Monday, October 26, 2009

The Climb


I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith

??


Pernah ke pada suatu ketika, korang terpaksa membuat pilihan yang sangat sukar demi masa depan korang? Bila berada dalam situasi ni, apakah yang korang biasanya akan buat? Kebanyakan pendapat yang aku terima adalah buat solat istikharah. Insya-Allah dengan izin-Nya, mungkin kita akan dapat petunjuk-Nya. tak semestinya melalui mimpi tapi boleh jadi menerusi gerak hati atau naluri.

Sebelum ni aku rasa cam lebih mudah untuk membuat pilihan. tapi halangan demi halangan datang seolah-olah mematikan semangat aku. Ehm..my buddy (senoi) said, kekangan2 yang dihadapi ni mungkin Allah bagi untuk memudahkan kita membuat pilihan. kite kena percaya, ape yg Allah takdirkan untuk kite ni adalah yang terbaik untuk kite :)

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah)

Bak kata Liya dalam Impian, tentukan hidup anda! Ehm!

Thursday, October 22, 2009

PeNDeDaHaN eKSLuSiF


Haaaa..taukah korang pada saat bilakah gambar ini dirakam dan nape muka aku monyok je. huhu..maybe ada yang da tau sebabnye tapi tak penah tengok gambo ni lagi kan. Semalam aku godeh-godeh gambo dalam laptop aku, terjumpa plak gambo ni.

Maka dengan ekslusifnya aku mendedahkan..ye..inilah aku setelah diculik daripada malam jamuan perpisahan MBV Seksyen 2. Disebabkan penculikan ini, bebudak S2 menyimpan dendam ngan Samy Vellu. Siap sms aku kata nak belasah bagai. Sorry la guyz, kalau korang rasa nak belasah, aku pun sama gak. Kalau korang benci dengan tindakan dia, aku pun benci gak. Tension masa tu. Memang aku da meng'spoil'kan malam yang sepatutnya menjadi kenangan terakhir kita sebelum graduate. Ehmm..tapi tu lah. nak wat camne. aku pun tak mampu nak berpatah balik. Dengan maskara n celak yang dah cair meleleh kat pipi dek air mata, memang tak mampu nak ngadap muka korang lagi masa tu. Musti la sedih, aku sayang korang sume, musti la aku nak join korang kan..hukk..hukk..hukk..

Xpe, lain kali kalau ada occasion ape2, kita senyap2 je tau.jangan bagitau sape2. nanti kena culik lagi.

Wednesday, October 21, 2009

Rubic Cube


Ok..menda alah ni memang da agak lama. dolu-dolu aku selalu gak main benda ni tapi ikut sesedap rasa je. xtau pun ada step-step hape sume. so bila masuk keja sini, permainan ni hidup balik.

Puncanya sebab masa perhimpunan bulan september, birthday girl n boy dapat hadiah rubic cube ni. kesudahannya, birthday girl tak main pun menda ni tapi orang lain yang syok main. puncanya si abun la. dengan kereknya dia menunjukkan skill dia meng'complete'kan game nih. disebabkan kitorang dengki (nak terer jugak), maka mulalah sesi belajar step2 nak main benda ni. cik amalina beria-ia berguru dengan encik abun. aku ketinggalan sket ilmu menda ni sebab otak aku lambat sket nak proses benda-benda yang memerlukan penggunaan otak kiri ni. aku banyak guna otak kanan kan.huhu..

So, akhirnya aku telah berjaya mencapai level success. bangga sungguh berjaya menyiapkan rubic cube tu. cuma final step tu masih kena tengok nota lagi la. otak lemau sket nak menghafal2 ni. takpe, akan ku latih otak ku untuk menghafal nota tu sume.

Bagi yang boring-boring, takde menda nak buat. boleh la main menda alah ni. at least ble mengasah otak yang da berkarat tu sket, k.

Wednesday, October 14, 2009

GPS..oh..GPS..

aku dah lama dengar pasal menatang GPS nih. ayah aku pun selalu sebut2 kata nak beli GPS tapi sampai la ni tak beli. dan aku selalu gak tengok alat GPS ni dalam kereta Eric (Deco Bersama Eric tu).walaupun aku tau kepentingan GPS ni bagi orang yang buta arah macam aku ni, tapi aku tak pernah pun terlintas di hati nak mencubanya. n kat hp pun sesetengahnya ada built-in GPS kat dalamnye tapi tak pernah pun aku teringin nak beli hp yg ada GPS nih.

(bagi yang tak tau GPS tu menda, GPS tu singkatan daripada Global Positioning System.)

Sebelum2 ni pun, kalau aku nak pergi tempat yang aku tak pernah pi, aku musti check map kat dalam Google Earth. aku rasa Google Earth lah benda yang paling banyak membantu aku untuk mengelakkan daripada sesat. kiranya Google Earth la peta aku yang paling canggih. aku ni memang buta arah. even ada signboard depan mata pun aku masih was-was lagi. selama ni actually aku mencari arah secara bertawakal je. agak2 kalau dah tersalah jalan, patah balik je. tu je la pemikiran aku.

Tetapi...baru2 ni aku telah diperkenalkan dengan menda alah GPS ni. first time aku tengok menda tu, dah start kagum da. bila dapat set map nak pi mana, lagi la aku kagum. bila menda alah tu bersuara, lagi la aku super kagum. macam citer fast n furious pun ada. thanx to abang zaza yang memberi pinjam benda GPS ni. kalau tak, sampai bila pun aku tak pernah guna GPS nih. even aku xde alat GPS ni (setakat nih), tapi at least da pernah guna la jugak kan. terasa bagai 10 tahun lebih maju daripada orang lain. hahaha..

Actually dia kesian gaknye aku tinggal sorang2 kat umah (dah la aku selalu wat muka seposen), so dia kata baik aku pi jalan2. sebab aku tak tau jalan area KL, tu pasal dia pinjamkan GPS tuh. So, first time guna benda nih, ada instructor kat sebelah yang tunjukkan camne nak guna, nak tekan ape sume.so destinasi pertama yang aku cuba adalah nak ke Jusco Kepong sebab plannye nak pi shopping kat sana la. aku bukan orang KL so mana lah tau jalan ape sume. maka dengan adanya GPS ni, aku telah berjaya memandu sampai ke destinasi yang hendak dituju.

Aku memang confident betul la dengan menda nih. even hajat asalnya nak pi Jusco Kepong, tapi dah ada menda ni, panjang la langkah aku. aku terus pi Jusco Bukit Raja plak dengan Cik Nor Amalina Musa. time ni instructor da tak ikut sama. huhu..jauh gak nak ke sana tu. tapi sebab ikut highway cam senang la kot. time pi, ok je. senang je nak sampai. lepas berfoya-foya menghabiskan duit sume, tibalah masa untuk balik. nasib baik ada GPS.huhu..cuma time balik cam serabut sket. asyik tersalah simpang je. tapi yang bagusnye GPS ni, bila tersalah jalan, automatik dia akan tunjukkan jalan lain atau pun jalan untuk patah balik. memang takkan sesat punye la. akan sentiasa ada jalan untuk dituju cuma antara lambat ngan cepat je.

Aku memang puas hati ngan menda ni. aku nak beli sebijik untuk keta aku. :D



Bagi yang tak pernah tengok GPS, inilah dia. tapi bukan GPS ni yang aku guna pakai hari tu. yang aku guna pakai atau istilah sebenarnya pinjam adalah dari jenama Tomato Hi-Tech. comel aje. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...