Monday, January 3, 2011

Azam 2011 (Lagi?)


Rasa cam baru jek lagi aku buat entri pasal azam, ni dah nak tulis pasal azam tahun baru lagi. Ntah tercapai ke tak aku punye azam tahun 2010 tak tau la. Rasanya 77.77% telah aku laksanakan kot (kot?)


*Post ini ditulis pada 31.12.2010 walau tiada internet sebab busan dok umah sorang-sorang. 03.01.2011 baru dapat paste kat blog.huhu..


So, untuk tahun 2011 ni aku xde azam lain selain yang satu ni je. Tak lain tak bukan adalah untuk memantapkan bentuk badan ke tahap yang mengiurkan (erkk??) hahaha..orang dok kata aku ni da kurus, aku ni kecik molek tapi tidak! Aku takkan terus hanyut dengan pujian duniawi itu. Selaku tuan punya badan, aku tau la aku takdelah kurus mana pun. Setiap hari timbang berat, benci betul melihat nombor 50 itu! Biar betul aku ni 50kg! tang mana je yang terlebih berat ni. Lemak ke, air ke, otot ke..dosa pahala ke..penipu la penimbang ni!! (rasa nak campak keluar tingkap!) melihat ke dalam cermin ajaib ku (berdiri ke kanan cermin), macam ok jek. Bila aku bergerak sikit ke kiri cermin..mak oii!aku ke ni!nape cam erra fazira dalam Cinta Kolestrol. (sebab tu aku panggil cermin ajaib, kalau nak ‘nampak’ kurus, berdiri kat kanan cermin. Naza pun suka dengan keajaiban cerminku itu)


Kelmarin dalam keadaan perut lapar sebab sengaja tak makan lunch, aku membasuh kereta selama hampir 2 jam dengan harapan untuk membakar kalori. Selesai basuh kereta, siap polish lagi! (menyesal polish, sakit tangan aku!) Selesai sumer, aku terus timbang berat dengan penuh harapan at least setengah kilo da kurang. Tengok-tengok, 50kg jugak! ##@$***#@!! Terus aku ambik aiskrim dan makan depan TV tanpa perasaan bersalah.


Apsal aku obes..eh..obses degan berat aku ni..sebab zaman aku kecil-kecilan dulu sangatlah gemuk (xdelah sangat gemuk pun, saja melebih2). Selalu jadik bahan kutukan sebab gemuk. Ayat kejam abang aku “kau ni dah la gemuk, gedempol plak tu”. Memang kurang ajar. Padahal dia jeles aku gemuk cukup makan sebab dia plak kurus kering cam cicak kobeng. Tambah sedih bila ada sorang student bertanya “Apasal kau ni gemuk haah?” Owh..rasa nak tampar je mulut shilaker itu. Tapi sebab aku baik, aku tak tampar. Aku menangis aje dengan soalan itu. Tak tau nak jawab ape. Dalam hati aku berkata “aku lebih rela orang kata aku bodoh daripada orang kata aku gemuk..” Padahal aku tau orang takkan kata aku bodoh sebab aku memang tak bodoh. Aku budak pandai. Selalu dapat nombor 1. Kerek sehh..hahaha.. (aiseh..apasal rasa touching plak bila teringat zaman kecil-kecilan dolu..iskk..isk..)


So, demi merealisasikan impian itu, aku telah memasang tekad untuk tidak makan nasi. Tapi kalau ada orang nak belanja aku makan nasi, ‘terpaksalah’ jugak aku makan (padahal memang da terliur tengok nasi). Rezeki jangan ditolak! Actually azam tak makan nasi ni sangatlah mencabar sebab utamanya aku kesian kat beras kat umah. Dah lama dia tidak dimasak. Dan kesian jugak pada housemate ku yang terpaksa mengikut rejim makanan primitif aku ni. Nak jugak memasak tapi kalau nak masak tapi xmau nasi, lauk kenalah yang hebat2 supaya terasa kenyang tanpa makan nasi. Contohnya ikan tilapia stim, ikan siakap 3 rasa, tomyam, sup, ayam panggang blackpepper. Perghh!! Oh ye..masa aku tgh menaip ni, aku tengah membakar ayam blackpepper dalam oven dengan harapan itulah menu lunch dan dinner aku hari ni. Moga tidak lapar. Amin..


*Rasa nak makan lagi jek..errkk..

Oh ye.. terbaca jugak dalam majalah Cosmopolitan edisi Jan 2011, katanya jika teringin makan aiskrim, gantikan dengan hirisan pisang yang didinginkan di dalam peti ais. Tanpa kalori, tanpa lemak katanya!Maka aku pun buat la. Hiris-hiris pisang n simpan dalam peti. Tapi bila dilihat pisang itu, dengan bekas aiskrim, mana yang korang rasa lebih menarik dan tertarik-tarik untuk makan? Ehhmm..


*pisang ke?


*aiskrim ke? yang mana satu idaman kalbu?


Di samping tak makan nasi, teknik-teknik lain juga penting. Sapuan losyen Mustajab yang masih tak berapa nampak mustajabnya diaplikasikan setiap malam berselang-seli dengan Nivea firming lotion. Amaran keras kepada rakan-rakan yang juga sedang berusaha merampingkan badan, jangan lupa meng’firming’ kan kulit anda. Jika anda kurus tapi kulit seperti kulit limau kasturi atau limau purut, tidak menarik jugak. Limau mandarin ok lagi sebab licin. So firming lotion adalah penting agar matlamat mendapatkan tubuh yang mengiurkan itu tercapai.


* Saya tak berniat nak promosi barang di sini. tapi kalau nak bagi komisen boleh jugak.


Satu lagi angan-angan adalah untuk berjoging di kolej. Boleh juga berjoging di Taman Wijaya tapi aku tak mau mengambil risiko dikejar anjing gila. Tapi angan-angan jogging itu agak terbantut perkembangannya sebab sekarang musim hujan. Maka ia menjadi alasan kukuh untuk aku terus bermalas-malasan di rumah sambil tengok tv. Tambah plak sekarang cerita Tiramisu cam best jek, makin la aku malas. Tapi tak mengapa, aku ada alat senaman ini untuk aku membuat sit-up cara malas.


* Tidak..tempat gantung hanger bukanlah fungsi sebenar alat ini. bukan..hanger tu bukan aku punye..


Nota kaki : sehingga post ini diupdate, 1 kg telah berjaya dikurangkan. matlamat adalah 48kg. kalau terkurang ke 47kg, aku akan makan nasi 3x sehari pulak.



7 comments:

  1. hey..tadi i tengok u makan nasi..hahaha!
    jom kita mulakan edisi berjongging selepasa balik kerja..bila tiramisu dah start, kita balik la rumah..hahaha!

    ReplyDelete
  2. excuse me..i tak makan nasi tau tadi. i makan ayam goreng sahaja ngan sayur. no nasi from now! memang nak berjoging tapi sekarang tiap2 petang asyik ujan je. tu yang terbantut sudahnya!

    ReplyDelete
  3. go nad go...semoga makin cantik anggun kurus mengliurkan....hujan bukan halangan...hehe...

    ReplyDelete
  4. mari kita sama-sama merealisasikannya! chaiyok!!

    ReplyDelete
  5. Bp beli alat ni ye? Kt mn blh dpt alt ni? Tlg bgtau sy..

    ReplyDelete
  6. Kt mn nk beli alat ni? Bp hrga nya? Tlg bgtau sy blh?

    ReplyDelete
  7. Bp beli alat ni ye? Kt mn blh dpt alt ni? Tlg bgtau sy..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...