Tuesday, November 15, 2011

Trimester kedua

Alhamdulillah..baby sangat kuat dan gagah mengharungi detik-detik trimester pertama yang penuh mencabar. Gembira sangat menjengah alam trimester kedua ini dengan harapan morning sickness akan terbang sejauh mungkin. Kebelakangan ni rasa lebih kuat dan sedikit cergas walaupun loya-loya masih ada dan perangai malas itu masih menebal. Sudah boleh join kembali rakan-rakan bersarapan di kantin. Sebelum ni, lalu kantin pun tak boleh. Asalkan terbau makanan saja boleh menjadi punca muntah.

Cuma angin dalam badan masih belum berkurangan dengan jayanya. Akibat memakan gulai tempoyak ikan patin hari Ahad kelmarin, sehingga hari ini kesannya masih ada. Angin satu badan. Puas menahan loya, enggan muntah lagi tetapi akhirnya semalam tewas jua. Muntah sikit saja tapi punyalah sakit dada dan tekak sampaikan tak boleh makan apa-apa. Tidur lah saya dengan perut kosong beralaskan milo kosong saja. Hari ini pun masih terasa kesan angin itu. En.hubby takde, kalau dia ada, dialah teman setia untuk mengurut belakang badan ini tanpa jemu. Oh..en.hubby, saya sangat rindu kamu!

Sedikit perkongsian ilmu mengenai perkembangan si kecil yang baru berusia 13 minggu ini. (sumber : Babycenter Malaysia)

Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

2 comments:

  1. kejap je nadt dh masuk trimester kedua kan... :)

    ReplyDelete
  2. tu la..masa memula check dulu baru 5 minggu. la ni pejam celik pejam celik da 13 minggu da.penuh cabaran..huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...