Thursday, December 24, 2009

Tips Menulis Karangan Yang Hebat

Ok..ok..kali ni aku nak serius sket la. asyik buat entri merapu jek. actually bukan senang nak dapat idea menulis ni. aku pernah tanya tips kat ayah aku masa nak buat karangan. so tips yang ayah aku berikan lebih kurang camni lah.

1. Ambik sebuah kamus. kalau nak buat karangan melayu, ambik la kamus bahasa melayu. ok?

2. Secara rawak, selak mana-mana halaman dalam kamus.

3. Perhatikan perkataan terakhir yang kita nampak di sudut kanan bawah kamus. perkataan itulah yang akan digunakan untuk membuat ayat karangan.

4. Sebagai contoh, perkataan yang kita jumpe adalah "PENANTIAN". so kita buatlah ayat daripada perkataan "PENANTIAN" tu. contoh ayat "PENANTIAN adalah satu saat yang sangat menyeksakan jiwa tatkala rindu mula berbisik di sukma." (yucks!aku yang buat ayat ni pun terasa geli nak membacanya)

5. Then, cari perkataan seterusnya. Perkataan kedua yang ditemui adalah "MAKAN". so buat lah ayat, "Rindu ini semakin meMAKAN jiwa." Setiap ayat kenalah ada connection antara satu sama lain, hokey?

Maka teruskan lah menyelak kamus, membuat ayat sehingga menjadi satu karangan yang lengkap. (walaupun pada hakikatnya aku agak ragu-ragu dengan tips tersebut) Ayah aku dengan bangganya kata kalau guna tips tu, novel setebal kusyen sofa tu pun aku boleh tulis. Oh ye ke..fine. (kenapa ayah tak tulis novel sendiri? ehmm..)

(kau nampak tak aku tengah serius buat karangan tu.. :p )


p/s : kenapa aku rasa entri yang ni pun cam merapu jugak walaupun aku da cuba berserius?

I LoVe PHoToSHop

Ye..ini dia saya sekali lagi. dalam masa suku hari, aku sudah menulis entri untuk kali ke-3.

Di kala kebusanan melanda diri, benda yang aku suka buat adalah main-main photoshop. best gak layan syok sendiri edit-edit gambo yang perasan comey. bukak je website ape2 yang ada sediakan tutorial, then aku cuba tiru buat. ada yang jadik makin comey, ada gak yang jadik cam monster vs alien. hahaha...

Antara hasil karya masterpiece yang telah aku hasilkan adalah seperti berikut :

(antara karya terawal ku..tema McD dengan harapan dapat menggantikan maskot pakcik McD sedia ada)

(ini plak xpasti la tema ape..bantai je la..)

(yang ni adalah tema seorang pensyarah yang cuba berlagak serius..haa..cuak..cuak)

(ini plak bertemakan merenung masa hadapan yang tak pasti)

(haa..ni plak temanya siri pertarungan buku bertemu ruas, ultraman dan raksasa gorgon. gorgon ada adik, tapi 2-2 pun da kiok)

Melayan Kebusanan Tahap Devil

(peribahasa baru-bagai opis dilanda garuda)

Oh my..untuk kesekian kalinya aku kebusanan lagi. hujung2 tahun camni, sumer orang sibuk berholiday menghabiskan sisa-sisa cuti yang macam susah sangat nak abeskan dari awal tahun. sisa cuti aku ada 2 hari lagi. tapi aku malas nak cuti. kalau cuti pun, bukannya buat ape beb. paling2 pun aku akan menghabiskan masa tido macam beruang kutub yang sedang berhibernasi. balik kampung pun macam takde ape yg menarik. silap haribulan aku lari dari rumah lagi, menyampah aku tahap nates ngan nates sekor kat rumah tu. die..die..kill..kill..go to hell laa!

Dan pada saat ini, pukul 11.52 minit pagi, hanya aku dan naza je yang tinggal berduaan dalam opis ni. andai la naza itu lelaki, maunye kami dah kena tangkap basah berdua. hihi..aku pun da tak tau nak buat ape. nates!!kenapa aku selalu sangat diserap perasaan busan ini. nak berinternet pun da xtau nak watpe. nak tido tak ngantuk plak walaupun aku baru je lepas telan ubat batuk melebihi dos yang dibenarkan oleh doktor Klinik Kerajaan Karak. Aku pun xtau la dia bagi ni ubat batuk ke ibu sirap. langsung tak berkurang pun batuk aku. sampai berair mata n hidung aku kebatukan. uhukk..uhukk...T_T

(inilah ubat batuk berkenaan..memang sirap rupanye. ceh..tertipu!)

