Thursday, January 27, 2011

Bajet oh Bajet

Owhh..kalau la ada musim hujan duit, bahagianya hidup. pasti sumer orang tertunggu-tunggu musim itu. tapi itu sume hanya dalam mimpi je lah. sebabkan itu memang tak mungkin berlaku, maka bagi orang-orang takde bajet cam aku ni kena buat cara takde bajet! tu kena cut, ni kena cut! tu tak payah!ni tak payah! dan sekarang ni kalkulator memang sentiasa jadik pendamping setia. asal ada masa free jek dok tot tet tot tet tekan kalkulator. bertuah jugak sebab pergi kursus hari tu, dapat la mini organizer. dalamnnya ada mini kalkulator n notepad. memang cukup sesuai untuk aku!

*inilah dia organizer tersebut yang x macam organizer pun sebenarnya..tapi sebab dia ada cover PVC or whutsoever itu maka aku pun panggilnye organizer..

Kejap-kejap conteng2 nak beli tu, nak beli ni. pastu kira-kira bajet, owh..cukup2..owh..yang ni kena kurangkan..owhh..yang ni ble tambah beli banyak.hahaha..padahal kalau kena suruh ajar Matematik, berdecit lari sembunyik bawah meja.haha..

*angka-angka kini jadik teman setia..kat notepad tu nota conteng-conteng angan-angan kalau beli jajan 1000 paket ble dapat baper hinggit..jimat bajet doorgift aku.

p/s : lupe daa nak bagitau. organizer ni hadiah daripada KK Sabak Bernam. kalau anda nak sebijik, mintak kat diorang ye.

Pomander buat daripada tisu?

Time syok blogwalking, terjumpe satu artikel DIY pomander. menarik gak buat pomander ni guna tisu. maunye save bajet. lepas abes majlis, pomander tu ble letakkan di dalam toilet (boleh guna kalau tisu toilet kehabisan stok!). untuk tutorialnya yang lebih tepat dan padu, ble klik sini.

Rujukan bersama


Dapat info ni daripada blog Mizz Sue. Dia pulak dapat daripada AdlanKhalidi. Juz nak sharing jek untuk rujukan dan pengetahuan semua. Bagi pihak lelaki, jangan jadikan ini sebagai alasan untuk lambat-lambat berkahwin pulak! nanti kekasihmu disambar buaya baru taww!!

Time to work!

Banyak keja yang dah tertangguh. hari ni memang tak boleh tangguh lagi. So hari ini menanam tekad untuk mengsetelkan semua keja!
List :
1) Tanda paper assignment student   SIAP!

2) Kemaskini FRP  SIAP! (fail CAT pun terajin kemaskini)

3) Siapkan design kad kawen (err..ni termasuk keja ke?)

Chaiyok Nadt!!

* Assignment student. sempat lagi buat watermark untuk kali pertamanya..huhu..

Tuesday, January 25, 2011

Kad oh kad!

Aku memang sangat kedekut..oh..bukan kedekut tetapi sangat berjimat untuk wedding aku nanti. So untuk kad, kitorang da decide untuk buat design sendiri jek. ape guna tau Adobe tapi tak apply kan. So..setelah berjam-jam mengdesign, maka dapatlah satu design yang aku rasa memang chantek sungguh la (perasan!). Tak sabor nak tengok rupa sebenar kad bila da print nanti.Meh intai sket..


* Abaikan tarikh 11 Jun itu. Hasil perbincangan ahli keluarga, tarikh ditetapkan pada 12 Jun 2011. tak sempat nak edit lagi sebab sebok buang masa tulis blog.huhu..

Gerun seh!

Ok..cerita ni dah basi sebenarnya. cerita 2 minggu lepas punye. tapi lambat nak citer sebab asyik lupa nak transfer gambar bukti.

Alkisah..kesinambungan akibat bilangan platlet yang makin berkurang, maka aku perlu dimasukkan air. terbaring kat atas katil tengah2 klinik, sume orang dok lalu lalang menengok aku "apasal budak ni terbaring kat sini? macam sihat walafiat je?"

Aku memang sihat. luaran memang sihat. tapi dalaman tak comfirm lagi. sebab itu check darah itu penting. maka anda sekalian, jangan bertangguh lagi pi check sekarang!

Ok, berbalik pada cerita. berdebar jugak bila nak masukkan air tu. walaupun da biasa kena cucuk ambik darah, tapi tu kat pelipat siku. tak pernah lagi cucuk kat tangan. melihat nurse membawa tiang besi yang ntah aku tak tau apa istilah saintifiknya dengan sebotol air, hati mula "DUB DAB DUB DAB"

*Wajah sebenar nurse terpaksa dirahsiakan..

Tetiba datang MA Nik. "Sejuk ni baring kat sini. saya ambik selimut ye." Maka dia pun mengambil selimut pink dan menyelimutkan aku. owhhh..aku diberi layanan bak puteri kayangan. masih sempat sengih2 ketika itu. tetiba teringat, shaky penah kena masuk air jugak. nak tanya dia la sakit ke tak. so aku pun msg.

