Friday, November 26, 2010

A.r.T

Aku memang suka seni. Adakah aku lahir je ke dunia ni terus ada bakat seni? Kalau ikut n zodiak dan kajian tarikh lahir, orang yang lahir dalam bulan 3 ni kebanyakannya memang berdarah seni. ye ke? mungkin jugak sebab aku ingat lagi masa tadika dulu, cikgu tadika penah puji sebab kununnya gajah yang aku buat daripada tanah liat tu sebijikkk macam gajah betul. katanya "tengok nadia ni..pandai dia buat gajah ni. ok semua cuba buat macam nadia buat ni." maka semua orang pun membuat gajah walaupun kebanyakannya macam haram takde rupa gajah..hahahaha..

Mungkin disebabkan rangsangan teori Skinner itu (ke Pavlov? ampun..lupa teori!!), maka aku rasa sangat bersemangat untuk mengembangkan kesenian itu. yaa..sangat suka melukis termasuk kat meja sekolah. aku yakin semua orang pun penah buat kan?? jangan tipu la kata xpenah buat!!

Kebanyakan menda yang aku lukis adalah bersumberkan komik atau kartun yang aku suka. maklumla zaman sekolah dulu xde handphone dan internet bagai so hiburannya cuma kartun dan komik je kan. sebab tu ble jadik budak pandai..hahaha!! sanggup la kalau mak suh potong bawang "kejap mak, lepas kartun cardcaptor sakura ni." "jap la mak, lepas kol 11 nanti orang buat la, kartun x abes lagi ni." belum lagi tahap kemalasan goyang kaki baca komik sampai spek mata jadik teballllll...(*_*)

Ok..ok..back to topic..melukis ni sebenarnya salah satu terapi minda. sebab bila melukis ni, otak da tak merapu fikir benda lain da. dok fokus ape la aku nak lukis ni..bermula daripada satu bulatan, aku tambah dua titik menjadik mata then tambah huruf w menjadi mulut. waahhh!! da jadik la cam muka orang. then aku tambah line demi line..hingga jadik penuh la kertas ngan macam2 khazanah yang aku lukis. bukan lukis sebenarnya tapi conteng. conteng x perlu kemahiran. anda ble conteng apa sahaja asalkan tidak melanggar hukum dan syariat.hehehe..n yang penting conteng di kertas bukan di dinding atau tiang telefon hatta pintu jamban sekali pun. vandalisme namanya tuh..

Masa sekolah even kelas sains tapi ambik sbjek tambahan pendidikan seni. memula azry ada ambik gak. pastu azry drop subjek itu. maka sorang2 la aku dalam bilik seni tu melukis sorang2. dapat jugak A masa SPM..hahahahaha....Sayangnya citer2 nak jadik pelukis tak kesampaian sebab salah pilih course masa apply nak masuk U dulu.

So bagi hangpa sekalian yang dok stress wat keja tuh, apa kata stop kejap keja tu, capai kertas, capai pen, conteng!! nak lukis muka boss korang pun ble. hahaha..then share. sharing is caring maaa.. bukan nak menunjuk2 tapi biasalah ayat stereotaip artis "saya sekadar ingin berkongsi bakat yang saya ada." betul tu..dia memang x tipu. artis memang x menipu cuma bab berlakon memang tip top nombor satu in world..

Ok jah..mak da penat menaip ni. menaip novel pun salah satu cabang seni gak tapi tak siap2 sejak 4 tahun lepas punye citer takde ending.hahaha..hastalavista babehh..

ni aku lukis sambil2 busy menyiapkan calendar 2011. apa yang aku conteng adalah benda2 yang aku kena buat dalam calendar tu. takut lupa.huhu..

ni plak..sambil wat keja, sambil layan lagu korea, ada feeling2 jiwang sket tu yang jadik lukisan jiwang berkonsepkan "Flora dan Fauna Merestui Cinta Kita." hahahahahakkktuiiihhh!!

Monday, November 22, 2010

NuR AiNa SyaHiRaH

Jam B.U.M Valentine Edition ku menunjukkan angka 8.00. Malam ye. Saat itu aku sedang memberaturkan diri di kaunter KFC. of course la nak order makan kan. actually, am kata nak belanja studentnya makan, so I followwww..tatkala aku melangok (apasal slow semacam servis ni), hp nokia ku yang selalu kong itu berbunyi. Truutt!!truuutt!! Tandanya ada mesej yg masuk. jemariku menekan butang Read dan tertera mesej "Adik da bersalin." from Hset Mak 019.

Oh..gosh..i donno la why that time rasa happy, seronok, excited, teruja n macam2 lagi. macam la aku ni seorang laki yang ada orang mesej bagitau "Bini kau da bersalin." (of coz not, sebab aku ni bini bukan laki..huhu). Maybe perasaan keterujaan itu ter'over' sebab yang bersalin ni adik aku sendiri kan. kalau orang lain, happy la jugak tapi tak de la excited sangat. maybe sebab selama ni kitorang membesar bersama, so aku tau la daripada dia belum kawen (time tu perut x muncit lagi), bila da kawen few months later perut da mula muncit dan makin memboyot plak. aku scary sebenarnya tengok perut dia time dia pregnant hari tu. bergaris2 perut dia da macam belang harimau. tu la, sapa suh tak sapu Bio-Oil. nasib laki kau la kena hadap perut kau yang berbelang-belang tu sampai tua.hahahaha...

Aku tak reply mesej mak aku. Tapi aku mesej adik aku (aku tau mesti laki dia nanti yang reply). "Mms la gambar baby." Then dia reply "Sabo la, baby tu baru keluar. tengah mandikan. aku pun belum azankan dia lagi. " Elehhh..apa lambat bebenor. tapi tak lama pastu, mms sampai. Gambar baby yang masih merah dibalut ngan tuala putih. Oh..gosshh..rasa nak menitik air mata melihat manusia ciptaan Allah yang Maha Berkuasa ni. serius beb...inilah kali pertama aku mengucapkan kalimah "Subhanallah" dengan penuh kagum, insaf dan rendah diri. Kagum dengan ciptaan Allah yang satu ini. Membayangkan bagaimana baby tu yg asalnya dari dalam perut then keluar ke dunia..oh goshh.. ajaib..ajaib..even sepanjang malam aku dok terfikir macam mana baby tu bernafas dalam perut adik aku (cikgu Sains tak bertauliah la katakan..)

