Monday, February 28, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa - best ke?

Tengok iklan Merong Mahawangsa kat TV.
Terkagum sebentar dengan kualiti filem tu (even baru tengok iklan).

Dengarnya filem ni dibuat dalam 2 version.
Versi Bahasa Melayu untuk pasaran tempatan.
Version English for international (ecehh..terus bertukar bahasa)
Tabik spring la KRU.
Macam ni la baru menaikkan martabat industri perfileman negara.
Bukannya buat filem spastik seperti filem "yang tidak memerlukan tagline" tu.

Semangat nak tengok Merong Mahawangsa.
Aku memang suke filem-filem epik fiksyen ni.
Nak ajak Encik Tunang.
Mintak-mintak la dia nak ikut tengok.

Nantikannya 10 MAC 2011 ini di pawagam.
Sementara tu, kita layan trailer dulu. Versi Bahasa Melayu.



p/s : Seriously bila tengok trailer ni macam game Age Of Empire. Hehehe..Jap..jap..lupe plak opis aku block youtube.hampes.

Sunday, February 27, 2011

NONA makin tak besh!


Petang Ahad ni tak banyak cerita best kat TV
Sape yang ade Astro ble la ada banyak pilihan sket
Aku tak pasang Astro sebab yuran bulanan Astro tu better aku beli set Tupperware baru
Tak pun save untuk beli meja makan di Ikea
Oh ye..mungkin juge untuk beli kuali baru sebab kuali yang ada sekarang ni besar sangat
Hehehe...

Berbalik kepada topik, aku tengah tengok NONA ni
Aku rasa NONA makin tak best
Pengisian diorang lebih kepada golongan kaya raya
Location penggambaran pun bukan main gah
Cerita pasal kereta mewah la, spa la, fesyen la, perkahwinan la..
Tapi tu sumer untuk orang-orang kaya yang dah melebih2 duit xtau nak buat ape
Tapi bagi golongan marhaen macam aku ni
Mana la mampu nak buat tu sumer
Tak caye kau tengok wedding preview kali ni buat katne
Mesti wedding ratusan ribu riban stok-stok buat kat dewan atau hotel
Setakat ni takde tengok lagi diorang review wedding kat kampung ke
Wedding kat kampung pun lagi meriah tau

Tu..spa yang ratusan hengget sekali masuk tu
Kau rasa makcik-makcik kat kampung ado nak masuk?
Lagi best pi urut badan kat bidan kampung

Ehhmm...ntah ape2 la NONA sekarang ni
Aku rasa berkecil hati..sob..sob..
Korang rasa?

Update : wedding kali ni review wedding Ayu Rudhah n Zaquan. Kira okla sebab dia buat kat umah kan.

p/s : Cun gile Rozita Che Wan.

Pencarian 10 Blog Tercantik Pilihan Blogger 2011!


Hoho..masih belum terlambat aku nak join.
Tarikh tutup besok je weh (28 Feb 2011)
Sempat ni..sempat...
Aku sedar la blog aku ni takde lah chentek mane pun
Baru nak mengaktifkan diri dalam dunia blog ni
Blog aku ni pun simple jek
Tak suke serabut2
Menang tak menang belakang kire
Yang penting aku join
Tuan punye blog kata nak tag orang ke tak..tiada paksaan
Tapi aku tag jugak la ( MissSue dan Noremy) hehehe..

Lulu Caldina GA


Ini adalah pertama kali Lulu buat GA.
Aku pun sokong la.
Pasni kalau aku buat GA, korang plak kena sokong aku, hahaha..
Ok, jom pi blog [ Lulu ]

Aku tag :
Renee Meoww
Noremy

Hari Ahad Yang Berdarah!

Betul-betul berdarah ni..
Tak caye tengok ni..

Scene 1 : Percikan di sana sini.. 

 Scene 2 : Owhh..sos tomato rupenye.Tertipu jap..
  
Scene3 : Jap..betul-betul berdarah ni..darah betul. bukan sos ye..see..terkena botol yang pecah itu..
p/s : apasal jari aku rupenye lain macam senget? gumuk plak tu..

 Scene 4 : Sudah dirawat!

Padan muka aku.
Tak pasal-pasal kena mop lantai lagi...

