Gadget

Tuesday, November 8, 2011

Bunting Pelanduk

 sumber : google.com

Awas..entri panjang kali ini.


Masa mula-mula kahwin dulu, saya memang termasuk dalam kategori yang nak pregnant cepat-cepat. Setiap hari google 'tips mudah hamil', 'tips kehamilan' dan bla..bla..Terlalu banyak info membuatkan saya taksub. Salah satu info yang saya dapat adalah mengenai bunting pelanduk. Kebanyakan artikel yang saya baca menyatakan bunting pelanduk merujuk kepada orang yang mengandung tetapi datang period. Haa? Boleh ke period kalau da mengandung? Masa tu saya berangan-angan kalaulah saya bunting pelanduk. Makanya walaupun saya datang period, saya tetap buat UPT dengan harapan saya bunting pelanduk. Of course la -ve resultnya kan.

Masa mula-mula sah pregnant, memang saya tak datang period. Memandangkan saya ada buat carta BBT, maka mudah saya mengesannya di situ. Cuma masa minggu ke-6 saya ada keluar sedikit darah. Sikit saja. Istilahnya 'spotting'.Mungkin sebab saya terlalu penat kerana out-station, naik van pula tu terhentak-hentak. Cuak bila keluar darah yang sedikit itu. Jumpa doktor, saya diberi MC selama 2 minggu. Selama 2 minggu saya berehat Alhamdulillah spotting makin menghilang. Masuk minggu ke-8, spotting memang totally stop. Lega di situ.

Ingatkan setakat itu saja spotting itu. Masa minggu ke-10, saya ke Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen hubby. Walaupun badan sangat letih tambahan pula saya alahan teruk, tetapi gagahkan juga diri untuk meraikan hari penuh bangga buat hubby. Masa berhenti rehat di Tol Ayer Hitam untuk sembahyang Subuh, saya rasa nak muntah sesangat. Cuba muntah tapi tak keluar juga. Paksa lagi..dan tetiba saya rasa macam ada cecair yang keluar dari bawah. Bila check tengok, rupanya darah. Banyak jugak. Dah tak dipanggil spotting lagi da. Ni da dikira bleeding. Dengan muka cuak dan nak menangis, bagitau hubby. Hubby pun tak tau nak buat macam mana sebab pukul 7.30 pagi dia da kena masuk dewan. Pasrah dan tak mau menyusahkan hubby, saya drive sendiri ke klinik. Terpaksa menunggu hingga ke pukul 9 untuk klinik swasta buka. Seksanya menunggu masa berlalu. Saya minta scan, Alhamdulillah baby ok. Bleeding berlaku maybe sebab saya terlalu penat. Tetapi saya tetap dinasihatkan ke hospital.

Akibat kesuntukan masa, proses nak ke hospital ditangguhkan keesokan hari. Masa ni bleeding da stop. Ikutkan petang semalam lagi da bersih. Tapi untuk pemeriksaan lanjut, pergi juga ke hospital. Mula-mula scan dengan scanner tak canggih di hospital itu, sarung baby dan baby ok. tapi doktor tak dapat cari heartbeat. Tapi saya tak risau sebab sangat yakin baby selamat. Kemudian doktor nak check 'bawah', nak cari punca bleeding tu. Maka merasalah saya dirodok dengan 'mulut itik' besi itu. Punyalah sakit rasa nak sepak je doktor tu. Doktor check ada kesan luka. Maybe kesan luka tu yang jadi penyebab bleeding. Lepas je 'mulut itik' tu dikeluarkan, sakitnya sampai tak boleh nak duduk rasanya. Nak baring pun serba tak kena. Doktor bagitau kena admit kat wad at least 24 jam, nak pantau keadaan. Dah agak da kena tahan punya.

 ni dia rupa speculum a.k.a 'mulut itik' versi besi yang digunakan. Tobat tak mau lagi.

Esok paginya, pihak hospital bawa saya ke Hospital Seremban untuk scan yang canggih punya. Merasalah naik ambulans. Pertama kali datang Hospital Seremban ni, uuuu besarnya hospital ni. Dah la berjalan dengan baju patient yang tak cun color hijau tu, semua orang dok pandang. So, saya dibawa scan guna scanner yang canggih kali ni. Sekali check je, terus nampak hearbeat baby. Even boleh dengar bunyinya dup dup dup dengan lajunya. Happy sangat rasa cam nak nangis. Tapi adegan 'mulut itik' tak berakhir semalam. Kat sini pun kena rodok juga. Tapi kali ni 'mulut itik' plastik, kecil sikit. Rasa sakit juga la tapi bila da dikeluarkan terus takde rasa pape. Boleh duduk dan berjalan macam biasa. Bagus betul nurse yang buat tu. Dia kata luka tu normal specially bagi orang yang baru kahwin katanya. Mula-mula saya kerut kening juga tak faham, lama kemudian baru faham.Hahaha..Saya takde jumpa doktor pun di sini. Nursenya sahaja da cukup pakar untuk handle perkara macam ni.

'mulut itik' versi plastik. kecik sikit. yang ni boleh terima lagi la.

So dengan keputusan itu, maka saya dibenarkan pulang hari itu. Dengan muka kesian, saya minta MC seminggu kat doktor. Doktor pun dengan senang hati bagi je. Lagipun memang saya digalakkan banyak berehat. Langsung tak boleh buat kerja menyebabkan sindrom malas makin menebal dalam diri. Ditambah pula dengan mabuk yang teruk, maka kerja saya makan tidur makan tidur saja lah.