Baru kelmarin aku dapat tengok baby tu. adik aku akan berpantang kat umah mak aku kat pahang ni sampai ar abes pantang nanti. first time dapat tengok, pegang n cium baby..bestnya tak terkira!! wangii!! baik plak tu. masa memula datang, elok je dia tido jek. mak aku kata punyelah kuat tido sampaikan nurse cucuk nak ambik darah pun dia rileks je tido. ehmm..ikut perangai maknya yang kuat tido la tu. tapi semalam dia da bertukar perangai. bila diletak, dia melalak. bila orang ambik dukung, trus senyap macam lagu tengah main kat Windows Media Player yang ditekan butang Pause. bila letak balik, dia Resume melalak semula. haiiyyaa..seb baik la kau ni baby. nangis camne pun orang pujuk jugak. tengok cam adik aku si zati yang da 12 tahun tu, lantak kau la nak melalak ke nak menonggeng ke, tak kuasa kitorang nak melayan.hahahaha...

Anyway..ni sikit gambo baby yang ingin aku kongsikan bersama. next two years Insya-Allah gambo baby aku plak.hahahaha...


Ni time baru kuar kot sebab masih merah n rambut pun masih basah baru lepas mandi gaknye.

Ni muka budak yang senyum time tido..cumell...

Ni pun gambo tido lagi.

Cuba membuka mata tapi tak berjaya. sambung tido. bak kata pepatah yang zati cipta "Macam ada berkampit-kampit gula kat dalam mata dia" Zati..apasal tak kata ada berguni-guni beras je?

p/s : lupa plak bagitau. Nur Aina Syahirah tu nama baby tu la. (^_^)

Thursday, July 29, 2010

FaNTaSi DRaMa KoRea

Aku pasti ramai antara kita (girls specially) yang tergila2kan citer korea ni. i'm one of it. Sekarang ni tengah tergilakan My Fair Lady @ 8TV (8.30 mlm - 9.30 ~sesiapa pun dilarang call pada masa ini).


Why? ape yang best nye ngan citer korea ni? owh..cerita korea yang penuh dengan keindahan dan fantasi yang membuai perasaan ditambah pula dengan efek OST yang memang ngam hoo. Bila tengah scene yang gembira atau mendebarkan, akan kuarlah lagu yang ceria. bila sedih, kuar plak lagu sedih yang mendayu2 sehingga membuatkan aku seolah-olah tengah berlakon sama dalam citer tu (o_0)? Haa..ditambah plak dengan pelakon-pelakonnya yang cun dan hensem. oh my gosh..betulkah orang korea yang hensem sebegitu memang wujud di dunia ni? betul ke diorang ni lahir ke dunia sebagai manusia yang hensem..oh my..oh my goshhh.. Korang tengok gambo watak utama hero kat bawah ni..


Korang tengok je la sendiri mamat 2 orang ni? kalau korang tak cair tak tau la. tapi bagi aku, aku prefer So Dong Chan (yang pakai tux tu). Pergh..even dia senyum kat dalam tv tu, tapi kita yang menengoknya ni ble senyum balik kat dia. hahahaha..adakah ini yang dikatakan angau. tambah plak ke'smart'an watak dia yang banyak kena pakai kot n tux semakin menambah sahamnya. Even peguam Lee Tae Un (yg baju putih tu) pun tak mampu menggugat aura Butler So Dong Chan.

Sesekali layan citer fantasi macam ni apa salah kan. menghiburkan hati. nak harap jadik dalam dunia realiti kita memang takde la kot. Oh..teringin nak menjejakkan kaki ke korea.

p/s : ada ke yang nak sponsor trip honeymoon ku ke korea? (o_0)?

Tuesday, July 20, 2010

PeRKaMPuNGaN KuCiNG

Tertarik dengan satu thread kat forum tentang perkampungan kucing ni. Seorang pakcik bernama Craig Grant dari Florida, Amerika telah membina satu kawasan perlindungan bernama "Caboodle ranch" , untuk kucing kucing yg terbiar di Ponte Vedra Beach, Florida.

Banyak giler kucing-kucing kat situ. tak terbanding ngan kucing aku yang lapan ekor kat umah tu. tu pun mak aku da membebel-bebel "aku bagi ko makan, kenapa ko takde bagi emas ke kat aku..haaa...??" hehehe..mak aku memang emo bab kucing ni. pagi-pagi da ble dengar suara dia membebel ngan si Debab yang gemuk terlebih makan.

Back to topic..kalau aku ada duit, aku pun nak buat tempat perlindungan kucing macam ni jugak. tapi kalau ada duit tapi laki tak suka kuceng tak guna jugak kan. Al kisah bakal laki ku itu pernah mencurah air kopi ke atas seekor kucing putih yang datang nak bermanja kat kaki dia. hampeh..bila aku marah..dia curah plak air kosong..buat bilas air kopi tu katanya. kesian kucing..kucing tu kan haiwan kesayangan Nabi. so kita pun kena lah sayang kucing kan..kan..kan.. tapi sekarang bakal laki ku itu da mula suka kat kuceng. tapi nak kucing antarabangsa je, kuceng kampung tak nak. suka kucing British Short-Hair kekdahnya. katanya nak belikan sekor untuk aku. ok jugak. ble buat hantaran tak?hahaha..

- ini le kucing versi British Shorr Hair itu kekdahnya..comel kan..pandai laki aku pilih..-

Melalut lagi..back to topic again..toksah cakap banyak. kat bawah ni ada gambo perkampungan kuceng itu. musti best kan. ble tak nak pi honeymoon kat situ..ditemani kuceng-kuceng..hehehe..haram laki aku xmo pi. hehehe...