Saturday, February 26, 2011

FaceBlog

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH
 
Itulah antara kata-kata dalam Faceblog ni.
Aku malas so aku copy je.
Hehehe..
Developer Faceblog ni memang bijak bestari.
Memula mati2 aku ingatkan macam facebook.
Rupe-rupenye blogspot jugak.
Bijak..bijak..
Kerana itu aku bagi sokongan dengan join.
Korang pun ble join jugak kalau nak.

Akhirnya Siap!!


Setelah berhempas pulas sehingga terlupe nak makan tengahari, berjaya jugak menyiapkan template baru ni.
Cuma tak berapa puas hati sebab tak dapat nak besarkan lebar petak post.
Puas godeh2 segala coding tapi tak berjaya jugak.
Cukuplah berpuas hati setakat ini.

Cuti Yang Penuh Semangat!

Bestnye bila tiba hari Sabtu.
Boleh bergolek-golek lebih lama di katil.
Tapi aku ada sindrom xble la nak bergolek-golek lama2 kat katil.
Kepala asyik teringat nak wat tu nak wat ni.

Pagi-pagi perut memang da lapar.
Dengan rajinnye aku membancuh tepung cucur segera, jenama Tesco.
Sedap woo, ni pengaruh daripada encik tunang la yang suka makan cucur Tesco.
Minum plak Nescafe 3 in 1 yang panas2.
Perghhh..memang enjoy gile walaupun sarapan sorang2.hahaha..
 
* Mak mertua tengok ni pun mesti tabik spring!

Kan tajuk aku tu kata Cuti Yang Penuh Semangat! kan..
So dengan semangatnya, aku membasuh baju 3 trip termasuk sarung kusyen pun aku basuh.
Tengok kipas yang da berhabuk dan lembap bergerak, aku pun terjengket2 memanjat kerusi menyapu habuk kat kipas.

* Tuan umah mesti bangga giler dapat penyewa berhati mulia macam aku yang rajin nak sapu kipas.

Tengok2 habuk kipas terkena sofa plak.
So dengan kudrat dan metabolisme yang tinggi, aku pun mengangkat + mengheret sofa keluar untuk sesi jemuran.
Biar kena panas matahari bagi kuman mati.

Pastu sapu dan mop lantai la macam kau tak biasa plak.
Tengok2 selipar strawberi aku pun melekat habuk jugak.
Basuh plak selipar tu.
Then jemur.

 *Selipar ini sudah leper dan berbulu2 tapi masih nak pakai jugak. (*_*)

Pung pang pung pang..pukul 12 tadi baru siap sume.
Sofa dah angkut masuk semula takut kalau ujan kelam kabut nak mengangkatnya.
Aaahhh...akhirnya baru la dapat duduk berehat mengadap blog.
Fuuhh...

Friday, February 25, 2011

Photobook Pertunangan

Sudah lama menangguh-nangguhkan projek membuat photobook pertunangan ini.
Akhirnya semalam photobook itu sudah siap!!
Proses yang sangat cepat daripada Uprint.
Aku order dan upload softcopy photobook pada hari Selasa (22.02.2011).
Semalam (24.02.2011) aku terima photobook aku menerusi pos laju.
2 hari je???
Sangat cepat!
Aku pun sangat excited!
Dan sangat-sangat puas hati dengan hasil photobook.
Harga pun sangat berpatutan less than RM100.
Rugi tak buat awal-awal hari tu.





p/s : Photobook pertunangan ini adalah percubaan sebelum membuat photobook wedding plak lepas ni. Memang pasti akan tempah lagi dengan Uprint. (^_^)

Indahnya Red Velvet

Malam tadi aku dan rakan-rakan (Nina, Naza, Fiza, Azimah, Am) pulun dok buat kek.
2 jenis plak tu.
Resepi pertama daripada Naza (print dari Internet) - Red Velvet versi cupcake
Resepi kedua daripada Nina - Cheese cake versi senang giler nak buatnye.

Kerana kesilapan aku, kami ketiadaan serbuk koko.
Mintak ampun banyak2 ye kawan2. :p hahaha..
Puas merayau segala kedai di Karak tapi serbuk koko ternyata habis laris di pasaran.
Terpaksa adjust resepi ganti serbuk koko dengan coklat emulco.
Boleh lah jadik..

Tapi atas dasar kerakusan dan kesepahan kerja kami, proses membuat kek tidak dapat dirakam.
Hampir tengah malam baru siap. 
Hanya hasilnya sahaja menjadi tatapan.
Gambar cheese cake takde.hehehe...

