Thursday, December 1, 2011

Hikmah Yang Sentiasa Ada


Masih lagi post tanpa gambar dari hp. Hanya gambar daripada encik google. Macam ketagihan pula nak berkongsi cerita. Maka saya memikirkan untuk berkongsi apa yang saya rasa sepanjang tempoh kehamilan ini.

Jika difikirkan kembali memang banyak cabarannya. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ni, saya ada mengalami bleeding semasa trimester pertama. Pengalaman yang cukup menakutkan saya. Membuatkan saya paranoid "Baby ok ke tak ni? Macam mana keadaan baby sekarang ni?" Secara tidak langsung ia semakin mendekatkan saya pada-Nya. Hanya Dia saja tempat saya memohon perlindungan agar anak ini sihat dan selamat sentiasa.

Selain daripada bleeding, saya mabuk teruk jugak.Kalau silap makan, memang buruk padahnya. Semuanya dimuntahkan kembali sampai badan pun jadi lembik. Jika dihitung jumlah MC saya sepanjang awal kehamilan ini, saya rasa ia berjumlah lebih 30 hari. Bertuah saya berada dalam persekitaran kerja yang prihatin, saya banyak diberi pengecualian kerja. Tiada siapa pun yang menegur kalau muka saya pucat dan badan lembik tak bertenaga. Malah ada yang mengesyorkan 'port tido' yang sesuai di opis. Ada juga yang mencadangkan datang thumbprint pastu balik rumah tido.Hahaha..See? Kemabukan itu memberi rehat sebenarnya kepada saya.

Dugaan ibu hamil yang paling kuat adalah bila berjauhan dengan suami tercinta. Bila keseorang nak tido atau ketika pening kepala atau selepas muntah sampai badan lembik, mulalah rasa nak bergenang air mata sebab hubby takde di saat kita memerlukan dia. Sebab tu, bila hubby ada, saya akan bermanja sehabis boleh. Masa ni mintak la apa saja memang hubby akan buat. Paling terharu, masa saya muntah teruk kelmarin (kebetulan hubby ada), dia mengurut belakang badan saya tak berhenti. Kalau tak silap dari pukul 8 lebih sehingga pukul 11 malam. Kalau berhenti pun, sebab saya suruh berhenti, kesian dia penat. Tapi kemudian dia sambung semula. Pukul 11 malam tu pun saya suruh hubby stop sebab esok pagi-pagi dia nak kena balik KL semula, kerja. Kesian tengok dia tidur tak lena. Lampu tak tutup sebab saya masih sakit dada tak boleh tidur. Sesekali saya menegakkan badan, dia akan terjaga, bertanya saya ok ke tak. Bila saya bangun nak pergi toilet, dia terjaga lagi. Begitulah asyik tidurnya terganggu oleh saya sampai ke pagi. Rasa terharu sangat (touching la pulak!). See? PJJ dan kemabukan itu makin menguatkan kasih sayang.

Oh ye..kerana mabuk juga, saya tak boleh memasak. Hingga kini masih tidak boleh bau menumis dan menggoreng walaupun tidak seteruk dulu. Di sinilah hikmahnya bila saya PJJ dengan hubby. Maka saya tak perlulah risau nak masak apa untuk dia. Sekarang ni saya cuma perlu fikir makanan untuk saya dan baby saja. Kesian hubby, nasib baik kakak dia ada masak setiap hari. Terima kasih kak!

Orang mengandung memang la tak boleh buat kerja berat-berat kan. Masak pun saya tak boleh. So setiap kali balik kampung, memang kerja saya adalah rehat saja. Kalau balik rumah mak saya, lepas subuh tidur semula, bangun semula pukul 9 lebih dengan sarapan da terhidang. Memang jadik puteri raja. Lepas makan, tengok TV. Bosan-bosan, tidur lagi. Kemudian bangun makan. Tengok TV. Ohhh..rehat saja lah.

Dan yang paling best, dalam segala cabaran yang diharungi dengan perut yang semakin membesar ini, Allah menjanjikan ganjaran ini :

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari. 

Maka saya tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah, terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga ini. Saya memohon agar lindungilah anak ini daripada segala kemudaratan, bahaya, penyakit dan perkara-perkara yang tidak baik. Peliharalah dia semoga dia membesar dengan sihat dan sempurna dan lahir dengan sempurna segala sifatnya, patuh kepada ajaran agama, taat kepada ibu bapa, baik budi pekertinya dan elok rupa parasnya. Amin.

1 comment:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...