Thursday, February 17, 2011

Kisah Cik Abang

Busan-busan sambil tengok TV tanpa hala tujuan, aku baca novel yang aku baru beli. Bumi Cinta tajuknye tulisan Habiburrahman El Shirazy. Tiba-tiba teringat pada penanda buku daun getah yang cik abang penah bagi dulu. Terus bangun nak mencarinya. Kalau tak buku aku tu aku tanda sukahati je guna hp la, guna remote tv..remote kipas dan benda-benda yang tak sepatutnya jadik penanda buku.

Aku konfiden penanda buku tu ada dalam kotak hikmat rahsia aku. Actually kotak tu jadik tempat aku simpan barang-barang yang cik abang penah bagi. Tak semua la. Mana yang muat masuk je aku simpan.hahaha..

  *Kotak hikmat rahsia tersebut..

Hasrat awal nak carik penanda buku tu tersangkut jap bila ternampak kad-kad yang ada dalam kotak tu. Gatal tangan nak baca semula. Da lama tak baca, da tak ingat apa isi kandungannya. Kad pertama adalah kad Selamat Hari Jadi. Kad tu takde la cantik sangat pun. Seolah-olah dia main capai je kad tu then terus bayar kat kaunter. Color hijau plak tu yg memang sungguh tak faveret aku. Isi kandungan agak kelakar tapi tak ble publish kat sini..nanti dia marah. Mana taknye, biasanya kad besday tulis ringkas je tapi dia tulis berjela-jela panjangnya. Ayat-ayat berunsurkan cubaan mengurat sebab masa tu tak couple lagi. Yang kelakarnya, bukan setakat dalam kad je tulis berjela-jela tapi kat sampul surat pun dah berjela-jela panjangnya. Tapi agak sweet dan kreatif la ape yg dia tulis kat sampul tu sebab tak pernah dibuat dek orang kan. Korang pun ble wat camtu bila bagi kad kat makwe/pakwe korang.hihihi..

 
*Boleh baca tak? Font agak bercelaru. Memang begitu. Tiada kaitan masalah teknikal.

Yang lain-lain adalah kad-kad yang bersifat agak nak menarik perhatian. Tengok je la kad raya yang ni, panjang berjela jugak. Isinya pun panjang jugak la sampai nak terguling-guling plak bila aku baca lagi.baru sedar dia ni sangat-sangat kelakar sebenarnya.hahaha..

*Kad raya terpanjang abad ini..hehe..

Yang ni plak besar kemain. Kembang setaman jugak bila kad tu sampai sebab dia pos laju ke alamat rumah.

 *See ayat kat depan kad tu, Salam Aidilfitri Buatmu Yang Dicintai.Ewah..ewah..hehehe..

Buku Hello Kitty pun ada jugak? Kenapa Hello Kitty? Sebab aku suka Hello Kitty la.See besday ke berapa tu? Ke-19!! Sangat-sangat muda masa itu.hahhaa..tapi buku tu bukan cik abang yang bagi tapi orang lain. Tapi kenapa aku simpan? Sebab dalam buku tu aku ada salin ayat-ayat manis yang bikin cair punyelah yang penah cik abang sms kat aku. Gilos. Sms pun nak salin. Pastu baca balik berulang kali pastu senyum sorang-sorang. Perasan betul. Macam la kau sorang ada laki.Hihihi..

 *boleh baca ke tulisan klasik aku tu?

Selain daripada kad-kad extravaganza tu, banyak lagi benda lain dalam kotak tu. (padahal kotak tu kecik je, tapi semua aku nak sumbat!) Antaranya : 

 * kotak bekas dompet yang dia belikan untuk aku pun aku simpan lagi? Isshh..ishh..
 * kotak cincin percintaan siap ngan begnya pun aku simpan lagi. Memang patut disimpan. Sangat sentimental value. Tapi kotaknya sudah agak buruk sebab terkena toner yang tumpah dan tercabut tutupnya sebab aku dok bukak tutup bukak tutup..huhu..

Ni plak antara souvenir yang dia belikan bila dia pi mana-mana. Xtau la apasal dia suka bagi keris. Kot ada makna signifikan tertentu xtau la. Siput plak rajin betul dia kutip kat pantai. Siput adalah symbol yang romantik hokeyy!. Take note! Tak sume lelaki rajin nak menonggeng carik siput yang cantik kat pantai untuk bagi kat makwe diorang! Keychain yang ada tulis nama Nadia tu kebetulan dia terjumpa nama aweks dia, terus dia beli. Pandai plak orang yang buat keychain tu letak gambo kucing. Tau2 je aku suka kucing. Seolah-olah kucing tu yang bernama Nadia.huhuhu..keychain yang lain2 tu wat cukup syarat je. Agaknya dalam hati dia “at least aku beli daripada tak bagi langsung??” (^_^)’


Oh..tidak lupa jugak. Novel Ayat-ayat Cinta ni. Novel ni dia bagi sebelum wayang keluar lagi. Tau tak camne cara dia bagi novel tu? Masa dalam kereta, dia suruh bukak laci dashboard. Suruh ambikkan barang kononnya. Bukak2 je, ada bungkusan plastic dalam tu. Dia suh kuarkan n bukak. Bukak2 je owwhhh..novel!! agak pandai jugak la dia pilih novel ni dan bukannya novel2 fantasi picisan yang buat aku pening kepala mencari moral of the story. (^_^)

 Last sekali baru la jumpa penanda buku yang dicari-cari!! Comel kan, penanda buku wat dari daun getah ni.
 Kesimpulannya..baru tersedar cik abang ni romantik sebenarnya tapi dalam cara dia yang tersendiri. La ni kalau dia pi mana-mana, benda yang dia mesti belikan adalah t-shirt sampai dah menimbun-nimbun t-shirt aku. Sikit je lagi nak roboh tingkat dalam almari baju aku tu.huhu..melampau betul aku. Baru sekarang aku sedar.hahaha..thanks for lovin’ me. I’m lovin’ it! (^_^)

2 comments:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...