Aku : Shaky, sakit tak masuk air?
Shaky : Bagi aku tak. macam cucuk nak ambik darah je. tapi adik yana kata sakit.

Aku pun bertenang. takpe, cam cucuk ambik darah je. sakit sket je. Nurse pun datang dan membelek2 tangan aku. Kemudian ambik plak jarum n whatsoever benda yang ntah ape2. And then..tap! tersentak aku bila jarum tu masuk. then dia pasang ape ntah dan sambung ke botol air tu. terasa air tu mengalir berdenyut2 dalam saluran darah.

*Masa ni masih penuh sebotol lagi. dah setengah jam baru turun 50ml, ada baki 450 ml lagi.huhu..sempat msg kat Shaky :

"Shaky, sakit..woooo"

So..tu la pengalaman aku. lama gila rasa nak abes satu botol tu. ingatkan sekali tu je masuk. esoknye aku datang lagi, kena masuk air lagi. so berulang la peristiwa yang sama. tapi tu la dia pengalaman. bukan sume orang dapat merasa.kan..kan..

Tangan yang dicucuk! Ada plak sticker gambo bear. comel!comel! terhibur sekejap..

Thursday, January 13, 2011

1..2..3..gooo!

Dah masuk tahun baru 2011. dah tak boleh bertangguh lagi. semua benda kena list kan dari sekarang. tapi..kursus kawen pun tak pergi lagi..errrkkk..

Yeahh!!Aku nak kawen!

Jom kita lompat tinggi-tinggi sampai ke bulan dan jerit

"Yeaahhhh!!Aku nak kawen!!

( bukan..ini bukan gambar saya yang sebenar...)


Monday, January 3, 2011

Platelet

Walaupun aku ni mengajar sains, tapi dah agak lama aku tak dengar perkataan ni. tadi pi klinik, check darah, perkataan platelet ni timbul semula. saja nak check darah sebab tangan aku selalu kebas2 tak tentu pasal, takut la kalau2 ada effect penyakit merbahaya cam sakit jantung ke strok ke. plaknya arwah Faizal Yusop baru je meninggal sebab sakit jantung, tu yang tambah menakutkan aku. pagi-pagi da choww pi klinik.

Seb baik dapat MA Nik yang cool tu. aku yang mintak nak check darah. dia kata "ok, kita check darah untuk sumer. jantung, buah pinggang, paru2, kolestrol sumer la.." Bagus. Pergi ke lab, berdiri depan lab cam hero je berani giler. bila da nampak jarum, mula seram sejuk. bila start cucuk, pejam2 mata. adoii..sakit siot!

Slip yang dia bagi ringkas je. MA Nik tu kerut2 dahi tengok bacaan platelet aku rendah. dia kata "rosak ke apa mesin ni.." pastu dia tanya plak "awak ada demam tak? batuk ke?" aku jawab "takde, saya sihat walafiat je." Then dia tulis something kat kertas dia. Dia kata detail result kena tunggu 2 mnggu lagi sebab darah tadi dia hantar ke lab Hospital Bentong plak. Dia kata nanti check darah lagi sekali, kalau rendah jugak, kena masuk wad!! Dia kata biasanya orang demam denggi je yang platelet rendah ni tapi apasal plak aku sihat walafiat tapi platelet rendah jugak. wallahualam..tunggu 2 minggu lagi...

Azam 2011 (Lagi?)


Rasa cam baru jek lagi aku buat entri pasal azam, ni dah nak tulis pasal azam tahun baru lagi. Ntah tercapai ke tak aku punye azam tahun 2010 tak tau la. Rasanya 77.77% telah aku laksanakan kot (kot?)


*Post ini ditulis pada 31.12.2010 walau tiada internet sebab busan dok umah sorang-sorang. 03.01.2011 baru dapat paste kat blog.huhu..


So, untuk tahun 2011 ni aku xde azam lain selain yang satu ni je. Tak lain tak bukan adalah untuk memantapkan bentuk badan ke tahap yang mengiurkan (erkk??) hahaha..orang dok kata aku ni da kurus, aku ni kecik molek tapi tidak! Aku takkan terus hanyut dengan pujian duniawi itu. Selaku tuan punya badan, aku tau la aku takdelah kurus mana pun. Setiap hari timbang berat, benci betul melihat nombor 50 itu! Biar betul aku ni 50kg! tang mana je yang terlebih berat ni. Lemak ke, air ke, otot ke..dosa pahala ke..penipu la penimbang ni!! (rasa nak campak keluar tingkap!) melihat ke dalam cermin ajaib ku (berdiri ke kanan cermin), macam ok jek. Bila aku bergerak sikit ke kiri cermin..mak oii!aku ke ni!nape cam erra fazira dalam Cinta Kolestrol. (sebab tu aku panggil cermin ajaib, kalau nak ‘nampak’ kurus, berdiri kat kanan cermin. Naza pun suka dengan keajaiban cerminku itu)


Kelmarin dalam keadaan perut lapar sebab sengaja tak makan lunch, aku membasuh kereta selama hampir 2 jam dengan harapan untuk membakar kalori. Selesai basuh kereta, siap polish lagi! (menyesal polish, sakit tangan aku!) Selesai sumer, aku terus timbang berat dengan penuh harapan at least setengah kilo da kurang. Tengok-tengok, 50kg jugak! ##@$***#@!! Terus aku ambik aiskrim dan makan depan TV tanpa perasaan bersalah.


