Tuesday, February 8, 2011

Cakap senang laa!

Banyak-banyak benda nak pikir pasal kawen ni, rasanya paling pening nak beli doorgift la. pening sebab tak tau nak beli yang mana satu. ikutkan hati, aku rembat je sesedap rasa. tapi rileks nadt, kau kena bersabar. kau bukannya tukang chop duit yang anytime ble renew wang kertas. Kerana sedaya upaya nak membajet agar tak ter'over' bajet, itu yang jadik pening.

Ikut citarasa aku, anything bleh. tapi kalau ikut citarasa mak aku, paperbag mesti ada tangkai pemegang. So kategori kotak2 sekalian bole campak ke tepi.Ikut plak citarasa nenek aku "apebenda letak barang satu aje, kedekut sangat?" Ok, maknanya dia suka letak macam2 dalam paperbag. Tapi aku plak tak suka barang banyak2, serabut. Ikut plak cakap makcik2 aku "Haa..kau tempah la bahulu besar tu sebijik. baru RM1 sebijik." Bahulu..bahulu..lelain ada tak?

Aaa...tension sebabnya yang bercakap2 tu bukannya ada sumbangan ape2 pun. sekadar sumbangan air liur, pastu paksa2 beli tu, beli ni. (mak aku terkecuali sebab dia ada sponsor..hehe).

*Susah-susah aku bagi zirafah ni jek..biar terbelik bijik mata orang kampung menengoknye..

2 comments:

  1. kena rajin survey kan.. nk puaskan ht org bukan sng, so ikut kemampuan jela.. :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...