Monday, July 19, 2010

SuaTu MaLaM Di PuTRaJaYa


Pagi-pagi lepas thumprint, tengok pigeonhole..eh..ada surat. haa..ni mesti surat interview, hatiku berkata-kata(ayat novel takle blah). dah tau da tu surat interview sebab awal-awal lagi daripada minggu lepas dak2 ni da kecoh mesej aku pasal surat interview. so dengan rileksnya, tengok tarikh keramat : 14/07/2010.

Bermulalah detik-detik kelam kabut mencari isu semasa. dan-dan la time ni muka aku tertonggok kat business centre baca suratkhabar berjam-jam lamanya. ada antara rakan-rakan yang lebih ekstrem telah membukukan bahan-bahan bacaaan ilmiah yang boleh menjadi panduan time interview nanti. hampir2-hampir juga aku nak memfotostatnya tapi bukan atas dasar nak membaca tapi saje2 nak buat collection buku tebal-tebal. lawa sket almari aku ada buku tebal. tapi sudahnya aku tak fotostat. juz salin nota sesikit, wat peta minda, pastu baca..tido..baca..tido..kroohh..krooh..

Maka tibalah tarikh 13/07/2010. selepas opis hour (tak jugak..da dekat2 kol 7 gak), kami pun bertolak dari bandar metropolitan karak yang sungguh pesat membangun ini. setelah sampai di putrajaya, mengdrop zaza di ERL, kami (aku, yana, shakey dan azimah) meneruskan perjuangan mencari Presint 17. dan-dan la time ni GPS aku tak dapat mengesan Presint 17 seolah-olah ia adalah suatu daerah terlarang di alam bunian gitu. takpe..kami cuba mencari berpandukan signboard. ape susah..kan banyak signboard besar bagak kat putrajaya tu.

So..drive..punye..drive..mengikut arah Presint 17, kami sampai di suatu persimpangan yang agak sunyi. kelihatan kereta di depan kami naik simpang ke atas. macam terang kat atas tu. tapi kalau ikut signboard presint17, kena ikut jalan bawah yang ala-ala gelap gulita itu. maka kami ikut jalan bawah..vrooommm..vrooom...eeekkkkkk...JALAN MATI!! Kecekapan Yana membrek Personanya menyelamatkan kami. giler ah..sapa pasang signboard pi jalan mati ni. seb baik tak terbabas sebab kat hujung jalan tu cam ada bukit sket. tambah scary, ada serpihan bumper or skirting keta or something whut eva kat tepi tu. means pernah ada keta yang terbabas kat situ la kan. tambah mistik dan puaka lagi..ada plak KUCING ITAM kat tepi tu..(apasal rasa seram plak time aku menaip ni..)..and then..Shakey cuba menghubungi Kak Wan..macam siot ble takde line plak kat situ!!cepat-cepat Yana meng-Uturn-kan keretanya dengan segala kepakaran yang ada dan terus blah tanpa usul periksa lagi. aku dah menempel kat azimah. seram siot (apasal seram ni..)

- kucing itam (bukan kucing sebenar)

Setelah berusaha mencari jalan tanpa henti..akhirnya ketemu juga dengan Presint 17 yang sebenar. fuuh..9.30 baru sampai bebetul umah Kak Wan tu. kami pun terus masuk ke bilik tanpa segan silu lagi..di saat kami berehat-rehat di bilik, aku tengah iron baju..tetiba terdengar ketukan yang maha hebat disusuli jeritan lantang dari bilik air. "Woii..pintu bilik air terkunci ni..aku xble keluar..!!" Pulak..rupa-rupanya Shakey terperangkap dalam bilik air. nak gelak cam kesian, tapi perasaan nak gelak tu rasanya melebihi perasaan kesian itu.hikhikhikk..(sori Shakey..kelakar la plak) Usaha punya usaha..cungkil punya cungkil guna pisau..kad ape sume..last-last berjaya gak Shakey kuar dengan teknik menggores kad dan menang pada pintu tersebut. Cuak giler muka Shakey.hikhikk..tambah haru, rupa-rupanya sebelum ni pun Shakey penah terkunci kat bilik air umah adik dia..hahahaha..astagfirullahalazim..tak baekk tau gelakkan orang!!

Hehe..penuh ranjau kan..agaknya disebabkan perjalanan yang penuh ranjau sebelum hari interview..maka kami dipermudahkan interview. memula cuak jugak bila ada sorang minah tu kata dia kena soal macam2. tengok muka dia yang cam nak pengsan tu, tetiba nervous padahal sebelum tu rileks giler macam da lepas interview je. mana taknye..orang lain sebok membaca, aku sebok berborak la, sebok pi makan kat cafe la..hehe..korang mesti takde selera nak makan kan kalau time interview. aku pedulik hape, makan tetap makan. karang perut berbunyi kat dalam bilik tu, lagi wat malu aku jek. tambah plak jumpe kengkawan lama yang memang rindu betul lama tak jumpe..tu borak je. ngan orang yang aku baru kenal 5 saat pun aku borak gak.hahaha..

So soalan yang aku ditanya..oleh kerana aku background IT, so aku disoal tentang web security. padan muka aku sape suh jawab aku punye keja maintain website (padahal tu keja Shakey..hehe), kan da kena soal macam2 pasal security. dah la aku hampeh bab2 security network ni sumer. tapi berjaya gak aku menjawab dengan penuh konfiden salah.hehehe..selain tu aku turut disoal "Nyatakan 4 tunggak kerajaan Malaysia.." fuuhh..dengan konfiden aku menjawab. maklum la..soalan bocor. awal2 lagi dah hafal jawapan. pastu ditanya pasal NKRA, visi kolej komuniti, subjek mengajar ape, teknik mengajar, teknik belajar..macam2 la plak. tapi seriously kat dalam bilik tu rasa cam kejap je. kuar-kuar je, tengok jam..eh..20 minit gak aku kat dalam tu.

