Friday, March 11, 2011

Misteri Penyu Berwarna Pink

Minggu yang sudah aku pergi ke rumah Shakey
Dengan hajat nak pinjam mixer Azimah(nak buat kek blackforest yang tak jadik tu kononnye)
Dah ambik mixer, aku pun nak balik rumah terus la kan
Aku seluk2 poket nak kuarkan kunci kereta, terambek kunci umah plak
Dalam kegelapan tu, aku rasa ada benda yang jatuh
Aku tengok2 key-chain aku yang ada penyu color pink tu dah takde
Penyu tu memang da banyak kali tanggal daripada key-chain sebab dia cuma dilekat guna skru pada key-chain je
Aku carik2 tak jumpe
So pasrah la aku dengan kehilangan penyu pink itu
Tapi sempat pesan kat Shakey kalau jumpe penyu tu, bagitau aku
Aku sayang penyu pink tu sebab dapat free masa pi Redang
Puas pujuk orang kedai tu mintak keychain free sampai dia fedup akhirnya bagi jugak..hehehe

Alkisah, aku pun dah lupa tentang penyu pink tu
Even aku pun dah berkira-kira nak beli key-chain baru
Sebab perasaan aku mengatakan kunci2 aku kurang berseri tanpa key-chain yang comel..hehehe

Tetapi yang misterinya...
Kelmarin masa aku nak ambik kunci untuk bukak pintu umah
Penyu pink tu dah ada semula kat key-chain kunci aku
Terpasang dengan elok plak tu
Aku was-was jap
Aku berkhayal ke bermimpi ke selama ni penyu pink tu takde?
Macam mana dia boleh ada semula kat key-chain aku
Owwwhhhh...misteri nusantara betulllll...

Thursday, March 10, 2011

Sangat Suke Hadiah Ini!


Ok..cerita ni cam da hampir basi tapi xdelah sampai tahap basi lagi.
Juz nak share minggu lepas ada perhimpunan bulanan kolej.
Macam biasa besday boys n girls bulan berkenaan akan dapat hadiah.
Aku pun tak terkecuali la sebab besday aku bulan Mac kan.
Hehehe..
Jug tu la hadiahnya.
Takdelah mahal sangat.
Tapi yang buat aku suke sebab jug tu beli kat IKEA.
Diorang siap kata pasni da ada jug, tinggal beli set gelasnye je plak.
Hehehe..
Aku memang suke dapat hadiah barang2 keperluan rumah.
Benda tu memang berguna kan.
Sebagai persediaan nak menjadi suri rumah tangga tak sepenuh masa.

Wednesday, March 9, 2011

Sikap Pemandu Yang Mengundang Hot Temper!

 "Aku marah betul ngan orang yang tak reti bawak keta secara beretika ni. Tak pasal-pasal kulit aku jadik ijau. Marah betul aku!!Ngok ngek!!%$#@**!!"

Sejak aku bawak keta 3 tahun lepas, hot temper aku datang balik.
Bertahun-tahun aku control hot temper aku dan jadik penyabar.
Sudahnya jadik hot temper semula.
Uuu..menengok macam2 perangai manusia yang bawak keta ni, rasa nak bakar jek.
Sampaikan Encik Tunang pun sound "Asyik nak marah ni kenapa? Marah pun bukan diorang dengar."
Padahal ketika itu Encik Tunang yang bawak kereta bukannya aku.
Kalau aku yang bawak keta masa tu maunya aku bukak tingkap dan jerit "Woii!!@#$%!!**$%!!"

Ok..jom check satu-satu apekah sikap pemandu yang mengundang cacian, makian serta menaikkan hot temperature orang :

1. Lagi 2 sentimeter nak masuk simpang, baru bagi signal. Dowhh!!

2. Dah la lambat bagi signal, terhegeh2 plak nak masuk simpang tu. Kite yang tengah laju ni terpaksa brek mengejut.

3. Dah la terhegeh2 nak masuk simpang, pastu tak jadi plak masuk simpang. Masuk jalanraya semula. Mana tak terbakar??!

3. Ambik lap lebih kat selekoh. Ada sesetengahnya dah masuk opposite lane. Seb baik aku ni pakar, boleh la mengelak. Kalau yang tak pakar? Tak ke berdentum accident??

