Monday, December 12, 2011

Idamanku Tercapai!

Haii..semua. Tengok gambar pun da tau apa dia kan. Akhirnya tercapai jugak hajat nak makan Tutti Fruti ni. Ikutkan TF ni sebagai rasuah dari En.Hubby sebab saya terpaksa batalkan rancangan family day opis sebab dia ada kursus sabtu lepas. So hari Ahad baru pergi mencari TF ni. Kami pergi cawangan TTDI punya. Dekat dengan rumah. Masa kami sampai tu pun takde orang dalam kedai, so kami pun dengan excitednya mencedok sana, mencedok sini. Seb baik da google siap2 cara-cara nak beli TF ni so takdelah nampak kekok terkial-kial nak buat apa kan.

Kami ambil 1 cup je, share sebab first time trial kan. Perasa yang saya pilih adalah Red Velvet dan Tutti Fruti. Red Velvet sedap..yang TF tu rasa masam. Kureng sikit di situ. Topping memang macam-macam la tak tersebut. Takut-takut juga nak isi lebih-lebih, karang kena bayar lebih pulak. Bila timbang, tengok, alaaa..baru berapa belas hinggit. Ingatkan da puluh-puluh tadi. Rugi tak ambil lebih lagi sebab masa ni la nak pow En.Hubby kan. Hehehe..

So kesimpulannya, TF memang sedap. Rasa nak lagi tapi tak boleh selalu la, poket boleh rabak nanti. Kawan suggest untuk try JcooL pulak. Katanya sedap jugak. Dah bagitau En.Hubby, dia kata next time.Yeaahh..sayang kamu En.Hubby!

5 comments:

  1. blm penah rase lg tutti frutti ni, huhu

    ReplyDelete
  2. amboi sedapnye..su nasib xmengidam nk mkn ni..hehe..pas ni tak tau lah..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hi puri/nadt :P

    vv pun taksuka perisa original tu. rasa masam die pelik. vv suka letak topping banyak2 sebab yang chocolate rice tu kan ringan je ehehehe.

    ReplyDelete
  4. haha besh ke..i tak penah terasa nak mkn sebab i tak ske yougurt..:P

    ReplyDelete
  5. sedapp..even namanye frozen yogurt tapi takde rasa yogurt sangat pun. macam aiskrim. hihi..ku pun letak topping macam2 sebab ringan je kan..huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...