume tolak tepi, lebihkan masa melepak, tengok wayang, jalan2 carik makan. kawan2 sumer sekepala, so memang happening la. aku rasa bila kitorang melepak kat Rengit ke, OldTown ke takpun kedai mamak depan kampus bandar, orang luar mesti takkan bajet kitorang ni student master. perangai tak cover langsung macam bebudak sekolah. perangai sorang-sorang cam 'NATES'.

Lepas ni Insya-Allah aku akan melangkah ke alam pekerjaan. bila dan di mana tak tau lagi. redha je la kat mana pun rezeki aku. kita sumer mungkin akan berubah tapi kenangan-kenangan inilah yang akan mengikat kita sumer..semoga kita sumer akan menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat kelak..Insya-Allah.Amin~


Diploma - masa ni masih xde kamera digital canggih lagi. guna kamera kodak je. tu pun pinjam orang punye sebab kamera aku da rosak adik aku pecahkan. hampeh punye adik. seb baik ada scanner, dapat la scan gambo ni masuk komputer. nostalgia tul..


Degree - time ni aku main belasah je join orang amek gambo. nampak je muka yang macam kenal, terus aku masuk amek gambo padahal sepanjang semester ada la 2,3 patah perkataan bersapa mesra.


Master - tempoh yang paling happening. korang sume memang best! aku bagi 100 bintang!


p/s: buat rakan-rakan seperjuangan, terima kasih atas segalanya. aku sayang korang sumer..

NoStaLgiA BeBuDaK 80-an


Zaman sekolah rendah memang best. masa tu otak masih fresh, jiwa masih suci. hidup ni memang semuanya riang ria belaka. pagi pegi sekolah, tengahari balik umah campak kasut, pastu pi skolah agama plak ( tu pun selalu ponteng). pastu, petang2 main basikal, main masak2 guna tanah/pasir yang dicampur ngan air..tak pun main baling selipar..best plak masa dolu-dolu. langsung takde masalah perang dunia ke, virus H1N1 ke apatah lagi assignment 300 pages, memang xde...dan kalau korang ingat lagi, budak2 yg lahir pada thn 80an mesti ingat mase skolah rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. hari ni bagi list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. salesman susu pon camtu gak.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku.

- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x paham....

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

- main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pegang pun kat situ.

- bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

- main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

- jam tgn Boy London jadi idaman, sebab bole tukar2 kaler ikut suhu dan cuaca.

- takut BCG tapi lepas inject poyo la pulak...

- balik skola beli JoJo xpun Ding Dang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pun.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg. siap sanggup ponteng sekolah agama semata-mata nak tengok citer tu sume.


p/s : Jangan lupa sume ni sebab zaman sekarang budak2 tak sempat layan benda-benda macam ni. Kita akan sentiasa berubah, cuma asal-usul kita yg permanent. huhu~

Thursday, June 4, 2009

Men Vs Women

Lelaki ngan perempuan memang ternyata dua spesis makhluk yang cukup berbeza. Dan ya..disebabkan itu lelaki dan perempuan memang susah nak memahami antara satu sama lain.




(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata.
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat.

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga



p/s : Ada betul ka?

Pet Society

Aktiviti Pet Society ni memang sesuai untuk orang yang dah bosan tahap, sampaikan nak mengulor ke mana pun da xtau lagi. best gak layan menda alah ni, kumpul2 duit pastu beli perabot hias umah. cam ketagihan pun ada gak bila da start main menda ni.

so setakat ni aku da ada umah 2 tingkat 5 bilik.kira besar gak la tuh. tapi aku xpaham la apasal si zaza ble dengan pantasnya da ada umah 6 bilik, point dia pun da berbelas ribu. padahal aku start main dulu dari dia. ko main tipu eh zaza? ke ko ni siang malam dok layan Tam-Tam tu? kalau aku, lepas je abes sumber kewangan yang ble dikutip, terus aku tutup menda tu. ehmm..


p/s : rajin-rajin la melawat MiuMiu. ('',)

Tuesday, June 2, 2009

Kawen..kawen..kawen..

Oppss..bukan aku yang nak kawen. perkataan kawen masih takdak dalam hidup wa (ayat sedapkan ati sebab tak kawen2 lagi..). Tiap kali aku bagitau mak aku, kawan aku yang sekian-sekian nak kawen, ayat mak aku comfirm macam ni, "Haa..dah kawen pun si polan tu..ko? tak kawen2 jugak!"

Ok..fine..

Untuk kesekian kalinya, seperti yang aku da maklumkan dalam post sebelum ni, aku dapat jemputan kawen lagi. even kad tak sampai, tapi by phone jadik la jugak. ada 2 jemputan kat johor hujung minggu lepas. satu jemputan daripada norli dan satu lagi daripada aida. kedua-duanya adalah kawan masa skool dulu. actually ada banyak lagi kad jemputan yang sampai kat umah kat kampung..kelantan la..kedah la..terengganu la..tapi sebab aku tak sempat nak balik kampung, so tak tau la kad jemputan sape tu. sori la guyz sape2 yang aku tak sempat nak bertandang tu. aku hanya mampu ucapkan Selamat Pengantin Baru.