4. Memecut laju sampai nak langgar kereta orang depan. Bila da nak berlanggar, tau plak brek. Ingatkan brek x makan ke.

5. Memotong sesuka hati. Kejap potong belah kanan, kejap potong belah kiri. 

6. Kat double line pun nak memotong. Bila muncul kenderaan dari opposite, kelam kabut nak masuk lorong semula sampai menghimpit kereta orang. **%#@!! 

6. Memandu dengan lembapnya di lorong kanan. Terutamanya lori. Sah-sah signboard da tulis "Kenderaan Berat Sila Ikut Lorong Kiri" ataupun "Gunakan Lorong Kiri Untuk Memotong". Buta huruf ke?

7. Ok, jalan ada satu lorong je. Tapi memandu dengan lembapnya pada kadar 40km/j. Kereta di belakang takble nak potong sebab jalan double line. Tengok2, rupe2nye tengah 'bermesra2an" sambil memandu. Hoii! Nak mesra2, find a room la! Jangan la time driving!

8. Menggunakan lampu tinggi pada waktu malam. Ingat kau sorang je ada lampu? Ingat kau sorang je rabun malam?? 

9. Parking sesuatu hati. 2 petak kereta tu dia conquer sorang2. Ingat kau sorang je ke yang bayar kupon keta??


* Owhhh..memang banyak dosa aku memaki orang sejak bawak keta ni..(T_T)

Syurga Buatmu Rania..


Kak Rusliana adalah rakan sekerja saye
Semalam mendapat berita yang anak tunggalnya telah dipanggil ke syurga
Kerana masalah jangkitan kuman pada paru2 dan jantung berlubang
Harap rakan-rakan sekalian dapat mendoakan dan menyedekahkan Al-Fatihah
Kepada Allahyarham Nur Rania Binti Ahmad Faizal
Al-Fatihah..

Moga Kak Rusliana dan keluarga tabah menghadapi ujian Allah ini
Insya-Allah..Rania akan mendoakan kedua ibu bapanya dari syurga
Semoga roh Rania dicucuri rahmat..
Amin..

Friday, March 4, 2011

Di Alam Mistik

Muka takut yang comel (sumber : google.com)

Cerita-cerita mistik ni memang tak asing la bagi aku. Korang semua pun mesti da biasa dengar cerita-cerita mistik kan? Tapi korang pernah alami tak?

Aku tak tau la apa yang aku alami sejak akhir-akhir ni sesuatu yang mistik atau tak. Samada ape yang berlaku tu kerana perbuatan orang yang dengki atau 'benda' tu saje nak beramah mesra ngan aku. Almaklumla 'serumah' kan.

Alkisahnya, sejak aku dok menyewa rumah sekarang ni, kadang2 aku akan dengar bunyi benda bergolek2. Macam anak lesung yang digolek2. Bunyi nye macam kat siling tapi aku anggapkan bunyi tu datang dari rumah sebelah. Selama ni aku cuba mempositifkan fikiran aku dengan berkata "Alaa..mesti Auni tengah main2 tu.." (Auni anak jiran sebelah)

Satu hari tu, dalam pukul 8 malam, bunyi tu kedengaran lagi. Sebab masih awal kan baru pukul 8, aku tanya housemateku, "Kau ada dengar tak bunyi benda bergolek tadi?" Yang tak bestnya housemate aku jawab, "Takde pun.." Malam tu pukul 11 aku dengar lagi bunyi tu. Eishh..tak ble jadik ni..

Esoknya aku jumpa Kak Azimas (Mak Auni) dan tanya, "Akak, malam2 Auni ada main benda golek2 ke.." Jawapan tak best jugak yang aku terima, "Eishh..mana ada..takde..Auni takde main benda."

Ah..sudah..kebetulan bos kecik ku ada kat situ, dia kata, "Biasalah tu Nad, setiap rumah memang ada penunggunya. Tapi dia tak kacau. Rumah saya pun ada bunyi macam tu jugak tapi bunyi guli jatuh bergolek2..Takde pape. Jangan risau."

