Tuesday, April 12, 2011

Kenalah Sehat dan Kuat Kalau Nak Kawen!

 sumber : google.com

Tak tau lah apsal sejak masuk tahun 2011 ni aku asyik tak sehat je.
Sampaikan dah naik tebal muka aku nak pi klinik karak tu.
Malu weii sebab nurse n doktor2 kat situ da kenal muka aku.
Bulan Januari berulang-alik hampir setiap hari ke klinik sebab check darah suspect denggi.
Bulan Februari plak kena bisul sampai macam nak pengsan.
Bulan Mac plak demam lepas balik dari kursus induksi.
Masuk bulan April ni plak aku batuk2 tak berhenti.
Tapi malu nak pi klinik nak ambik ubat batuk.
Sudahnya lebih rela beli ubat batuk, mucinex dan strepsils kat farmasi je.
Terbang duit aku.

Aku membuat andaian yang aku ni kekurangan khasiat kot.
Maklumla jarang makan makanan berkhasiat.
Pagi makan mihun goreng atau roti canai atau nasi lemak.
Tengahari jarang makan.
Kalau makan pun, makan kueh atau biskut jek.
Malam lagi la makan ntah pape, sosej bakar la, roti la, oat la, cucur ikan bilis la..bla..bla..
Tang bila aku makan sayur ntah bile da.

So aku menanam azam nak meningkatkan kandungan vitamin dan khasiat dalam badan aku ni.
Tak mau la time kawen nanti muka pucat badan tak bermaya sebab tak cukup khasiat.

So aku memulakan dengan pelan yang mudah dan jimat dengan meminum Peel Fresh!
Pilihlah Peel Fresh Power Berries yang kaya dengan Vitamin C dan Anti Oksidan.
Dalam ni ada Anggur, Beri Acai, Beri Biru, Kranberi, Mulberi dan Raspberi.
Yang penting sekali NO SUGAR ADDED!
Murah pun murah baru RM5.25 (ni harga yang aku beli kat Tesco minggu lepas).
Dulu2 rajin gak beli InnerShine Pati Prun dan Beri.
Tapi la ni kena berjimat so pilih lah Peel Fresh!
Serius beb bila minum Power Berries badan rasa segar dari pagi sampai petang!
 
 
* See? Kaya dengan Anthocyanin yang memainkan peranan sebagai antioksidan!

So, apa lagi..
Mulakanlah hari anda dengan Peel Fresh Power Berries!
Tapi sebelum tu jangan lupa baca Bismillah dulu tau!

p/s : Oh ye..Peel Fresh Wheat Grass pun bagus jugak, kaya dengan Vitamin A,C dan E.

3 comments:

  1. saya berdebar excited!hihihi..

    ReplyDelete
  2. as salam..
    haha~
    saya tak eprnah berkapel..
    so bab2 menungg hari bahagia ni, entah la..fikir kerja dulu. hehe

    =p

    semoga bahagianya berkekalan ;)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...