Berbalik kepada tajuk 'Bunting Pelanduk' tu, disebabkan peristiwa bleeding itu, semua orang kata saya bunting pelanduk. Woo..bila da dapat title bunting pelanduk itu, sikit pun saya tak suka. Risau lagi ada. Kalau boleh, setiap hari nak scan baby nak check dia ok ke tak. Bleeding mana boleh buat main-main. Lagipun dalam sains, mana ada istilah period masa mengandung. Kalau ada keluar darah juga, mesti ada something wrong somewhere. Ada yang kata darah yang keluar tu darah lama. Mungkin juga sebab yang keluar ni samada color coklat atau color hitam. Ya Allah..memang saya doa banyak-banyak semoga baby ni sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Tak kisahlah nak bunting pelanduk ke rimau ke, yang penting sihat.

p/s : Last scan minggu lepas, nampak baby berenang-renang dengan aktifnya. Kawan-kawan semua doakan la moga baby sentiasa sihat. :)

13 comments:

  1. tahniah Nad..mudah2an selamat sampai ke hari kelahirannya..la ni masih alahan ada lg ke?

    ReplyDelete
  2. masih lagi alahan. langsung takde selera nak makan pape. asyik makan buah je ngan minum air manis.huhu..

    ReplyDelete
  3. ngeri plk bace bab kena seluk ngn mulut itik tu.... dh la x jumpe gynae lagi..huhu

    ReplyDelete
  4. selama ni dok dengar orang bercerita pasal mulut itik tu. bila da kena sendiri, baru tau. mintak dijauhkan la.serik nak pi hospital lagi rasanya.huhu..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah nnt surut la alahan tu..tp jgn minum manis lebih2..kang takut gula tinggi lak..lau ngndung ni sakit2 mcm tu cepat je nak singgah..

    ReplyDelete
  6. salam saya baru je bc blog ni...coz sbb nak cari info mengenai hamil,sy ni ngah risau n takut,sbb hamil kedua ni ade kuar darah pat faraj.dah 5hari tapi xde g jumpa doktr..sok ade temujanji kat kinik kerajaan..saya akan tnye n check...mmm kandungan saya dah hampir 4bulan..mm sy berharap kandungaan saya okey n selamat..tapi xde plak morning sikness...ape2 pun jaga diri

    ReplyDelete
  7. kuar darah tu banyak atau sikit? berterusan atau ada stop? kalau banyak, berterusan dan fresh blood really need to see doctor urgently. jangan tangguh2 tau. semoga semuanya selamat.

    ReplyDelete
  8. kalau keluar darah sikit tu mcmana ya puan nadt.sy dah cek ke klinik doktor scan alhamdulillah sihat.tapi sy risau sbb ini yg pertama.

    ReplyDelete
  9. kalau awal2 pregnant, kuar darah sikit2 tu biasanya implementation blood. biasanya normal just need good rest. kalau fresh blood yang banyak tu yang perlu risau dan segera ke hospital.but since u da check kat doctor n scan ok, so nothing to worry. saya masa keluar darah banyak dulu, bila scan baby ok je siap kaki dan tangan kecik dia melambai2 lagi. :) Insya-Allah baby ok.

    ReplyDelete
  10. Bru baca post ni..im 6weeks plus of pregnancy..this week je da 3x jumpe doc..1st time mmg spotting biasa..tp 2nd time da start kuar darah mcm nk period..gi klinik & doc said treathened abortion..die refer trus ke hospital..merasa gak la mulut itik plastik tu..tp ni siap doc msukkn jari utk tgk bukaan rahim..doc said klu rahim tbuka mmg bleh missarriage tp Alhamdulillah xtbuka pn..tp after dat darah makin kerap plak kluar.especially early morning..bl byk panik then refer blk ke hospital..prosedur yg same doc ulang tp still ok..now,mmg kna bed rest for 1week..but still risau sbb darah kuar every nk buang air..tp mom saidbits normal..its called bunting pelanduk..is it?not so sure..doc bg appointment dgn pakar sakit puan plak next week.so nga redha je ape yg jd smentara tgu next appointment :(

    ReplyDelete
  11. saya faham perasaan awak. mesti rasa risau sentiasa kan. but kena positifkan diri, selalu usap2 perut, pujuk baby supaya kuat. kawan saya ada ajar zikir untuk kuatkan kandungan, tapi saya tak ingat. Ya Mubdi kalau tak silap. selalu lah usap perut sambil baca zikir tu. n banyakkan berdoa di samping bed rest sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Salam Nadt..
    Sy skrg 13 weeks..kira baru masuk 3 bulan n sedang berperang ngan perasaan takut n risau n mcm2..from 1st moment tau sampaila hr ni mmg asyik bleeding (colour mmg dark brown) n nak katakan setiap mgu dok ulang alik klinik spital je ni..risau sgt2 n ada yg kata bunting pelanduk..n bila baca artikel nadt ni sgtla lega2..duit da byk abis dok scan je bila bleeding (punye malas nak beratur kat gomen n dirodok..hehe)..baru last week ke putri specialist konon nak detail hamikkau terbang 500 hengget (tp tetap kena rodok..adeh..)n jawapan dr gomen..dr private tetap sama n tetap bleeding lg lps makan mcm2 hormon..sabar je..maybe baby nak jadi doctor kot asyik nak g jumpa dr..he..so,thanks sgt2 artikel nad byk2 melegakan hatiku yg gundah gulana..tgh mc ni..bulan ni je masuk 10hr mc..haha..tp bila kat rumah tak geti duduk diam n bila bleeding apalagi kena la marah ngan suami sbb tak geti diam..he..pening asyik baring je =)

    ReplyDelete
  13. Riana : congratz on ur pregnancy! apapun kena banyak2 rehat tau. memang busan sebab kena baring je tapi tu ar kena berkorban sikit demi baby. once lepas 1st trimester, everything InsyaAllah will be ok. take good care ye.

    ReplyDelete

Time kaceh 4 ur comment!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...