Wednesday, February 23, 2011

Misi bekerja bersungguh-sungguh!

Hari ini mau bekerja bersungguh-sungguh.
Target : Nak siapkan at least 4 pages hari ini.

 
* But still no need to be like this...eww..

Selamat tidak berganjak daripada kerusi dan pc wahai Nadt!

Tuesday, February 22, 2011

Minat Yang Pelik

Aku ada minat yang pelik.
Minat aku adalah aku minat macam-macam benda.
Aku minat melukis.
Aku minat memasak.
Aku minat menjahit.
Aku minat seni fotografi (bercita-cita nak ada DSLR sendiri satu hari nanti!)
Aku minat DIY macam-macam benda.
Aku minat macam-macam lagi la.

Bila aku tengok sumer orang sibuk buat cupcake, aku pun dok sebok nak buat cupcake jugak.
Bila aku tengok orang jahit felt yang comel2, aku pun nak buat jugak.
Bila aku tengok banyak gambo cantek2, aku pun nak ambik gambo cantek2 dan edit jugak.
Bila aku tengok orang DIY macam2 benda, aku pun nak buat jugak.

Tapi kebanyakan minat aku tu bermusim.
Bak musim luruh yang menerbangkan daun-daun ke pelosok dunia.
Begitulah ibaratnya minat aku yang on-off on-off ni..

Alhamdulillah setakat ni tak timbul lagi minat untuk membuat benda2 lagha seperti menjadi samseng jalanan atau mengumpul spesis2 lipas..



Sumber : www.google.com

Monday, February 21, 2011

Bubur OAT yang sedap semudah 1,2,3!

Bila sebut je OAT, sumer orang akan mula cebik..lebih kritikal mungkin akan ada yang muntah darah..oat memang tak sedap. kalau tak sebab nak turunkan kolestrol, aku rasa takde sape pun nak makan oat.

Tapi kini tidak lagi!Oat telah melalui suatu zaman revolusi yang menyebabkan ramai orang semakin suka memakannya! Cara paling malas, kau bancuh je oat instant tu ngan susu pekat. sedap jugak.

Bagi yang terlebih rajin, boleh cuba resepi ini. Susah payah aku mengambil gambor ni sampai senget2 tangan.

Bahan-bahannya : Oat (biru), kiub pati ayam dan bayam. Juga semestinya air.
 *Better gunakan kiub pati ayam with No MSG. Ni terdesak on the spot nak masak, ambik je kiub mana2 kat kedai runcit 888 depan taman.

Langkah 1 : Panaskan air. bila da panas, masukkan oat. yang aku buat ni, aku bubuh 7 sudu oat.

Langkah 2 : Masukkan sebiji kiub pati ayam. 

Langkah 3 : Masukkan bayam. Ikut suka nak banyak mana.

Tadaaa!! Siap!!
 Cukup banyak untuk 2-3 orang makan. Tapi sebab aku gelojoh, aku abeskan satu periuk tu sorang2.hehehe...

Lagi sedap di makan dengan ikan bilis goreng dan cili potong. Bagi rasa pedas. Nyummm...

Selamat mencuba ye! Sama-samalah kita makan makanan yang berkhasiat untuk kesihatan di hari tua!

Segmen Jom Kejar Tok Esah


Terus terang cakap..aku x penah dengar nama Tok Esah.
Tapi aku lebih selalu dimomokkan dengan nama Mak Esah. 
Rasanya Tok Esah ni pangkat dan kuasa pembomohannya jauh lebih tinggi daripada Mak Esah.
Ehhhmmm..ye ke..
Tok Esah kata dia buat segmen ni untuk exchange link..
so aku pun join la untuk meng'exchange' link.

Jom ke teratak Tok Esah! Klik sini.

p/s : nombor plat TAQ6889 tu macam penah kulihat la tapi di mana yaaa..

A Walk To Remember

Penat. 
Sakit kaki.
Sakit pinggang.
Nak pengsan.

Mana taknye.