Anyway..segalanya dah selesai. semua berjalan lancar. lepas ni Insya-Allah bertukar status kepada Tetap (kalau tak kena repeat interview la..simpang malaikat 44!!). pasni ble tumpukan untuk interview kenaikan pangkat plak.hahahaha..

Monday, June 21, 2010

Kisah Kasih Seorang Bapa..

Hari minggu yang baru lepas ni aku duduk je kat umah. tak nak kuar pi mana-mana. kalau kuar pun setakat nak buang sampah kat depan umah je. beberapa minggu sebelum ni agak penat sebab banyak kerja dan aktiviti campur kursus lagi. fuuhh..akhirnya aku dapat bersenang-lenang dengan penuh kebahagiaan. (^_^)

Bila dah namanya melahu kat umah mesti lah aktiviti utamanya adalah tengok TV. So, hari ahad yang semalam, aku dok bosan2 alih2 channel kat TV..kejap TV3, kejap TV8, kejap TV9..last2 aku bukak TV2. bukak-bukak je cerita Tamil. aku layan kejap. cam best gak cerita ni.dah lama tak layan citer tamil. dolu-dolu layan gak Padaiyappa..Sivaji The Boss..So cerita yang aku tengok ni..sampai ke sudah aku tak tau ape tajuknye. sebabnye aku rasa start aku tengok citer tu dari pukul 12 lebih sampai ke pukul 2 lebih, langsung takde iklan! ke aku yang syok layan citer tu sampai tak perasan ada iklan yang kuar. tapi bila dah nak abes cerita tu, baru la kejap2 iklan..kejap2 iklan..agaknya orang yang jaga iklan tu lupa nak tekan button iklan..

So..aku da google tadi. kalau tak silap tajuknye 'Abhiyum Naanum'. Kat bawah ni posternya..(^_^)

Perasan tak tagline citer kat bawah tu?
"Children Grows Up. Sometimes Parents Must Too..."

Cerita ni memang best ah. aku bagi 5/5 bintang tahap boleh mengalirkan air mata melihat macam mana seorang bapa tu sayang giler babas kat daughter dia ni ha..So ada beberapa scene yang menarik aku nak cerita untuk menggambarkan betapa sayangnya si bapak yang bernama Raguram ni kepada anaknya, Abi.

Scene 1:
Suatu pagi yang hening, si ayah terkejut mendengarnya anaknye menjerit dan menangis. Si ayah terus berlari mendapatkan anaknya di dapur. di dapur, anaknya sedang menangis manakala si ibu muka cuak giler.
Ayah : "Abi, kenapa ni?" (dalam bahasa Tamil la..aku da translate..hehehe)
Abi : "Tertumpah air panas..hukhukkk..."
Apalagi..Pangg!! Pelempang hinggap kat muka mak nye. Si ayah terus mendukung Abi nak bawak pi klinik.
Ayah : "Sabar ye Abi, ayah bawak jumpa doktor sekarang.Kat bahagian mana yang terkena air panas tu? ayah sapu ubat dulu.."
Abi : Kat tangan mak.
Si ayah terdiam. Tengok2 muka maknya Abi yang tengah monyok sebab kena lempang sedas tadi. dah la kena air panas..dapat pelempang free lagi. sape tak hot..huhu..

Abes Scene 1...

Scene 2 :
Si anak dah mula masuk sekolah. Mula-mula si ayah tak nak bagi pi sekolah sebab katanya Abi kecik lagi. tapi Abi nak pi jugak. So, si ayah dengan linangan air mata menghantar anaknya ke sekolah. Maknye rilex je..bapaknye yang lebih2.

Scene 3 :
Si anak da besar sket tapi masih sek.rendah lagi la.Si ayah balik dari tempat kerja sebab bininye suruh balik ada hal penting. Balik2 je umah tengok2 ada seorang pengemis yang serabai lagi busuk kat depan umah.
Ayahnye : "Sape ni? sedara awak ke?"
Maknye : "Banyak la awak punye sedara. awak tanya lah pada Abi" (masa ni maknye dah muncung sedepa)
Ayahnye: "Abi..siapa ni?"
Abi : "Ayah..saya jumpe dia kat depan sekolah tadi. kesian dia lapar.."
Ayahnye : "oo..sebab tu ke..haa..maknye, bagi je la dia tu makan. itu pun susah ke.."
Maknye :"awak tanya dulu dengan abi sampai abis.."
Ayahnye:"Abi..kenapa abi?"
Abi :"saya kesian la kat dia..biarlah dia tinggal dengan kita.."
Ayahnye: "????.." (time ni bini dia dah bagi signal 'JANGAN')
Abi:"Ayah..please...please.."
Ayahnye:"Oklah..dia ble tinggal dengan kita.."

So..tinggal lah pengemis tu sebagai pekerja di rumahnye.

Scene 4:
Abi dah besar. Dah sambung belajar di universiti dan da abes belajar pun. Tiba masanya..Abi bagitahu ayahnye, yang dia da fall in love ngan sorang mamat ni. sikh pulak tu. tau je la sikh ngan hindu mana masuk.ayahnye punyelah naik hangin. "Ko pergi universiti tu nak belajar ke nak bercinta?!!" Sebenarnya, ayahnye jeles sebab ada lelaki lain akan jaga Abi.punyelah risau sampai termimpi2 si mamat tu jadik vampire yang menculik anak dia. gile kelakar plak aku scene diorang menyanyi jadik vampire tu. Tapi, Abi tetap ngan keputusan dia. ayat Abi "Ayah..saya tahu apa yang saya buat.." Ayat tu buat si ayah tersentak dan terdiam. Dan yang kesiannya..anak dia dah buat semua keputusan nak kwen bila, kat mana, apa sume tanpa bincang ngan ayah dia. ayah dia rasa kesepian..bermula kesedihan ayah dia ni. aku pun tumpang sedih gak sehingga mengalirkan air mata ditambah plak dengan efek mata pedih sebab potong bawang ngan lada kering sambil tengok TV.hukkhuk..

