Tuesday, February 22, 2011

Minat Yang Pelik

Aku ada minat yang pelik.
Minat aku adalah aku minat macam-macam benda.
Aku minat melukis.
Aku minat memasak.
Aku minat menjahit.
Aku minat seni fotografi (bercita-cita nak ada DSLR sendiri satu hari nanti!)
Aku minat DIY macam-macam benda.
Aku minat macam-macam lagi la.

Bila aku tengok sumer orang sibuk buat cupcake, aku pun dok sebok nak buat cupcake jugak.
Bila aku tengok orang jahit felt yang comel2, aku pun nak buat jugak.
Bila aku tengok banyak gambo cantek2, aku pun nak ambik gambo cantek2 dan edit jugak.
Bila aku tengok orang DIY macam2 benda, aku pun nak buat jugak.

Tapi kebanyakan minat aku tu bermusim.
Bak musim luruh yang menerbangkan daun-daun ke pelosok dunia.
Begitulah ibaratnya minat aku yang on-off on-off ni..

Alhamdulillah setakat ni tak timbul lagi minat untuk membuat benda2 lagha seperti menjadi samseng jalanan atau mengumpul spesis2 lipas..



Sumber : www.google.com

2 comments:

  1. hehe same la kite.. minat yg bermusim. hmm bab makan pun saye bermusim gak.. ape nak jadi dah.. heheh

    ReplyDelete
  2. hahaha..bab makan saye takde musim.pulun sepanjang tahun..hahaha..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...