Monday, February 21, 2011

Bubur OAT yang sedap semudah 1,2,3!

Bila sebut je OAT, sumer orang akan mula cebik..lebih kritikal mungkin akan ada yang muntah darah..oat memang tak sedap. kalau tak sebab nak turunkan kolestrol, aku rasa takde sape pun nak makan oat.

Tapi kini tidak lagi!Oat telah melalui suatu zaman revolusi yang menyebabkan ramai orang semakin suka memakannya! Cara paling malas, kau bancuh je oat instant tu ngan susu pekat. sedap jugak.

Bagi yang terlebih rajin, boleh cuba resepi ini. Susah payah aku mengambil gambor ni sampai senget2 tangan.

Bahan-bahannya : Oat (biru), kiub pati ayam dan bayam. Juga semestinya air.
 *Better gunakan kiub pati ayam with No MSG. Ni terdesak on the spot nak masak, ambik je kiub mana2 kat kedai runcit 888 depan taman.

Langkah 1 : Panaskan air. bila da panas, masukkan oat. yang aku buat ni, aku bubuh 7 sudu oat.

Langkah 2 : Masukkan sebiji kiub pati ayam. 

Langkah 3 : Masukkan bayam. Ikut suka nak banyak mana.

Tadaaa!! Siap!!
 Cukup banyak untuk 2-3 orang makan. Tapi sebab aku gelojoh, aku abeskan satu periuk tu sorang2.hehehe...

Lagi sedap di makan dengan ikan bilis goreng dan cili potong. Bagi rasa pedas. Nyummm...

Selamat mencuba ye! Sama-samalah kita makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan di hari tua!

7 comments:

  1. mau cuba!!!!!!!!!!!!!!!!! tenkiu!!

    ReplyDelete
  2. kalau awk tumis guna myk yg sikit dgn bwg merah putih cili api lagi sedap taw, try lahh.. sy hari2 dok melantak bubur oat. mmg selesa perut kan.. :)

    ReplyDelete
  3. liyana :

    saya akan cuba cara awak tu plak. saye mula makan oat ni sebab kolestrol tinggi.hehe..tu yang sebok dok makan oat nak turunkan kolestrol.maklumla dah tue..hehe..

    ReplyDelete
  4. hahaha..ini resepi sy..hahahaha! enak bukan..whaha!

    ReplyDelete
  5. ye..terima kaseh pada cik eja sebab bagi resepi ni. memang sedap bangat!satu periuk aku lahap sorang2! (^_^)

    ReplyDelete
  6. Yes bila goreng ikn bilis, cili api, bwg tu goreng mmg sedap.. baru lps mkn.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...