Tapi cerita Tamil ke Hindustan mesti la happy ending kan. tak happy nanti kena bakar panggung wayang. So akhirnya si ayah dapat terima la mamat tu sebagai menantu dia. actually menantu dia baik, kerja kat kementerian lagi kononnya. siap kamceng giler ngan perdana menteri tu yang takble blah. tu yang buat si ayah perlahan2 respect kat menantu dia. tapi dia tetap rasa takble terima sampaikan masa anak dia kawen, dia ble pengsan. masih takble terima hakikat kot. masa Abi pergi ikut laki dia naik flight ke Delhi pun si ayah pura2 gelak tapi dalam hati dia punyelah sedih..ye..anak dia memang dah besar tapi bagi si ayah, anaknye masih lagi macam baru2 lahir dulu. dahla tu satu je anak dia, memang la sayang giler beb.

So..itulah ceritanya..kisah kasih seorang bapa pada suatu petang Ahad ketika aku bergelimpangan di sofa. Ayah aku pun bapa yang baik jugak tau. tapi ayah aku jenis tak tunjuk kat kitorang. tapi dengan adik aku yang bongsu si zati tu memang ayah aku melebih2 sayang. Hari tu zati demam, ayah aku pujuk dia pergi hospital. "Jom pergi hospital..kalau pergi hospital, ambil injection nanti baiklah. kalau dah baik, abah belikan handphone.."

Handphone!! aku rasa time tu jugak si zati terus sihat. mak aku kata, "ehmm..takdenya tunggu si zati baik. balik dari hospital terus singgah bahau beli handphone. terus sihat.."

Hehehe..abah..abah..Selamat hari Abah. Saya Sayang Abah Saya. (^_^)

Thursday, June 17, 2010

7 LeTTeRS THat CaN CHaNGe YouR LiFe..

Hari ini terasa nak berilmiah sket. Sementara menunggu pukul 2.30 nak sambung kursus semula, maka kutulis entri ini. Apakah perkataan itu? perkataan apekah yang ada 7 huruf itu? (tapi kalau dalam bahasa Inggeris jadik 8 huruf la). So apakah perkataan yang dalam bahasa Melayunya 7 huruf dan dalam bahasa Inggeris adalah 8 huruf? Tahukah anda perkataan ini yang menentukan sifat kita, sikap kita, pemikiran kita, kehidupan kita and so on..?

Perkataan itu adalah POSITIF @ POSITIVE.

Ya. itulah perkataannya. I keep talking about this. positif, positif, positif. apa pun yang kita buat datangnya daripada pemikiran yang positif. Kenapa? sebab benda-benda yang baik semua dilabel sebagai positif. Contohnya bila sebut tentang iman, kita terbayang sesuatu yang positif. ada ke bila sebut pasal iman kita terbayang benda negatif? takde kan. pastu bila sebut pasal bahagia, pun benda yang positif jugak. cuba korang senaraikan berapa banyak perkara-perkara yang positif yang korang tau. dapat? banyak kan?

Nak ikutkan, semua benda dalam dunia ni adalah positif bergantung kepada perspektif pandangan kita. Contoh la, kita tengok Yahudi sebagai suatu kuasa negatif yang cuba menghancurkan dunia Islam. Tapi kalau kita tengok dari sudut positif, ia sepatutnya menjadi pembakar semangat untuk lebih kuat berjuang mempertahankan agama dan cuba menyaingi kuasanya instead of dok mengutuk yahudi tu kejam tapi takde apa tindakan dibuat. cakap je lebih berbuih mulut tapi nothing.

Dan cuba tengok persekitaran kerja kita pulak. nak ikutkan macam-macam benda yang tak kena. tu tak kena, ni tak kena. sepatutnya buat macam tu, bukan macam ni. ehm..memang da jadik lumrah agaknya mulut manusia selalunye lebih cepat bertindak daripada berfikir. sebelum cakap tu tak reti fikir dulu. terus je bercakap tanpa memikirkan kesannya. Contohnya bila kena bagi keja banyak. uiii..komplen bagai. "saya tak ble tumpu kalau kerja banyak. tak ble nak fokus. saya banyak keja lain nak buat." Aku paling la menyampah kalau dengar ada orang kata dia banyak keja. Hello..sebelum dapat kerja, bukan main sanggup menurut perintah. bila da dapat, tu tak ble buat, ni tak ble buat.

Oh ye..dan lagi..never say no. Unless kita memang takble nak buat atas sebab2 yang takble dielak.Walaupun kita diberi keja yang banyak pun, kita sebenarnya tak layak nak kata tidak. Penat memang penat tapi dah memang itu kerja kita. takkan la nak mengulor je. dan lagi, kalau takde keja, carilah keja apa yang boleh dibuat. mesti ada benda lain yang ble dibuat daripada dok melangok main internet sampai waktu punch out. Dulu ayah angkat aku (masa kat serom- dia bekas guru besar sekolah) penah kata yang kalau dah bekerja jangan sesekali mencuri masa. mencuri masa maksudnya waktu tu kita patutnya buat kerja tapi kita buat benda lain selain yang berkaitan kerja. kalau setakat sekejap2 rehat main internet takpe la untuk release tension tapi jangan sampai sepanjang hari dari pagi sampai petang. pastu asyik la cuti memanjang, pastu keja tak siap.ayah angkat aku kata berdosa dan dikhuatiri duit gaji kita tu akan jadi tak berkat sebab kita tak buat kerja, tapi hujung bulan je dapat gaji. Takut tak kalau duit kita tak berkat? Sebab tu agaknya walaupun gaji kita cecah ribu riban, tapi adakalanya kita rasa tak cukup. kenapa? tak berkat ke? Wallahualam..aku pun tak berani nak jatuhkan hukum sementelah aku ni pun jahil gak.

Berbalik kepada perkataan positif tadi, kalau kita fikir postif, percayalah segalanya pasti jadi mudah. nak ikutkan takde benda yang mudah pun dalam dunia ni. even kita nak makan pun kena suap dengan tangan. tak penah lagi ada makanan ble masuk secara automatik dalam mulut kita. hikmahnya adalah kita masih ada tangan, masih ble menyuap. jangan malas menyuap. bila da takde tangan nanti barulah masa tu menyesal.