Maunye tak risau. Sebab masalahnya aku sorang jek yang dengar bunyi tu. Housemate aku xde dengar pun. Ex-housemate aku sebelum ni pun aku dah tanya pun jawab tak penah dengar. Malam semalam lagi lah..pukul 1 pagi, aku tengah mamai2 terjaga sebab terdengar bunyi anjing menyalak depan umah. Kuat giler sampai aku xble tido. Aku siap pikir, "takde sape ke nak bangun halau anjing ni memekak je.."

Esoknye aku tanya kat jiran2 aku pasal bunyi anjing tu. Diorang ble kata takde dengar! Biar betul anjing menyalak kuat depan umah ble tak dengar? Ke aku sorang je yang dengar? Aahhh..SUDAHHH!!

Thursday, March 3, 2011

My Black Forest Cake

Amacam?
Chantek tak kek di atas?
Chantek kan.
Tangkap leleh punye.
Aku pun teruja.
Sayangnye bukan aku yang buat tu.
Aku cuba buat Black Forest Cake malam tadi tapi gagal.
Hampeh.
Frust.
Rasanya silap beli whipping cream so ia tak menjadik.
Kesudahannya kek itu ditongsampahkan.
Sori la kawan2..
Aku telah terberi harapan palsu nan indah pada korang.
Heboh satu dunia plak tu (maklumla cerita kat facebook)
Tapi xpe,,aku ganti dengan bawak spageti meatball.
Kalau tak, tebal jugak muka aku nak pi makan potluck.
Nanti aku cuba buat lagi.
Doakan percubaan kedua nanti berjaya.

Wednesday, March 2, 2011

Saya sehat dan kuat!

 
Herbalife ada bukak booth kat Karak ni.
Tadi singgah sekejap kat booth tu.
Dapat la merasa dia punye shake apekebenda ntah tu.
Ehmm..rasa cam tepung.
Tapi siapa yang rasa nak kurus dan sihat, saya syorkan anda mencubanya.

Aku ada timbang berat aku kat situ.
Timbang tu bukan sekadar mengira berat kita je tau.
Kite punye BMR, jumlah lemak, kadar denyutan jantung, body mass, kalori, air sume dia kire jugak lah.
Alhamdulillah, aku punye semue ok.
Cuma lemak je terlebih 4 kg.
Tau da lemak 4kg tu letaknye kat mane..
Hehehe..tapi orang Herbalife tu kata xpe, da ok da ni.
Cuma kena maintain je.
Paling suke sebab kadar denyutan jantung pada kadar normal.
Aku takut jugak kalau2 dah ada simptom sakit jantung tu.
Alhamdulillah..tak..
Orang yang promote Herbalife tu sendiri baru 32 tapi pernah kena strok dan heart attack tau.
So jangan perasan kita ni macam muda, kita sehat segala

Oh ye..lagi satu yang best adalah BMR aku.
Kalau ikut BMR aku tu, umur dalaman aku muda setahun daripada umur sebenar aku sekarang.
Yeahh...aku awet muda.
Jangan jeles.
Aku cakap ngan dia "Kalau I tak tulis umur I ni, mesti U ingat I ni baru 20 tahun kan..hehehe"
Orang Herbalife tu pun mengangguk "Ye la, U memang nampak lagi muda dari umur U la..I pun ingat U baru 20 tahun gitu.."
Hehehe..Ok..kembang setaman jap
Tak tau la dia saje cakap camtu sebab nak bodek aku beli produk dia

Tapi aku x beli pun
Even rasa cam terpengaruh nak beli
Hehehe..
Even tak beli, ada jugak la dia bagi notepad free.
Tak sia-sia gak aku singgah.

* Notepad free tersebut..hehe

Sinar Islam di Jiwa Daphne

 sumber : google.com

Mungkin ramai yang sudah pun maklum tentang Daphne sudah masuk islam.
Alhamdulillah..bertambah seorang lagi umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ada juga mulut-mulut nakal yang mempertikaikan niat sebenarnya memeluk Islam
Samada niatnya benar-benar ikhlas atau tidak, itu antara dia dengan Allah.

Dalam isu mualaf ni, kita jangan terlalu cepat berburuk sangka
Sebelum berburuk sangka, apa kata kita sama-sama membantu dan membimbing mereka ini
Permudahkan lah mereka untuk menjalani kehidupan sebagai Islam
Bukannya mengkritik dan berkata "Sementara je tu..."

