Thursday, November 10, 2011

Kisah Orang Minyak

Ini bukanlah cerita mengenai filem terbaru di panggung wayang. Tetapi cerita ini masih tidak dapat diklasifikasikan lagi sebagai kisah benar atau khabar angin semata-mata. Baru-baru ni kecoh kisah orang minyak di kawasan Bentong, Pahang. Tak tau sejauh mana kebenarannya. Dengar cerita ramai yang dah terkena. Dan yang paling menakutkan bila dapat tau orang minyak ni da sampai di Karak! Kat kawasan perumahan saya pula tu! Hoo..walaupun dengan confidence level yang tinggi saya berkata "Nasib baik aku bukan anak dara lagi..haha.." tetapi perasaan takut itu masih ada. Dengar cerita juga lagi, orang minyak ni pernah tersalah peluk lelaki India! Mungkin ilmu dia masih belum cukup tinggi lagi kot, tu yang boleh tersalah tu.

Pulaknya housemateku ada kelas malam mulai semalam. So bila malam menjelma, cepat-cepat saya tutup segala pintu dan tingkap. Biasanya saya suka buka pintu bagi angin sejuk masuk. Nak dijadikan cerita, malam tadi masa housemate saya pulang dari kelas (dalam pukul 10 malam), ada seekor kucing hitam mengekori nak masuk rumah. Beberapa kali housemateku cuba tutup pintu grill rumah tapi tak berjaya sebab kucing hitam tu pun nak masuk. Bimbang kucing hitam itu mungkin jelmaan orang minyak, housemate mengejutkan saya yang sedang mamai-mamai hampir tertidur. Saya pun terkejut dengan kemunculan kucing hitam tu. Terbayang macam mana kalau kucing tu dapat masuk rumah dan terus bertukar jadi orang minyak. Eihhh..nauzubillah. cepat-cepat kami halau kucing tu dan kunci pintu grill. Punyalah cuak dan takut sampai perut pun sakit (sian baby terkejut). Sudahnya tidur malam pun tak lena sampai termimpi-mimpi pasal kucing hitam dan orang minyak.

Dengar cerita yang terbaru pagi tadi, orang minyak itu sudah sampai ke Lengkong. Anak kepada kawan mak kepada kawan kepada kawan saya dah terkena (fuuhh..betul ke ni..). Bahaya woo kalau betul la cerita ni benar. Kawan kata siap masuk berita suratkhabar dan TV9. Tapi saya tak tau apa laporan yang dibawa cuma pihak polis menasihatkan jangan mendengar khabar angin. Cuma kita kenalah berhati-hati sebelum terkena kan.

Jadi, anak-anak dara di luar sana berhati-hati ye. Tutup pintu dan tingkap semua. Kalau boleh sebaik-baiknya pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam bilik sepanjang masa.

p/s : Mungkin lepas ni KRU nak buat cerita orang minyak di Karak pulak ke?

2 comments:

  1. org minyak ni jgn main2... kat asrama sy dulu ade org minyak masuk asrama, xtau mcm mane die blh naik ke aras tiga, pdahal aras bawah tu grill bila dah habis waktu prep.

    waktu form 1 plg kecoh, org minyak tu attack aras 3 dorm tengah, ade kakak senior berlanggar dgn org minyak. sbb org myk tu nk masuk, akk tu nk keluar p toilet. akk tu rabun, terlanggar patah tgn. jadi kes polis. polis dtg sekolah. bila malam, budak lelaki asrama berkawal kat asrama perempuan. polis x dpt tangkap, bukti xde. lepas mcm tu je...

    malam2 mesti tido pakai baju terbalik n pakai seluar. org minyak tu hitam, tinggi n berbulu lebat. huhu dia pernah raba sorg bdk pompuan ni sbb ada 1 dorm tu xde besi kat tingkap...kecoh 1 sekolah dulu, smpai org jual aiskrim pun kena pulau, huhu

    eh pjg pulak cerita.. hehe :P

    ReplyDelete
  2. owh..petua ke, kena pakai baju terbalik n seluar? risau gak ni, dah la hubby takde, housemate plak selalu kena buat kelas malam. Memang keep on pasang ayat Al-Quran je kat laptop. Nak tido pun jadi takut. tunggu housemate balik baru ble tido. uuuu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...