Ya..aku cakap je senang la kan. tapi nak buat tu senang ke. Insya-Allah, kalau kita kuatkan hati, positifkan minda..segalanya akan jadi mudah. Even kerja menimbun setinggi gunung pun pasti kita ble selesaikan. semuanya dari minda positif. Dan..jangan sesekali merungut. merungut tu sikap negatif. kalau ble even benda kecik pun cubalah elakkan merungut. "penat la.." "pening la nak buat kerja ni.." "susah la.." "lauk ni kurang garam la.." dan macam2 lagi. dan aku cam penah dengar orang kata, kalau mengeluh atau merungut, pintu rezeki kita akan semakin sempit. Wallahualam..

Oleh itu..sentiasa fikir positif. Even sesuatu perkara itu adalah negatif, tapi kita cuba, cuba dan cuba fikir positif. Mungkin tak semua kita ble anggap positif, tapi at least, cubalah. Hati pun akan tenang, hidup pun akan bahagia. Amin...



Monday, April 5, 2010

Baking CupCakes

Ye..hari minggu yang bosan lalu aku telah pergi menghadiri short course wat cupcakes. sebagai peserta. pergi bukan sebab bosan tak ada apa nak buat, tapi sebab memang nak pi. aku memang suka buat kek apatah lagi memakannya. So tak nak citer banyak. tengok je gambo kat bawah. Nak tempah? call me..huhuhu..

* The ingredients..

*Orang lain khusyuk dengar penerangan, kami khusyuk berposing..

* Chef kita (kak aishah), aku dan shakey..

* Nyum...nyum...

* tu dia..da naik gebu daaa...

* masing-masing cuba menyerlahkan bakat terpendam..

* yaa. ..cupcakes ni aku yg punye sebab aku yang buat..huahuahua...

Thursday, March 25, 2010

CiTa-CiTa YaNG TerCaPai

Ingat lagi tak azam tahun baru yang aku dah list kan? salah satunye aku nak ada GPS kan? tadaaa..akhirnya, I have my own GPS!!haha..even not totally mine (my father's GPS actually), tapi ble la aku anggapkan sebagai harta aku gak. haha...sharing is caring kan. even bukan cap Tomato, Garmin je, tapi ok la kan. at least ada la jugak. lagipun, rasanya abah aku da tau kot jalan-jalan kat malaysia ni kecuali Sabah Sarawak, dia beli tu pun sesaje nak wat hiasan gamaknye. nampak gaya, aku je la yang menggunakannya nanti. huahuahhua..

Minggu depan ada taklimat kat putrajaya. Yes, aku xtau jalan! Yes, nak balik kmpg besok nak pinjam GPS abah.hahaha...

Wednesday, March 24, 2010

S0mEtHiNg I miSs aB0uT HiM..

Yeah..da petang2 ni xtau nak watpe. sebab hari ni hari Rabu. takde kelas. so hari Rabu biasanya aku manfaatkan dengan meng'qada' sesi berfacebook dan bergosip yang tak sempat aku lakukan pada hari-hari yang lain. sampai rasa nak terkehel leher mengadap pc je sepanjang hari ni. sesekali cuba berbuat rajin, tapi akhirnya terjerumus ke lembah kemalasan jua.

So..aku nak citer tentang seseorang. someone I miss. someone yang dah lama sungguh aku xjumpe.rasanya ada la kot dalam 2 tahun. atau maybe lebih dari tu. ye..pemergian aku ke penang minggu lepas adalah untuk menjejakinya. setelah sekian lama dia menghilangkan diri tanpa dikesan (padahal dia call n sms aku, aku xlayan), maka akhirnya keputusan dibuat untuk menjejakinya. perasaan aku rasa berdebar-debar pun ada. ye la, dah lama tak jumpe kan. dah la aku selalu marah2 dia sebelum ni, mana la tau kot dia kecik ati ngan aku, marah ngan aku ke, mana la tau.

Aku sampai di Bukit Mertajam, Penang pada petang khamis. terus check in hotel. malamnya cuba mencari alamat terakhir yang ditinggalkannya. jumpa rumah dia. tapi dia macam takde sebab motornye takde. takpe, jumpe dia besok je.

Adapun, kedatangan aku ni tanpa pengetahuannya. saje nak wat surprise. mesti dia terkejut beruk. ye..memang dia terkejut beruk melihat kedatangan aku@kami. mesti dia tak sangka kami akan datang sejauh ni semata-mata nak bersemuka dengannya. tambahan plak inilah pertama kali kami menjejakkan kaki ke rumahnye itu.

Kami duduk mendengar penjelasan dia. Dia tak berani bertentang mata ngan kami. memang cuak giler la dia. tapi kami tak berganjak. sedikit sebanyak kami da dengar cerita daripada housemate dia tapi kami nak jugak dengar cerita dari mulut dia sendiri. Ye, dan aku rasa bersalah.bersalah sangat sebab selama ni aku tak percayakan dia. aku tuduh dia macam-macam. aku marah dia. aku xjawab call atau sms dia. aku melenyapkan kewujudannya. sedangkan dia sebenarnya memang benar-benar kesusahan. jahatnya aku, kejamnya aku, paranoidnye aku.

Untuk tak serabutkan keadaan, kami ajak dia kuar makan. dah lama kami tak makan sama-sama. mungkin dia da macam ok, dia da ble kembali melawak. n dia pun bercakap ngan aku macam biasa. macam takde ape-ape yang berlaku. Lega aku bila tengok dia masih ble tersenyum dan gelak. That's what I miss about him. Aku harap dia tak ulang kesilapan lama dia dan berjanji untuk berubah. Aku pun harap kami akan kembali sentiasa bersama macam dulu.





Siapakah dia? Dia abang aku la..my only bro..haha..suspen..

