Tuesday, February 1, 2011

Operasi COWBOY

Hari minggu lepas, takde ke mana-mana. So decide nak ke sebuah kedai di Temerloh yang bernama COWBOY. Tidak..kedai ini tidak menjual kuda mahupun tali pengikat kuda. Ia adalah sebuah kedai yang MACAM-MACAM ADA! Kau nak carik ape? parang? kayu langsir? minyak masak? baldi? selipar jepun? kau petik jari mesti adalah. tapi, ia lebih famous sebagai tempat yang agak murah untuk barang-barang persiapan perkahwinan. daripada jajan2 untuk doorgift, paperbag, bunga, bekas hantaran n macam2 lagi la yang memang cam nak giler rambang mata berjalan kat situ! dan yang bestnya, harga-harga barang di sini adalah harga borong dan ble tawar-menawar minta kurang harga lagi!

   
* Paper bag yang bukan paper. Material cam plastik berkilat. tebal jugak.harga baru RM4.60 untuk 10pcs. harga ble kurang lagi kalau beli banyak. tema aku color merah tapi cam prefer yang color putih tu. nampak soft jek.

* Ini paper beg jenis kotak.lipat2 jadik kotak. Perasan tak harganya? RM3.90 untuk 10 pcs. ble kurang lagi.

* Pomander dah siap. untuk saiz sederhana ni baru RM12.

* Bunga kecik untuk buat selit2 kat gubahan hantaran.

* Ble jadik bekas untuk gubahan? Baru RM7.90. 

Dan ada banyaaaaaaaakkkk lagi la. gambar2 jajan aku tak ambik. juz ambik harganya aje untuk rujukan. Melangkah keluar dari COWBOY dengan hati yang puas walaupun tangan kosong tak beli ape2. hehe..

Nota kaki : Maaf, gambar kurang berkualiti kerana disnap menggunakan kamera hp beresolusi 2.0 megapixel saja.

3 comments:

  1. Hai salam kenal b2b pahang :) cowboy kuantan pun best.. rambang mata tgk hehe :)

    ReplyDelete
  2. hai..salam kenal. kuantan jauh sket la nak pi. seb baik temerloh ada.huhu..

    ReplyDelete
  3. Hai salam.da dapat bnyak info sal cowboy ni xsabar nk kesana beli barang.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...