Friday, March 4, 2011

Di Alam Mistik

Muka takut yang comel (sumber : google.com)

Cerita-cerita mistik ni memang tak asing la bagi aku. Korang semua pun mesti da biasa dengar cerita-cerita mistik kan? Tapi korang pernah alami tak?

Aku tak tau la apa yang aku alami sejak akhir-akhir ni sesuatu yang mistik atau tak. Samada ape yang berlaku tu kerana perbuatan orang yang dengki atau 'benda' tu saje nak beramah mesra ngan aku. Almaklumla 'serumah' kan.

Alkisahnya, sejak aku dok menyewa rumah sekarang ni, kadang2 aku akan dengar bunyi benda bergolek2. Macam anak lesung yang digolek2. Bunyi nye macam kat siling tapi aku anggapkan bunyi tu datang dari rumah sebelah. Selama ni aku cuba mempositifkan fikiran aku dengan berkata "Alaa..mesti Auni tengah main2 tu.." (Auni anak jiran sebelah)

Satu hari tu, dalam pukul 8 malam, bunyi tu kedengaran lagi. Sebab masih awal kan baru pukul 8, aku tanya housemateku, "Kau ada dengar tak bunyi benda bergolek tadi?" Yang tak bestnya housemate aku jawab, "Takde pun.." Malam tu pukul 11 aku dengar lagi bunyi tu. Eishh..tak ble jadik ni..

Esoknya aku jumpa Kak Azimas (Mak Auni) dan tanya, "Akak, malam2 Auni ada main benda golek2 ke.." Jawapan tak best jugak yang aku terima, "Eishh..mana ada..takde..Auni takde main benda."

Ah..sudah..kebetulan bos kecik ku ada kat situ, dia kata, "Biasalah tu Nad, setiap rumah memang ada penunggunya. Tapi dia tak kacau. Rumah saya pun ada bunyi macam tu jugak tapi bunyi guli jatuh bergolek2..Takde pape. Jangan risau."

Maunye tak risau. Sebab masalahnya aku sorang jek yang dengar bunyi tu. Housemate aku xde dengar pun. Ex-housemate aku sebelum ni pun aku dah tanya pun jawab tak penah dengar. Malam semalam lagi lah..pukul 1 pagi, aku tengah mamai2 terjaga sebab terdengar bunyi anjing menyalak depan umah. Kuat giler sampai aku xble tido. Aku siap pikir, "takde sape ke nak bangun halau anjing ni memekak je.."

Esoknye aku tanya kat jiran2 aku pasal bunyi anjing tu. Diorang ble kata takde dengar! Biar betul anjing menyalak kuat depan umah ble tak dengar? Ke aku sorang je yang dengar? Aahhh..SUDAHHH!!

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...