Wednesday, March 9, 2011

Sikap Pemandu Yang Mengundang Hot Temper!

 "Aku marah betul ngan orang yang tak reti bawak keta secara beretika ni. Tak pasal-pasal kulit aku jadik ijau. Marah betul aku!!Ngok ngek!!%$#@**!!"

Sejak aku bawak keta 3 tahun lepas, hot temper aku datang balik.
Bertahun-tahun aku control hot temper aku dan jadik penyabar.
Sudahnya jadik hot temper semula.
Uuu..menengok macam2 perangai manusia yang bawak keta ni, rasa nak bakar jek.
Sampaikan Encik Tunang pun sound "Asyik nak marah ni kenapa? Marah pun bukan diorang dengar."
Padahal ketika itu Encik Tunang yang bawak kereta bukannya aku.
Kalau aku yang bawak keta masa tu maunya aku bukak tingkap dan jerit "Woii!!@#$%!!**$%!!"

Ok..jom check satu-satu apekah sikap pemandu yang mengundang cacian, makian serta menaikkan hot temperature orang :

1. Lagi 2 sentimeter nak masuk simpang, baru bagi signal. Dowhh!!

2. Dah la lambat bagi signal, terhegeh2 plak nak masuk simpang tu. Kite yang tengah laju ni terpaksa brek mengejut.

3. Dah la terhegeh2 nak masuk simpang, pastu tak jadi plak masuk simpang. Masuk jalanraya semula. Mana tak terbakar??!

3. Ambik lap lebih kat selekoh. Ada sesetengahnya dah masuk opposite lane. Seb baik aku ni pakar, boleh la mengelak. Kalau yang tak pakar? Tak ke berdentum accident??

4. Memecut laju sampai nak langgar kereta orang depan. Bila da nak berlanggar, tau plak brek. Ingatkan brek x makan ke.

5. Memotong sesuka hati. Kejap potong belah kanan, kejap potong belah kiri. 

6. Kat double line pun nak memotong. Bila muncul kenderaan dari opposite, kelam kabut nak masuk lorong semula sampai menghimpit kereta orang. **%#@!! 

6. Memandu dengan lembapnya di lorong kanan. Terutamanya lori. Sah-sah signboard da tulis "Kenderaan Berat Sila Ikut Lorong Kiri" ataupun "Gunakan Lorong Kiri Untuk Memotong". Buta huruf ke?

7. Ok, jalan ada satu lorong je. Tapi memandu dengan lembapnya pada kadar 40km/j. Kereta di belakang takble nak potong sebab jalan double line. Tengok2, rupe2nye tengah 'bermesra2an" sambil memandu. Hoii! Nak mesra2, find a room la! Jangan la time driving!

8. Menggunakan lampu tinggi pada waktu malam. Ingat kau sorang je ada lampu? Ingat kau sorang je rabun malam?? 

9. Parking sesuatu hati. 2 petak kereta tu dia conquer sorang2. Ingat kau sorang je ke yang bayar kupon keta??


* Owhhh..memang banyak dosa aku memaki orang sejak bawak keta ni..(T_T)

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...