Tuesday, January 25, 2011

Gerun seh!

Ok..cerita ni dah basi sebenarnya. cerita 2 minggu lepas punye. tapi lambat nak citer sebab asyik lupa nak transfer gambar bukti.

Alkisah..kesinambungan akibat bilangan platlet yang makin berkurang, maka aku perlu dimasukkan air. terbaring kat atas katil tengah2 klinik, sume orang dok lalu lalang menengok aku "apasal budak ni terbaring kat sini? macam sihat walafiat je?"

Aku memang sihat. luaran memang sihat. tapi dalaman tak comfirm lagi. sebab itu check darah itu penting. maka anda sekalian, jangan bertangguh lagi pi check sekarang!

Ok, berbalik pada cerita. berdebar jugak bila nak masukkan air tu. walaupun da biasa kena cucuk ambik darah, tapi tu kat pelipat siku. tak pernah lagi cucuk kat tangan. melihat nurse membawa tiang besi yang ntah aku tak tau apa istilah saintifiknya dengan sebotol air, hati mula "DUB DAB DUB DAB"

*Wajah sebenar nurse terpaksa dirahsiakan..

Tetiba datang MA Nik. "Sejuk ni baring kat sini. saya ambik selimut ye." Maka dia pun mengambil selimut pink dan menyelimutkan aku. owhhh..aku diberi layanan bak puteri kayangan. masih sempat sengih2 ketika itu. tetiba teringat, shaky penah kena masuk air jugak. nak tanya dia la sakit ke tak. so aku pun msg.

Aku : Shaky, sakit tak masuk air?
Shaky : Bagi aku tak. macam cucuk nak ambik darah je. tapi adik yana kata sakit.

Aku pun bertenang. takpe, cam cucuk ambik darah je. sakit sket je. Nurse pun datang dan membelek2 tangan aku. Kemudian ambik plak jarum n whatsoever benda yang ntah ape2. And then..tap! tersentak aku bila jarum tu masuk. then dia pasang ape ntah dan sambung ke botol air tu. terasa air tu mengalir berdenyut2 dalam saluran darah.

*Masa ni masih penuh sebotol lagi. dah setengah jam baru turun 50ml, ada baki 450 ml lagi.huhu..sempat msg kat Shaky :

"Shaky, sakit..woooo"

So..tu la pengalaman aku. lama gila rasa nak abes satu botol tu. ingatkan sekali tu je masuk. esoknye aku datang lagi, kena masuk air lagi. so berulang la peristiwa yang sama. tapi tu la dia pengalaman. bukan sume orang dapat merasa.kan..kan..

Tangan yang dicucuk! Ada plak sticker gambo bear. comel!comel! terhibur sekejap..

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...