Apsal aku obes..eh..obses degan berat aku ni..sebab zaman aku kecil-kecilan dulu sangatlah gemuk (xdelah sangat gemuk pun, saja melebih2). Selalu jadik bahan kutukan sebab gemuk. Ayat kejam abang aku “kau ni dah la gemuk, gedempol plak tu”. Memang kurang ajar. Padahal dia jeles aku gemuk cukup makan sebab dia plak kurus kering cam cicak kobeng. Tambah sedih bila ada sorang student bertanya “Apasal kau ni gemuk haah?” Owh..rasa nak tampar je mulut shilaker itu. Tapi sebab aku baik, aku tak tampar. Aku menangis aje dengan soalan itu. Tak tau nak jawab ape. Dalam hati aku berkata “aku lebih rela orang kata aku bodoh daripada orang kata aku gemuk..” Padahal aku tau orang takkan kata aku bodoh sebab aku memang tak bodoh. Aku budak pandai. Selalu dapat nombor 1. Kerek sehh..hahaha.. (aiseh..apasal rasa touching plak bila teringat zaman kecil-kecilan dolu..iskk..isk..)


So, demi merealisasikan impian itu, aku telah memasang tekad untuk tidak makan nasi. Tapi kalau ada orang nak belanja aku makan nasi, ‘terpaksalah’ jugak aku makan (padahal memang da terliur tengok nasi). Rezeki jangan ditolak! Actually azam tak makan nasi ni sangatlah mencabar sebab utamanya aku kesian kat beras kat umah. Dah lama dia tidak dimasak. Dan kesian jugak pada housemate ku yang terpaksa mengikut rejim makanan primitif aku ni. Nak jugak memasak tapi kalau nak masak tapi xmau nasi, lauk kenalah yang hebat2 supaya terasa kenyang tanpa makan nasi. Contohnya ikan tilapia stim, ikan siakap 3 rasa, tomyam, sup, ayam panggang blackpepper. Perghh!! Oh ye..masa aku tgh menaip ni, aku tengah membakar ayam blackpepper dalam oven dengan harapan itulah menu lunch dan dinner aku hari ni. Moga tidak lapar. Amin..


*Rasa nak makan lagi jek..errkk..

Oh ye.. terbaca jugak dalam majalah Cosmopolitan edisi Jan 2011, katanya jika teringin makan aiskrim, gantikan dengan hirisan pisang yang didinginkan di dalam peti ais. Tanpa kalori, tanpa lemak katanya!Maka aku pun buat la. Hiris-hiris pisang n simpan dalam peti. Tapi bila dilihat pisang itu, dengan bekas aiskrim, mana yang korang rasa lebih menarik dan tertarik-tarik untuk makan? Ehhmm..


*pisang ke?


*aiskrim ke? yang mana satu idaman kalbu?


Di samping tak makan nasi, teknik-teknik lain juga penting. Sapuan losyen Mustajab yang masih tak berapa nampak mustajabnya diaplikasikan setiap malam berselang-seli dengan Nivea firming lotion. Amaran keras kepada rakan-rakan yang juga sedang berusaha merampingkan badan, jangan lupa meng’firming’ kan kulit anda. Jika anda kurus tapi kulit seperti kulit limau kasturi atau limau purut, tidak menarik jugak. Limau mandarin ok lagi sebab licin. So firming lotion adalah penting agar matlamat mendapatkan tubuh yang mengiurkan itu tercapai.


* Saya tak berniat nak promosi barang di sini. tapi kalau nak bagi komisen boleh jugak.


Satu lagi angan-angan adalah untuk berjoging di kolej. Boleh juga berjoging di Taman Wijaya tapi aku tak mau mengambil risiko dikejar anjing gila. Tapi angan-angan jogging itu agak terbantut perkembangannya sebab sekarang musim hujan. Maka ia menjadi alasan kukuh untuk aku terus bermalas-malasan di rumah sambil tengok tv. Tambah plak sekarang cerita Tiramisu cam best jek, makin la aku malas. Tapi tak mengapa, aku ada alat senaman ini untuk aku membuat sit-up cara malas.


* Tidak..tempat gantung hanger bukanlah fungsi sebenar alat ini. bukan..hanger tu bukan aku punye..


Nota kaki : sehingga post ini diupdate, 1 kg telah berjaya dikurangkan. matlamat adalah 48kg. kalau terkurang ke 47kg, aku akan makan nasi 3x sehari pulak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...