Thursday, January 14, 2010

BaGai DaLaM Zoo

Pernah tak rasa diri seperti di dalam zoo? aku pernah rasa keadaan ni 3 tahun lepas semasa terpaksa menumpang umah junior sebab bilik hostel aku blackout. rakan-rakan junior itu datang 'melawat' kami di bilik belakang, bukannya datang sebab nak bertegur sapa ke, nak berkenalan ke..tengok2 kejap pastu blah. cam hewan dalam zoo kan?

Hari ni..sebentar tadi, perasaan yang sama kembali. dejavu. student baru datang melawat bilik pensyarah. datang tengok2 kami then blah. aku di dalam partition seolah-olah berada dalam kurungan besi. Ehmm...macam tu gaknye perasaan hewan-hewan dalam zoo ek bila kita datang melawat..mmm..

Ini bukan gambar kami yang sebenar..uukk..uukk..

CiTa-CiTaKu..CiTa-CiTaMu..

(watak utama cerita kali ini)

Aku sudah ketidaktahuan nak buat ape ni. Di saat aku kerajinan nak pi library tapi library tutup plak. Di saat aku merebahkan diri di sofa belakang untuk tido, tapi mata cam tak mengantuk plak.Owhh..maka aku pun membuka blog ini untuk merapu buat kesekian kalinya..

Maka di sini aku nak bercerita tentang cita-cita. korang ingat lagi tak cita-cita korang masa kecik-kecik dulu? standard cita-cita kite dolu-dolu musti nak jadik doktor la, polis la, peguam la..cita-cita aku dulu nak jadik peguam sebab aku banyak bercakap kot. tapi kemudian tukar jadik arkitek sebab aku suke melukis. arkitek tu la cita-cita terakhir aku. tapi tak kesampaian. opss..jap..aku penah gak cita-cita nak jadik pelukis komik ala-ala akira toriyama, fujio f fujiko dan sebagainya..kerana itu jugaklah aku lebih banyak hidup dalam dunia fantasi aku bersama-sama Goku, Bezita, Doraemon dan Nobita. tak ketinggalan gak Cardcaptor Sakura. apatah lagi Sailormoon.
Ok..back to topic. Masa balik kampung hari tu, mak aku citer dia pi sekolah untuk ambik report card adik aku, si Zati (masa nak mula citer ni, mak aku dah terkekeh-kekeh gelak sambil dicekik oleh Zati).

Pastu mak aku citer la, "Ko nak tau, mak tengok report card dia bahagian cita-cita, ko tau dia tulis ape? kehkehkeh..." Mak aku berhenti bercakap sebab dicekik oleh Zati yang sedang menjerit-jerit histeria suruh mak aku diam.

"Dia tulis kat situ nak jadik ARTIS!! penyanyi la, pelakon la, pengarah la. pastu last sekali baru dia tulis angkasawan. kehkehkeh.. orang patutnya letak angkasawan no.1, kalau dah sume tak dapat baru la jadik artis. ni dia tulis artis dulu! Cik Ti sebelah ngan Cik Umi pun gelak macam hape tengok Zati tulis nak jadik artis.kehkehkeh..."

Aku pun bantai gelak kaw-kaw. kehkehkeh..actually tak salah pun nak jadik artis tapi aku pada usia Zati yang baru darjah 5 itu tak pernah terfikir nak tulis cita-cita kat report card nak jadik artis. mesti tulis cita-cita yang standard punye ala-ala doktor, peguam. cita-cita paling glamer pun nak jadik pramugari la tapi tak tercapai sebab ketinggian terbantut. Ye, Zati memang boleh aku katakan taksub dengan artis-artis ni. inilah jadinye bila terlalu banyak rancangan hiburan kat TV. sebut je la nama artis ape, mesti dia tau punye. idolanya Stacy tu..pastu handphone dia (hp mak aku sebenarnya, dia buat hakmilik sendiri dgn tak malu..) pun asyik la kena cas sebab setiap masa bukak lagu. pastu dalam bilik air pun melalak-lalak menyanyi (takut sebenarnye).

Ini tidak bagus sebab budak-budak seusianya tak ble terlampau disogok dengan hiburan sampai leka dan lalai dengan pelajaran. Nasib baik la Zati ni jenis cergas sket so result dia masih OK even Maths dia hancuss. aku..walaupun aku hampeh Maths jugak tapi at least bila exam dapat jugak A sebab study untuk exam je kan pastu lupa..format memory. Eishh..apa la nak jadik ngan bebudak zaman sekarang. risau gak aku kalau tak dikawal nanti hanyut plak bebudak ni. Kalau suruh tengok Motivasi Pagi ke, Al-Kuliyyah ke, jangan harap la nak tengok. Kalau konsert SureHeboh comfirm pukul 9 tepat da mengadap depan TV, siap sembunyi remote TV lagi. Pagi-pagi plak da siap sedia Cartoon Network atau Disney Channel. Aku pun takdelah kata aku ni baik sangat tak menghadap rancangan hiburan ni, aku pun layan gak AJL, Totally Spies, Geng Bas Sekolah, Putera Shazlan dan Chiquititas tapi berpada-pada la kan.

Korang kalau ada adik-adik, control lah adik-adik korang. Garang sket, bia dia takut. sembunyikan remote dulu sebelum dia jumpe. Hp diorang tu kalau ble pura-pura rosakkan atau buang segala lagu konon-konon ada virus. tu lah yang aku selalu wat..hahahaha..kakak yang jahat. sebab zaman aku dulu takde SureHeboh, takde Hp, takde Astro. bebudak 80-an bebaik belaka. (^_^)

Tuesday, January 12, 2010

YaHoo!!

Update Terkini.. duit claim pi Mempaga da masuk! yahoo! maka baki akaun kini sudah bertambah. yeah!! tengahari jugak akan ku kuarkan. cukuplah duit perbelanjaan ku sehingga gaji coming soon. Yahoo!! Gembira tak terkata!!

