Friday, March 11, 2011

Misteri Penyu Berwarna Pink

Minggu yang sudah aku pergi ke rumah Shakey
Dengan hajat nak pinjam mixer Azimah(nak buat kek blackforest yang tak jadik tu kononnye)
Dah ambik mixer, aku pun nak balik rumah terus la kan
Aku seluk2 poket nak kuarkan kunci kereta, terambek kunci umah plak
Dalam kegelapan tu, aku rasa ada benda yang jatuh
Aku tengok2 key-chain aku yang ada penyu color pink tu dah takde
Penyu tu memang da banyak kali tanggal daripada key-chain sebab dia cuma dilekat guna skru pada key-chain je
Aku carik2 tak jumpe
So pasrah la aku dengan kehilangan penyu pink itu
Tapi sempat pesan kat Shakey kalau jumpe penyu tu, bagitau aku
Aku sayang penyu pink tu sebab dapat free masa pi Redang
Puas pujuk orang kedai tu mintak keychain free sampai dia fedup akhirnya bagi jugak..hehehe

Alkisah, aku pun dah lupa tentang penyu pink tu
Even aku pun dah berkira-kira nak beli key-chain baru
Sebab perasaan aku mengatakan kunci2 aku kurang berseri tanpa key-chain yang comel..hehehe

Tetapi yang misterinya...
Kelmarin masa aku nak ambik kunci untuk bukak pintu umah
Penyu pink tu dah ada semula kat key-chain kunci aku
Terpasang dengan elok plak tu
Aku was-was jap
Aku berkhayal ke bermimpi ke selama ni penyu pink tu takde?
Macam mana dia boleh ada semula kat key-chain aku
Owwwhhhh...misteri nusantara betulllll...

1 comment:

  1. anda di tag ! :)
    http://ct92nad.blogspot.com/2011/04/assalamualaikum.html

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...