Terdengar bunyi tapak kasut..kletak kletukk..oo..ada manusia lain menjengah masuk ke opis ku ini. rasa terhibur sket melihat ada manusia lain selain naza berlalu-lalang di opis. oh ye, sebentar tadi pun ada aunty cleaner datang kutip sampah kat bakul sampah aku. dan tong sampah itu hanya kosong dalam masa 10 saat je kerana kemudiannya aku telah mengisinya dengan sisa-sisa kertas daripada slip gaji aku. dah lama slip gaji tu terbiar atas meja. aku takde hati nak melihatnya sebab yang penting akaun Maybank aku berisi duit. aku belek2 slip gaji tu dalam 5 saat n then campak masuk ke dalam laci. busan..hanya picisan kertas yang menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar dan pemanasan global.

Devil dalam hati aku meronta-ronta menghasut, "balik rumah jelah tido. dok opis pun bukan watpe.petang karang datang la smula thumb out."

Astaghfirullahalazim...sesungguhnya syaitan itu memang suka menghasut anak Adam melakukan kemungkaran. Aku takkan ikut kata dia untuk balik tido kat umah. aku hanya akan tido kat sofa belakang saja. ok? zzzzzzzzzz......

BYeBYe 2009 n WeLCoMe 2010..

(aku pun xbaper pasti apakah kaitan gambar di atas dengan entri kali ni. maybe sebab nampak macam sedang merenung masa depan yang fuzzy2 dek kabus genting)

Pejam celik pejam celik, setahun lagi dah berlalu..ayat klise. terasa cepat sangat masa berlalu. 2009 yang penuh memori manis dan pahit kian ditinggalkan. Tapi pada masa sama, aku xsabar untuk melangkah ke tahun baru. And macam biasalah, bila nak masuk tahun baru, macam2 azam baru nak dibuat. azam tahun lepas pun tak terbuat, da nak buat azam baru. sebenarnya aku xingat pun ape azam yang aku da buat. ada ke aku wat azam ek? hilang ingatan lagi..

Maka azam yang aku listkan untuk 2010 adalah..drumroll please...dummdummdummm...:

1) Menjadi pekerja yang lebih berdedikasi. dengan ini aku akan menjadi orang yang lebih gila kuasa supaya cepat naik pangkat.

2) Tak mau tangguh2 keja lagi. Disebabkan suka tangguh ni la, akhirnya keja jadik tergendala sebab aku terlupa yang aku sebenarnya ada keja yg perlu dibuat.

3) Nak exercise hari-hari kat outdoor gym KK. nak kecikkan kaki ku ini. tak mau jadik drumstick cam Fafau. kalau ble nak jadik cam Jessica Alba.ble ka?hahaha..

4) Mengawal nafsu shopaholic. (ble ke? ble ke?ulang 1000x pertanyaan..)

5) OK..aku xmau beli baju2 atau kasut2 atau beg2 atau mekap2 lagi. Maka aku akan fokus untuk beli gadget, barang letrik n barang keperluan umah. ok x?

6) Must have a GPS!! A MUST! penting untuk orang buta arah cam aku.T_T

7) Buku. nak baca lebih banyak buku. dah lama aku tinggalkan alam buku ni. semoga tahun depan menjadikan aku manusia yang lebih berilmiah setaraf ngan A.Samad Said. paling koman pun cam Bill Gates la.ble wat duit juta2.

Dan sebenarnya ada banyak lagi angan-angan..eh azam..yang aku da fikirkan. kalau ada lagi, akan ku update coming soon.

Wednesday, December 23, 2009

oK Ke?

testing..testing...di kala kebusanan maka aku cuba mengubah layout blog ku ini. ok kah? dah banyak template aku dunlud, ada je aku xpuas ati. (ko memang x reti bersyukur!) sebab da terbiasa kan ngan layout lama, bila ubah layout baru, cam susah nak sesuaikan diri plak. tu baru ubah layout baru blog,kalau ubah bf baru? agak-agak aku xreti bersyukur jugak tak? nak tukar yang baru dan baru dan baru lagi sampai puas ati?hahaha...

by the way..rasanya ni la kot template yang aku paling berpuas hati setakat ini. aku pilih ni pun sebab dia ada munge-munge..ala-ala girly gitu..pastu kaler dia yang cekelat itu ala-ala menenangkan, pastel kaler gitu. curlassstt..

agak-agak pasni cam nak tukar lagi x? huhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...