Friday, December 2, 2011

Versi Mengidam 1

Dengan bangganya saya da jumpa kabel hp saya! Tersembunyi rupanya di sebalik timbunan buku atas meja ni. Ok, back to topic mengidam ni. Saya tak tau la saya ni kategori mengidam ke.

Suatu petang tu, saya blogwalking la kat satu blog ni, ternampak pulak gambar maggi. Terus rasa cam terliurnya. Terbayang-bayang sedapnya maggi tu bila diperah dengan limau. Perghh..Makanya balik saja daripada opis, terus beli sayur-sayur untuk bahan tambahan maggi tu la. Tak sabar nak masak dan makan ni.

Bahan da tersedia. Tinggal nak tumis je ni. Saya membuka kabinet dapur nak ambik maggi. Tengok-tengok..aaaaaa..apasal tinggal plastik maggi je ni. Mana magginya?? Cepat-cepat tengok jam, oh belum pukul 7 lagi, kedai tak tutup lagi. Dengan sadisnya pakai semula baju kerja tadi (yang dah dicampak ke dalam bakul kain kotor..tak senonoh!), dan terus start enjin kereta memecut laju. Kedai kat depan rumah je tapi sebab nak tambah tragis masa tu dah mula hujan siap berguruh lagi, tak berani jalan kaki. Maka dapatlah membeli maggi diidamkan.

Dan hasilnya tadaaaaa!!! Inilah dia..maggi berkhasiat yang kaya dengan sayur-sayuran dan diperah limau, rasa masam-masam gitu.



Pergh...rasa nak makan lagi. Bakal-bakal ibu jangan makan maggi selalu ye. Sesekali takpela nak lepas gian.Hehehe...

4 comments:

  1. ngaaa...serius terliur ni................adoi

    ReplyDelete
  2. hihihi..kannn..nadt yang tulis ni pun terliur jugak..hihi..

    ReplyDelete
  3. maggi apa ni? nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. Maggi kari je. tapi tambah sayur tomato dan batang saderi. perah limau.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...