Monday, January 3, 2011

Platelet

Walaupun aku ni mengajar sains, tapi dah agak lama aku tak dengar perkataan ni. tadi pi klinik, check darah, perkataan platelet ni timbul semula. saja nak check darah sebab tangan aku selalu kebas2 tak tentu pasal, takut la kalau2 ada effect penyakit merbahaya cam sakit jantung ke strok ke. plaknya arwah Faizal Yusop baru je meninggal sebab sakit jantung, tu yang tambah menakutkan aku. pagi-pagi da choww pi klinik.

Seb baik dapat MA Nik yang cool tu. aku yang mintak nak check darah. dia kata "ok, kita check darah untuk sumer. jantung, buah pinggang, paru2, kolestrol sumer la.." Bagus. Pergi ke lab, berdiri depan lab cam hero je berani giler. bila da nampak jarum, mula seram sejuk. bila start cucuk, pejam2 mata. adoii..sakit siot!

Slip yang dia bagi ringkas je. MA Nik tu kerut2 dahi tengok bacaan platelet aku rendah. dia kata "rosak ke apa mesin ni.." pastu dia tanya plak "awak ada demam tak? batuk ke?" aku jawab "takde, saya sihat walafiat je." Then dia tulis something kat kertas dia. Dia kata detail result kena tunggu 2 mnggu lagi sebab darah tadi dia hantar ke lab Hospital Bentong plak. Dia kata nanti check darah lagi sekali, kalau rendah jugak, kena masuk wad!! Dia kata biasanya orang demam denggi je yang platelet rendah ni tapi apasal plak aku sihat walafiat tapi platelet rendah jugak. wallahualam..tunggu 2 minggu lagi...

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...