Wednesday, July 27, 2011

Kejamnya dia!


Astaghfirullahalazim...

Terkejut dan tersentak saya menonton berita Buletin Utama malam tadi. Al-kisahnya seorang pemuda telah dirakam oleh CCTV memukul, menendang, menyiksa dan menyebabkan kesakitan kepada haiwan bergelar kucing. Saya nampak dengan terang, jelas dan nyata...kucing itu dipukul tanpa belas kasihan. Saya tak pasti dia memukul menggunakan apa. Macam pedang, mungkin juga belati. Paling saya tersentak apabila melihat kucing itu sudah terkulai, mungkin juga sudah mati tetapi tanpa belas kasihan pemuda itu memijaknya pula! Saya lihat ada beberapa ekor kucing ketika itu, tetapi 2 ekor yang malang itu memang sangat teruk dipukul dan akhirnya terkulai, tidak berdaya menyelamatkan diri.

Rakaman CCTV ini pun telah tersebar di Youtube tapi saya tak sanggup nak search dan ulang tengok lagi. Laporan telah dibuat dan pemuda ini hanya didenda RM400 sahaja! Penyiksaan terhadap makhluk ini hanya denda sahaja hukumannya?? Hanya kerana ia adalah kucing dalam kategori haiwan maka tidakkah hukuman yang lebih setimpal harus dikenakan? Setidak-tidaknya bagi dia rasa satu sebatan. Baru dia tau betapa sakitnya sebatan itu walaupun tidak setanding dengan kesakitan dan seksaan yang dirasai oleh kucing itu.

Remuk hati saya. Manusia kejam tak berhati perut sebegini masih wujud??

note : malam tadi tengok berita macam lelaki tetapi suratkhabar pagi ni kata yang memukul tu perempuan. ehmm...

3 comments:

  1. a'ah..sy pn xkeruan lps tgk berita tu.Siap leh mimpi2 lg.sy pn bela n sayang sgt kucing.bila tgk video tu,rasa mcm nk pukuul2 je manusia durjana tu.even hubby pn ckp,kalau abg jumpa die ni,abg pukul je..huhu

    ReplyDelete
  2. kann??orang tu memang x layak jadik orang. rasa nak belasah je beramai2.

    ReplyDelete
  3. kita bukanla xsuka kucing tp takut dgn kucing pon xpernh lagi tendang ke ape..huu gila org 2...

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...