Alhamdulillah juga sebab puteri Daphne iaitu Isobel juga mula menunjukkan kecenderungan ke arah Islam.
Anak kecil itu juga nampaknya telah diberi hidayah
Hidayah Allah tidak mengira usia, kaum dan agama
Sedangkan kita yang mengaku Islam ini, benarkah hidayah Allah telah singgah di hati kita?
Bukan bermakna kita tidak mengamalkan ajaran Islam
Tetapi sejauh mana amalan kita selama ini mampu menghindarkan kita daripada sekecil-kecil dosa
Hinggalah ke sebesar-besar dosa
Adakalanya kita mungkin mendapat hidayah tapi adakah kita mendapat taufik untuk melaksanakannya?

Apa itu taufik?
Apa pula hidayah?
Taufik itu kekuatan, hidayah itu petunjuk Allah.
Ada orang mendapat hidayah tapi tidak mendapat taufik iaitu kekuatan untuk melaksanakannya..
Senang cerita, bagi contoh :

1. Kita tau solat tue wajib..tapi malas nak tunaikan..

2. Baca Quran. Kita tau Quran itu mukjizat Rasulullah, tapi malas nak baca..


3. Kita tau mendedahkan aurat itu berdosa, tapi kita nak jugak dedah sana sini..

Nauzubillah. 
Semoga kita semua mendapat taufik dan hidayah daripada-Nya.

Tuesday, March 1, 2011

Saye Belum Kawen Lagi Ye..

Baru kejap tadi kawan lama masa belajar dulu tegur aku kat YM.
Memang dah agak lama lost contact sejak tamat belajar dulu.
Tambahan plak aku jarang on YM so memang tak berchating la jawabnye.
Tadi pun on YM sebab bos nak hantar file.

Alkisahnya seperti berikut :

kawan: sbnarnya nk ucap tahniah
kawan: akak dah langsung yer..
didie_kawaii: langsung apenye
kawan: menikah
didie_kawaii: eishhh...mana ada
didie_kawaii: mana daapat spekulasi ni

kawan: eh, bkn yer???
didie_kawaii: baru tunang la
didie_kawaii: kalau kawen, musti akak da jemput da

kawan: laaaa... abeh gamba baby kt profile tuuuu?
didie_kawaii: eii..tu gambar anak sedara la
kawan: laaa ye ker.. opsss...

Itulah kesahnye..jangan salah faham dengan gambar baby comel dan montel kat FB saya.
Itu adalah gambar anak sedara saye.
Tak nak ada yang tersalah faham dan terkecik hati saye tak jemput diorang time saye kawen.
Belum tiba masanya lagi.
Tidak lama lagi..Insya-Allah..

Rezeki Tengahari

Terima kasih kepada bos kecikku (Kak Mimi) sebab sudi membelanja kami makan KFC.
Katanya sempena dapat duit ape ntah.
Aku pun tak faham tapi aku angguk2 je buat2 paham.
Hehehe..
Dia bagi duit RM50 so aku pi la KFC mengtapau.
Aku manfaatkan sepenuhnya RM50 tu beli macam2.
Hehehe..inilah sedikit paparan hasil tangkapan.

44 Pantang Larang Bakal Pengantin!

 sumber : google.com

Mungkin ada antaranya korang da tau.
Tapi larat ke korang nak ikut 44 pantang larang ni?
Hehehe..
Check it out..

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. (waahhhh!! rindu nan membara!)

2. Jgn tidur di rumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama baik keluarga.

3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg mempunyai niat tidak baik.

4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.(nak jugak makan nasi dengan gulai tempoyak ikan patin..perghh!)

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petai dan jering.

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.(alamak..malam2 la aku selalu tengok cermin nak sapu krim jerawat sume..)

8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.

11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.(memang sedang berpantang seafood untuk elak jerawat)

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. (Encik Tunang selalu makan nih..hehehe)

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.

19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari.

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.

22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.

24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. (wauuuu!!)

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak stabil. (bab makan ni susah nak control sket..hehe..)

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan.

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati org.

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadinya gangguan emosi.

34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.

35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. (owhh..takble la nak makan oat bayam lagi pasni)

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh pengantin kerana tidak manis.(laa..dah memang itu katil aku nak wat camne)

38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana dikhuatiri hilang seri.

40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.

42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...