Friday, October 21, 2011

Saya bukan diri saya lagi..

Alhamdulillah..Allah memberikan nikmat bahagia ini kepada kami. Diam tak diam sudah hampir 10 minggu. Perjalanan terasa sedikit panjang kerana saya mengalami alahan yang boleh dikatakan teruk. Hampir semua makanan yang dimakan akan dimuntahkan semula. Tambah seksa bila selera makan pun hilang. Nasi memang sudah lama tidak dijamah. Ayam dan daging memang tak mampu nak makan (even teringatkan ayam saja pun dah rasa nak muntah). Jadi sepanjang tempoh ini, makanan saya pun tak menentu. Biasanya makan mi saja. Kebanyakannya hanya mampu makan buah. Minum ais sangat suka! Lagi-lagi air yang manis!Huu..

Mood pun agak sentimental kala ini. Sikit-sikit nak menangis. Merajuk ngan en.hubby pun menangis. Tengok kartun Doraemon pun menangis. Sakit kepala pun nak menangis. Hadoii..memang benar-benar bukan diri saya sebenar sekarang ini.

Sentiasa berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan. Apa yang penting moga anak ini membesar dengan sihat dan sempurna.Amin..

4 comments:

  1. yunk, kalau tak boleh makan nasi cuba makan mee or bihun. ambil sup. makan sikit2 le. jangan paksa makan banyak2.

    ReplyDelete
  2. time kaceh. sedang bereksperimen pelbagai jenis makanan. selang seli makan mi dan roti. bosan setiap hari benda yang sama je. huhu..

    ReplyDelete
  3. sy pulak xde nk ngidam sgt2, cuma kdg2 rase teringin je... sume benda blh makan, mak mertua pun pelik, hee bby fhm kot mak ayah die pjj, huu

    jage diri k :)

    ReplyDelete
  4. mengidam takde la sangat. cuma takde selera je. kadang-kadang paksa juga makan, kalau nasib baik selamat la x muntah. huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...