Wednesday, March 2, 2011

Sinar Islam di Jiwa Daphne

 sumber : google.com

Mungkin ramai yang sudah pun maklum tentang Daphne sudah masuk islam.
Alhamdulillah..bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ada juga mulut-mulut nakal yang mempertikaikan niat sebenarnya memeluk Islam
Samada niatnya benar-benar ikhlas atau tidak, itu antara dia dengan Allah.

Dalam isu mualaf ni, kita jangan terlalu cepat berburuk sangka
Sebelum berburuk sangka, apa kata kita sama-sama membantu dan membimbing mereka ini
Permudahkan lah mereka untuk menjalani kehidupan sebagai Islam
Bukannya mengkritik dan berkata "Sementara je tu..."

Alhamdulillah juga sebab puteri Daphne iaitu Isobel juga mula menunjukkan kecenderungan ke arah Islam.
Anak kecil itu juga nampaknya telah diberi hidayah
Hidayah Allah tidak mengira usia, kaum dan agama
Sedangkan kita yang mengaku Islam ini, benarkah hidayah Allah telah singgah di hati kita?
Bukan bermakna kita tidak mengamalkan ajaran Islam
Tetapi sejauh mana amalan kita selama ini mampu menghindarkan kita daripada sekecil-kecil dosa
Hinggalah ke sebesar-besar dosa
Adakalanya kita mungkin mendapat hidayah tapi adakah kita mendapat taufik untuk melaksanakannya?

Apa itu taufik?
Apa pula hidayah?
Taufik itu kekuatan, hidayah itu petunjuk Allah.
Ada orang mendapat hidayah tapi tidak mendapat taufik iaitu kekuatan untuk melaksanakannya..
Senang cerita, bagi contoh :

1. Kita tau solat tue wajib..tapi malas nak tunaikan..

2. Baca Quran. Kita tau Quran itu mukjizat Rasulullah, tapi malas nak baca..


3. Kita tau mendedahkan aurat itu berdosa, tapi kita nak jugak dedah sana sini..

Nauzubillah. 
Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah daripada-Nya.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...