Tuesday, February 1, 2011

Banjir oh Banjir

Seperti biasa, aku bertolak dari umah nak ke tempat keja jam 7.35 or something like that la. kelihatan di depan aku kereta Am ngan kereta Engku. sampai di suatu kawasan, kelihatan banyak kereta berhenti, tersadai di tepi jalan. Aku bukak tingkap kereta dan menjengah 'ehmm..apasal plak ni..' Kelihatan seorang mamat melambai2kan tangan suruh pusing balik. alkisah, jalan terputus akibat dinaiki air. Ehm..dah agak da. baru je cakap ngan Nina semalam pasal banjir kat Karak. hari ni betul2 banjir.memang tak ble nak lalu da sebab da paras merah. nak redah jugak ble tapi ambik risiko la enjin masuk air. sudahnya, aku u-turn. tak tau hala tuju, nak kena pi keja ke tak ni. ni dah kira bencana. Tengok2, kereta Engku membelok ke kedai makan Kak Tini. aku pun ikut la. dan tak lama kemudian, semakin ramai rakan2 opis yang mengikut jejak langkah kami. sudahnya, sume orang berkampung kat kedai makan tu. melepak sampai kol 9. jalan masih tak ble lalu. terpaksa la ikut jalan jauh, masuk highway LPT keluar kat Lanchang, then baru patah balik ke Karak. pukul 10 baru masuk opis.biasa pi opis 5 minit je, ni dekat sejam baru sampai.huhu..

Sampai opis, tengok meja dan pc digenangi air akibat siling bocor yang tak pernah repair. Aku nak salahkan siapa ni atas kebocoran siling ni? hampes. berhempas pulas mengalihkan pc ke tempat lain. seb baik aku tergerak hati nak bawak laptop hari tu. terpaksa merempat kat meja Shaky buat sementara waktu. mesti Shaky sedang bergolek2 keriangan bercuti sekarang.

Nampaknya plan nak balik Johor time cuti ni pun tergendala. sebabnya Segamat n Pagoh pun da banjir. Segamat la paling teruk. mak aku kata air da sampai paras bahu. tak tau la bahu sape. bahu orang ke bahu ayam. hahaha..tapi ikut berita semalam, memang agak teruk la musibah kali ini. aaa...tak dapat balik Johorrrr!!

 * Jalan terputus. khabarnya ini di simpang Redong di tengah2 antara Segamat, Tenang dan Labis.
 
 * Makin sesak. ambulans nak lalu pun tak dapat.

 
* Ini tak pasti plak katne. rasanya kat Tenang yang da tak tenang.huhu..

*Nota kaki : sumber gambar daripada Cikgu Hisham.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...