First round - jalan-jalan pusing dalam Sogo.
2nd round - berjalan kaki sepanjang Chow Kitt. Turun naik Plaza GM dan Plaza TAR yang tak mendatangkan hasil.
3rd round - dari Chow Kitt ke monorel. Turun naik jejantas naik monorel ke LowYatt.
4th round - berhenti di Imbi. Berjalan masuk ke LowYatt. Pusing2 lagi dalam LowYatt. Pi kedai tu, kedai ni.
5th round - berjalan kaki ke Times Square. Carik tempat makan n solat. Jalan lagi.
6th round - patah balik semula ke monorel. Naik monorel then transit ke Bandaraya.
7th round - keluar dari Sogo. Drive menuju ke TTDI. Nak ambik sijil kursus kawen minggu lepas.
8th round - Encik tunang berkata "Alang-alang da lalu jalan ni, kita singgah ikea n tesco la. Maka singgah Ikea pusing2 carik sudu garpu idaman aku yang harga rm6.50 satu set tu. Survey plak lilin dan holdernya. Then terus ke Tesco, pusing2 carik barang dapur.
9th round - Merengkek angkut barang dari parking keta ke lift.
10th round - Belum cecah 10.00 malam dah pengsan kepenatan sampai esok paginye.

Tambah sadis sebab hari Sabtu - NO PLASTIC BAG DAY - So segala barang yang dibeli disumbat dalam beg aku. Tambah sadis lagi sebab kaki asyik terpeleot jek (akibat memakai wedges) mengejar Encik Tunang yang da terbiasa berjalan laju mengejar komuter dan monorel tiap hari pi keja.

Memang betul-betul A Walk To Remember.

Friday, February 18, 2011

Quaker - My Healthy Heart Voucher

Di atas keterbukaan hati aku untuk membuat Heart Health Test, 
Quaker telah bermurah hati memberi voucher 50% diskaun 
untuk membuat pemeriksaan kesihatan 
di BP Health Care Group

Memang rezeki la sebab memang ingin nak buat health test kat swasta plak sebab cam tak bape puas ati ngan result Klinik Kesihatan hari tu.
So kawan-kawan, apa tunggu lagi? 
Pi website ni www.myhealthyheart.com.my dan join! 


Thursday, February 17, 2011

Kisah Cik Abang

Busan-busan sambil tengok TV tanpa hala tujuan, aku baca novel yang aku baru beli. Bumi Cinta tajuknye tulisan Habiburrahman El Shirazy. Tiba-tiba teringat pada penanda buku daun getah yang cik abang penah bagi dulu. Terus bangun nak mencarinya. Kalau tak buku aku tu aku tanda sukahati je guna hp la, guna remote tv..remote kipas dan benda-benda yang tak sepatutnya jadik penanda buku.

Aku konfiden penanda buku tu ada dalam kotak hikmat rahsia aku. Actually kotak tu jadik tempat aku simpan barang-barang yang cik abang penah bagi. Tak semua la. Mana yang muat masuk je aku simpan.hahaha..

  *Kotak hikmat rahsia tersebut..

Hasrat awal nak carik penanda buku tu tersangkut jap bila ternampak kad-kad yang ada dalam kotak tu. Gatal tangan nak baca semula. Da lama tak baca, da tak ingat apa isi kandungannya. Kad pertama adalah kad Selamat Hari Jadi. Kad tu takde la cantik sangat pun. Seolah-olah dia main capai je kad tu then terus bayar kat kaunter. Color hijau plak tu yg memang sungguh tak faveret aku. Isi kandungan agak kelakar tapi tak ble publish kat sini..nanti dia marah. Mana taknye, biasanya kad besday tulis ringkas je tapi dia tulis berjela-jela panjangnya. Ayat-ayat berunsurkan cubaan mengurat sebab masa tu tak couple lagi. Yang kelakarnya, bukan setakat dalam kad je tulis berjela-jela tapi kat sampul surat pun dah berjela-jela panjangnya. Tapi agak sweet dan kreatif la ape yg dia tulis kat sampul tu sebab tak pernah dibuat dek orang kan. Korang pun ble wat camtu bila bagi kad kat makwe/pakwe korang.hihihi..

 
*Boleh baca tak? Font agak bercelaru. Memang begitu. Tiada kaitan masalah teknikal.

Yang lain-lain adalah kad-kad yang bersifat agak nak menarik perhatian. Tengok je la kad raya yang ni, panjang berjela jugak. Isinya pun panjang jugak la sampai nak terguling-guling plak bila aku baca lagi.baru sedar dia ni sangat-sangat kelakar sebenarnya.hahaha..

*Kad raya terpanjang abad ini..hehe..