Hari Sabtu, umah Norli. dengan machonya aku pi kenduri sorang2. masa aku sampai, Norli tak siap lagi. mak andam lambat sampai. so sempat la aku borak2 ngan dia jap. kagum sekejap aku bila tau yang dia da kenal husband dia tu sejak form 3 lagi (apasal aku x tau?ke aku x ingat..). aku kira-kira lebih kurang sedekad jugak tuh. fuh..memang jiwa kental la. tahniah..tahniah..So kat bawah ni ada gambar Norli. 2 keping je..tu pun aku cilok dari Izzu. thanx Izzu. :)

(cara gak aku edit gambo ni, ingat razak shaari je ke tau edit gambo..hahaha..)

(Norli n Izzu)

Hari Ahad, umah Aida. Kali ni aku pi ngan adik aku. dapat la jumpa kawan skool dulu 3,4 kerat. yang pastinya semua kenduri aku pi, Izzu mesti ada. kalau dia takde, tak jadik kot majlis..hahaha..so..selain Izzu, ada gak aku jumpa Ecah ngan Ain. Ecah masih dalam pantang, tapi senyap2 dia lari dari umah, pi umah Aida.huhu..dan tak pasal2 aku dan rakan2 dipaksa menjadik "TOL GIRL". biasanya yang jaga tol ni bebudak, tapi sebab bebudak takde, maka kakak budak pun jadik la. habuannya? dapat la singgit sorang. ngehngeh...kalau dapat kopok lekor best gak. maklumla pengantin lelaki dari Terengganu tuh. So kat bawah ni aku letak la beberapa gambo masa Aida bersanding.

(Aida..my buddy)



p/s : aku nak kawen bulan 11..

Monday, June 1, 2009

Pengalaman Pertamaku Masuk Highway Sorang-sorang


fuh..lama da tak update blog. last2 blog ni jugak yang jadik official blog aku. blog2 yang lain untuk kesekian kalinya aku da terlupa password. tu la, makan semut banyak sangat.

so..hari minggu kelmarin sume orang takde kat umah. nurul n nomi pi KL. kak noyu balik GANU. kak zira of coz la balik umah MERTUA. so aku? takkan aku nak terkulat sorang2 kat merlimau ni? bukannya ada apa pun. shopping mall pun takde, harapkan Fresco sebijik je. jiran2 pun sumer da balik hometown masing2, almaklumla jiran2 kami hampir kesemuanya student poli. kecuali jiran sebelah kiri ni, Pak Bujang yang tak bujang.

seb baik la kawan2 aku masa sekolah dulu masih ingat kat aku, so ada la jemputan 2 bijik kat JOHOR nun. maknanya aku kena drive sorang2 la ni balik johor?? ehm..takpe..takpe..Google Earth kan ada..ok..mengikut GoogleEarth, aku ble sampai ke Yong Peng ikut highway Lipat Kajang dalam masa 1 jam 14 minit. ok..aku ikut jalan ni la..

eh..tapi Samy Vellu kata, jangan ikut Lipat Kajang. jauh berlipat-lipat ganda katanya. Samy Vellu suruh aku ikut Tol Tangkak. dekat..setengah jam je katanya. maka aku pun mengikut perintah..aku driveeeee...driiiveeeeeee....sampai la kat fly over nak naik ke muar tu aku confuse jap. Samy Vellu kata " JANGAN NAIK FLY OVER, IKUT HIGHWAY JOHOR BAHRU, JANGAN IKUT HIGHWAY KL". aku confuse..depan aku ni ada 2 signboard. signboard naik flyover HIGHWAY JB. signboard bawah plak tulis HIGHWAY KL. mana satu aku nak ikut ni? amma..appa..plz help me..aku nekad, aku naik flyover ikut HIGHWAY JB la kan. pastu bila call Samy Vellu, dia kata SALAH!! apa salah?? Lu salah bagi direction ka, wa salah ikut direction? hangin satu badan..terpaksa aku membuat pusingan U di kawasan takble U-Turn. pedulik apa aku kalau driver lain maki aku. yang penting aku nak cepat sampai..heyy..dalam pada nak cepat jadik lambat plak..

aku memang nervous. sebab ni pengalaman kali pertama aku drive masuk highway sorang2. ada beberapa perkara yang buat aku nervous bila nak lalu tol ni.

1. Macam mana kalau tangan aku tak sampai nak ambil tiket tol?
2. Macam mana kalau signboard diterbangkan ribut, aku hilang arah?
3. Macam mana kalau aku salah jalan, takble u-turn?

tapi Alhamdulillah..perjalanan aku dipermudahkan. segala kerisauan aku sebelum ini hilang. ok je, tangan aku sampai je nak ambik tiket tu even kena hulur sedaya upaya. ribut pun takde, so takdela signboard yang diterbangkan angin. dan seb baik tak salah jalan..aku tanamkan tekad dalam hati. I'M INDEPENDANT!! AKU BOLEH!! (ayat sedapkan hati..takut sesat)

Maka aku meneruskan perjalanan keluar dari Yong Peng..drive sampai maokil..pi kenduri..ambik adik aku..pastu mak aku suruh pi segamat plak..pastu baru balik lenga..penat..Samy Vellu call pun aku da tak jawab lagi..zzzz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...