KePerLuaN Vs KeHeNDaK

Sejak da keja ni, macam-macam benda aku nak. ada yang memang betul-betul diperlukan, ada yang hanya sekadar kehendak nafsu yang menguasai jiwa. tapi semua tu menuntut D.U.I.T. owh..kadang-kadang aku terfikir, aku yang bergaji 2K++ ini pun rasa tak cukup tu, tak cukup ni..macam mana plak dengan orang yang berpendapatan lebih rendah? yang kena tanggung anak bini lagi? aku ni at least hidup bujang pun tapi asyik ketidakcukupan fulus. kenapa aku ble jadi macam ni? baru minggu pertama duit aku da tinggal RM32 kat dalam akaun MayBank ku itu.

Dan pada ketika ini, hanya ada RM13.75 di dalam dompet (sebenarnya Rm10.75 je, lagi RM3 terjumpe selit2 dalam handbag). cukup kot untuk wat aku makan sampai hujung minggu ni.huhu..tapi ada hikmahnya juga di sebalik kesempitan ini kerana aku jadi lebih rajin menjalankan ibadah puasa sunat setiap hari isnin dan khamis. (Alhamdulillah...)kalau tak, selalunya akulah yang ajak orang kuar makan sokmo. hohoho...takpe..at least aku tau ke mana perginya aliran wang ku itu (ayat elak perasaan bersalah). maklumlah pindah umah baru, banyak nak kena pakai duit beb. pastu kenduri sana, kenduri sini, asyik beli hadiah je. last2 aku yang jadik miskin.. (x_X)

Walaupun dompet yang telah rosak zipnye itu semakin kering, ia tidak menghalang aku untuk menyimpan angan-angan (bukannya menyimpan duit!) nak beli macam-macam. Tunggu lah gaji 25hb ni, benda yang aku nak beli adalah ....
|
|
|
|
|
|

Tadaaaa.....PETI AIS!!!


Hohoho.. akan ku isi macam2 di dalam bakal peti aisku nanti. selain itu juga, aku nak beli rak untuk dapur kusayang. kesian dapur ku itu tidak beralas. even aku pun memasak sambil bersila ala-ala kaum primitif zaman Neolitik. but at least, ada jugak harta aku kan!! dapur mahal tu..made in Japan tu..jimat gas 25% tu..twister system tu.. (walaupun terpaksa diletak atas lantai..hukhukk..n actually was sponsored by my Mom (",) tapi nanti dapat gaji kena bayar balik.hahaha..)

Aku rasa 2 benda tu je kot yang comfirm akan ku beli sempena gaji 25hb ini. nanti akan ku update rupa peti ais sebenar ku. (gambar di atas bukan gambar sebenar).

Sekian..

Monday, January 11, 2010

eNTRi PeRTaMa 2010

Huhh..asyiknya dapat gak aku meloloskan masa untuk menulis entri terlatest ku ini bagi tahun 2010. banyak benda aku nak cerita tapi disebabkan kesempitan ruang waktu dan batas masa, maka terpaksa tangguh..tangguh..dan tangguh..So la ni ada masa terluang sket, maka tanpa bertangguh lagi aku pun mula kembali ke alam blog ku ini. lagipun kan azam tahun baru aku kan tak mau bertangguh-tangguh lagi. so that's why la.

Ehm..bermulanya tahun baru bermakna student akan kembali daripada bercuti. maka banyak tugas dah diberi sebelum sesi kuliah kembali bermula. Agenda pertama dalam minggu pertama bulan pertama 2010 adalah menjadi MC untuk Seminar Penyelidikan Pendidikan. Aku meng'offer'kan diri sebenarnya nak jadik MC sebab nak elak daripada kena present hasil kajian.huhu..boleh aku banggakan di sini di mana grup aku seramai 4 orang yang terdiri daripada pensyarah2 baru memberanikan diri untuk present lebih awal berbanding grup lain. alang-alang dah siap, present terus je la kan. n tambah bangga lagi sebab kajian kami terpilih sebagai top 3 untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. kepercayaan yang diberi bermakna bertambahlah amanah dan tanggungjawab di bahu kami. maknanya keja pun makin banyak la lepas ni. waaa...takpe..takpe..sumer ni ble membantu bila nak naik pangkat nanti. tu kan azam aku jugak.huhuhu...

(amacam?ada gaya cam nak nyanyi, cam nak berzanji pun ada. ble masuk musabaqah ni. penjaga masa di sebelah memandang dengan pandangan menyampah.."poyo giler budak ni dapat pegang mic..")

Besok akan bermulanya Minggu Suai Kenal untuk pelajar baru. dan sekali lagi dengan muka temboknya aku menjadi MC lagi. pasni senang orang nak cam aku. sebut je nama Nadia, "ala..Nadia yang selalu jadi MC tu. program tu dia jadi MC, program ni dia jadi MC..bla..bla.."
Cara mudah meraih publisiti (mudah ok..mudah..bukan murah).huahuahua..penat sebenarnya jadik MC. penatnya sebab nak kena wat skrip. tapi tu sumer aku da setelkan awal2. sume da berehhhh...tunggu masa nak on air je.

Tugasan sampingan lain adalah sebagai graphic designer tak bertauliah untuk buletin dan laporan tahunan kolej. ni pun satu lagi keja yang mencabar aku untuk duduk diam di depan komputer tanpa bergerak-gerak. aku kalau da start main ngan adobe, memang tak beralih dari kerusi dah. kecuali kalau nak pi toilet la. makan pun kekadang sampai buat hilang selera dibuatnya. once dah buat, xble nak berhenti. kalau berhenti, mood da lari, fokus pun hilang. penting wooo kena fokus nak buat adobe ni. kalau x, idea dan hasil pun jadik cam sampah. ingat senang ke nak design cantek2??orang tau komplen je, tambah tu, tambah ni, buang tu, buang ni. kalau terer sangat, wat sendiri la. ada berani??

Fuuhh...rasanya agak ilmiah jugak entri aku kali ni. maybe sebab mood kerja tu masih ada. mood mengulor kadang2 je datang. sesekali menjenguk FishVille, tenang sket jiwa melihat ikan-ikan berkejaran di dalam tank di samping kuda laut yang tersengguk-sengguk. aku kan sambung lagi nanti dengan cerita yang lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...