Yang ni plak besar kemain. Kembang setaman jugak bila kad tu sampai sebab dia pos laju ke alamat rumah.

 *See ayat kat depan kad tu, Salam Aidilfitri Buatmu Yang Dicintai.Ewah..ewah..hehehe..

Buku Hello Kitty pun ada jugak? Kenapa Hello Kitty? Sebab aku suka Hello Kitty la.See besday ke berapa tu? Ke-19!! Sangat-sangat muda masa itu.hahhaa..tapi buku tu bukan cik abang yang bagi tapi orang lain. Tapi kenapa aku simpan? Sebab dalam buku tu aku ada salin ayat-ayat manis yang bikin cair punyelah yang penah cik abang sms kat aku. Gilos. Sms pun nak salin. Pastu baca balik berulang kali pastu senyum sorang-sorang. Perasan betul. Macam la kau sorang ada laki.Hihihi..

 *boleh baca ke tulisan klasik aku tu?

Selain daripada kad-kad extravaganza tu, banyak lagi benda lain dalam kotak tu. (padahal kotak tu kecik je, tapi semua aku nak sumbat!) Antaranya : 

 * kotak bekas dompet yang dia belikan untuk aku pun aku simpan lagi? Isshh..ishh..
 * kotak cincin percintaan siap ngan begnya pun aku simpan lagi. Memang patut disimpan. Sangat sentimental value. Tapi kotaknya sudah agak buruk sebab terkena toner yang tumpah dan tercabut tutupnya sebab aku dok bukak tutup bukak tutup..huhu..

Ni plak antara souvenir yang dia belikan bila dia pi mana-mana. Xtau la apasal dia suka bagi keris. Kot ada makna signifikan tertentu xtau la. Siput plak rajin betul dia kutip kat pantai. Siput adalah symbol yang romantik hokeyy!. Take note! Tak sume lelaki rajin nak menonggeng carik siput yang cantik kat pantai untuk bagi kat makwe diorang! Keychain yang ada tulis nama Nadia tu kebetulan dia terjumpa nama aweks dia, terus dia beli. Pandai plak orang yang buat keychain tu letak gambo kucing. Tau2 je aku suka kucing. Seolah-olah kucing tu yang bernama Nadia.huhuhu..keychain yang lain2 tu wat cukup syarat je. Agaknya dalam hati dia “at least aku beli daripada tak bagi langsung??” (^_^)’


Oh..tidak lupa jugak. Novel Ayat-ayat Cinta ni. Novel ni dia bagi sebelum wayang keluar lagi. Tau tak camne cara dia bagi novel tu? Masa dalam kereta, dia suruh bukak laci dashboard. Suruh ambikkan barang kononnya. Bukak2 je, ada bungkusan plastic dalam tu. Dia suh kuarkan n bukak. Bukak2 je owwhhh..novel!! agak pandai jugak la dia pilih novel ni dan bukannya novel2 fantasi picisan yang buat aku pening kepala mencari moral of the story. (^_^)

 Last sekali baru la jumpa penanda buku yang dicari-cari!! Comel kan, penanda buku wat dari daun getah ni.
 Kesimpulannya..baru tersedar cik abang ni romantik sebenarnya tapi dalam cara dia yang tersendiri. La ni kalau dia pi mana-mana, benda yang dia mesti belikan adalah t-shirt sampai dah menimbun-nimbun t-shirt aku. Sikit je lagi nak roboh tingkat dalam almari baju aku tu.huhu..melampau betul aku. Baru sekarang aku sedar.hahaha..thanks for lovin’ me. I’m lovin’ it! (^_^)

Wednesday, February 16, 2011

Playful Kiss

Drama korea terkini yang sedang aku layan. First time tengok, "ehh..macam cerita Itazurana Kiss (Jepun punye)" Rupa-rupanya memang adaptasi rupanye. Tapi versi Korea ni bagi aku lagi best dan kelakar la. Nak banding ngan Itazurana Kiss yang aku tengok 5,6 tahun lepas memang la beza kan? Malam ni berazam nak habeskan DVD ke-3. Semalam da tak larat nak tengok sampai kol 2 pagi terus masuk tido.

* Hambek kau ni pun segedebuk aku letak penuh page!


*Katanya adaptasi asal dari komik shoujo ni.

p/s : apasal mamat korea jambu-jambu ek?

