Wednesday, December 7, 2011

Fetal Doppler


Siapa ada benda alah bernama Fetal Doppler ni? Bagi yang masih belum tau ni apa benda, ini adalah alat yang digunakan untuk mendengar degupan jantung baby dalam perut tu. Even degupan jantung korang pun of course la boleh dengar kan.

Saya beli Fetal Doppler ni dah 2 minggu lepas. Excited..dapat je gaji terus beli. Ye la, benda ni bukan semurah RM10. Semangat nak membelinya untuk memantau perkembangan si kecik dalam perut ni. Kali terakhir dapat dengar degupan jantung dia masa scan 10 minggu kat hospital. Dug dug dug dug laju bunyinya macam mesingun.Huhu..Jadi ingin nak mendengarnya lagi. Kalau boleh hari-hari. Yang saya beli ni ada skrin paparkan berapa kadar degupan jantung dia.

Masalahnya sekarang ni saya macam tak berapa reti guna benda ni. Puas tonyoh-tonyoh kat perut ni susah nak cari. Ada la jugak dapat dengar bunyi tapi bunyinya lain macam pulak. Whoopp..whooppp..gitu. Eh..ni bunyi baby ke bunyi angin dalam perut. Dah macam bunyi kipas pulak. Tapi bila alih ke tempat lain,tak dengar pulak bunyi pape. Kat part tu je la yang ada bunyi. Betul ke bunyi baby ni..

So, kesimpulannya sekarang nak tunggu baby besar sikit dalam 5 bulan kot baru nak try carik lagi heartbeat dia. Nak mintak nurse ajar camne nak guna. Huhuhu..

7 comments:

  1. nak pinjam meh datang sini..hehehe..

    ReplyDelete
  2. hi dear, bleh share x where you buy this doppler? looking this for my sis. thanks :)

    ReplyDelete
  3. hai aya..saya beli dari FB Galeri Kasih Ibu. Check it out! (^_^)

    ReplyDelete
  4. masa saya beli dulu rm220 kalau tak silap. cuba check semula harga di Facebook Galeri Kasih Ibu. Saya beli kat situ.

    ReplyDelete
  5. Page ni https://www.facebook.com/MommyToBeAndBabyDoppler ade jual.
    Saya beli dgn harga xsampai rm150 thun lps xsure kalo dh naik hrga

    Sharing is caring :)

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...