Wednesday, May 25, 2011

Penyejuk Hati


Menjelang hari bahagia yang tinggal kurang 3 minggu lagi..
Hati rasa panas tiba-tiba..
Gara-gara apa yang mak bagitau masa call malam tadi..
Mak kata "Tok imam tu cerewet..banyak soalan. Masa azal (sepupu aku) kawen semalam, dia nak tau hantaran berape..dah belanja berape..berapa baki duit hantaran.."
Aku bengang..
Apasal sebok-sebok nak tau hantaran berape..belanja apekebenda sume??
Masuk dalam rukun nikah ke sume tu??
Apa tujuan dia nak tau semua tu??

Lepas je end call, terus aku buat kira-kira duit yang Encik Tunang da bagi selama ni apa belanjanya
Kalau tok imam tanya, aku nak tepek je senarai barang tu kat dahi Tok Imam!
Nak resit sekali pun boleh!
Panas hati aku!

Tak lama kemudian, Encik Tunang call
Aku cerita segala-gala apa yang mak bagitau tadi dengan hati yang panas
Encik Tunang cool..lagi buat lawak ada la
Even aku membebel marah macam mana pun
Encik Tunang tetap rilex pujuk aku
Hati yang panas menggelegak tadi mulai sejuk
Sudahnya aku pun gelak sama
Siap plan 'drama-drama' yang kitorang nak buat supaya Tok Imam tak meleret2 banyak soal
Nak pura-pura sawan la
Nak bawak pakcik Encik Tunang yang alim2 sebagai bodyguard la nak bagi Tok Imam cuak
Dan macam-macam lagi
Hilang rasa marah aku
Timbul plak rasa lucu
Terima kasih Encik Tunang sebab menjadi penyejuk hati aku 

Firman Allah, maksudnya :
“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu  pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal  itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir."

4 comments:

  1. pewit lg 3 minggu, sy pulak tepat hari ni lg 4 minggu, hoho (nak jugak)

    nasib baik la tok imam nt adalah sedara mara jgk. hiho

    gudluck! :)

    ReplyDelete
  2. Hehehe..gud luck to u too..

    ReplyDelete
  3. eh memang tok kadi tanya la berapa hantaran dan apa hantaran y diberi semasa nikah. siap dia tulis dalam sijil nikah tu lagi ;)

    ReplyDelete
  4. owhh..memang ditanya eh? tapi tanya hantaran je xpelah lagi. xpayah la kot ambik tau setiap berapa ringgit tu dah dibelanja untuk ape. tok imam ke yang tulis hantaran dalam sijil nikah tu? kawan saya takde letak pun berapa hantaran sebab memang xnak orang tau.boleh kan.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...