Demam K-Pop

Dah lama sebenarnya suka lagu-lagu dari korea ini. terutamanya bila terfeeling lebih tengok drama korea, maka mulalah mencarik OST nye. Sejak tengok You're Beautiful, mula tergilakan lagu-lagu FT Island gara-gara Jeremy. Nak kata minat sangat kat Jeremy tu takdelah sangat even dia sangaaaaaaaaattt la cute (pleaseee jangan buat aku berpaling tadah dan curang!).

Try google and listen to these songs (ai suggest http://www2.mp3raid.com)

1. I hope
2. Love love love
3. Heaven
4. Missing You
5. Still (As Ever)

* Lee Hong Ki a.k.a Jeremy. Hambik kau segedebuk muka dia penuh page ni! Tipu lah kalau kau kata dia x cute!! Dah macam pompuan aku nengoknye! Siap berangan nak buat style rambut macam dia, bleh?

Monday, February 14, 2011

Design Baju Nikah

Kain pasang untuk baju nikah dah lama beli. Dibuat hantaran masa kami bertunang. Sebabnya mak encik tunang kata, beli baju nikah siap2, nanti da dekat2 nak kwen tak payah susah2 nak cari baju nikah. masa beli orang kedai tu kata tu warna off-white. aku pun memang nak off-white even masa tu aku tengok warnanya macam kuning2. tapi aku anggapkan warna kuning itu sebab biasan lampu kuning kat kedai tu (Jakel). Bila da bawak balik umah.."eh ni off white..ke krim? aku rabun warna ke?" Tapi sebab da terbeli dan malas nak tukar2, pasrah aje la.

Tapi apa yang berlaku kini aku pening nak buat design camne la baju nikah aku tu. material kain yang aku beli chiffon dengan sedikit taburan manik2 dan hirisan mutiara. sebab chiffon yang sangat lembut dan jarang tu, kenalah lapis ngan lining. nak buat kurung moden je tapi xtau design yang macam mana..

Cadangan pertama
*ini lace kan..simple jek.
 
Cadangan kedua
 *Cantik!! Tengok taburan bead ala-ala kain pasang yang aku beli..tapi aku punye lagi sket beadnye kot.

Cadangan ketiga
*Yang ni memang cantik. Tapi puas carik gambonya baju penuh tapi tak jumpe. Simple yet elegant.


Cadangan keempat
 *Owhhh...canteknya!!! Macam da berkenan style ini.


Pass Next Stage

Hari sabtu dan ahad semalam, aku da selamat menghadiri kursus kawen dengan encik tunang di Masjid At-Takwa TTDI. Kursus ni sangat best sebab aku x ngantuk langsung. penceramahnya sume bagus n glamer2 selalu kuar kat TV. of course la untuk program Forum Perdana atau Al-Kuliyyah. takkan program Jalan-jalan Cari Makan kot. Oh ye, makanannya sedap pulak tu. Sesape yang masih belum atau rasa-rasa nak ulang lagi kursus ni, memang aku rekemen tempat ni. ble cek websitenya di sini.Atau pun contact je penganjur.

Tel: 012 603 2257/03 40242 795 (Fauzi)
012 978 3149 (kak ana)

p/s : Kak Ana tu masih bergetah even anak dia baya-baya kitorang jek. Pandai mengacara plak tu kalah pengacara jemputan Nona. Aku dan encik tunang ternganga menengoknya.

Tapi sukacita diingatkan, tolong la jaga adab berpakaian di kawasan masjid. nama je pi kursus kawen kat masjid, tapi pakaiannya macam nak pi shopping kompleks cuma tambah selendang je wat tutup sipi2 rambut. Tolong ye..tolong..yang lelaki plak sila hormati majlis ilmu. Bukannya tidur atau pasang earphone kat telinga dengar lagu, tak dengar ceramah..hormat sikit.

Sekian, pesanan daripada penaja.

Thursday, February 10, 2011

Aku & Tudung Ekpress CONTEST

Contest ke-3 aku join untuk hari ni. tak pernah2 aku join contest banyak2 selama ni. hehehe..Jom join contest ni. Ramai-ramai pi ke blog err..apa nama dia ni .. sitiaminahidrus.blogspot. ye..tu diaa..


Ni gambar penyertaanku :

  Ai tag :

1. Pinky Mamma
2. Miss Areshyqyien
3. Rapunzil Ozil
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...