Thursday, April 14, 2011

Quaker Smart Heart Challenge!


Baru kejap tadi check email.
Quaker telah meng'shortlisted' nama aku untuk program Quaker Smart Heart Challenge!
Apa yang aku perlu buat adalah update profile aku kat Quaker.
Nanti diorang akan call untuk set appointment kat BP Healthcare untuk check kadar kolestrol.
Kadar kolestrol yang lebih 5.2 Mmol/L akan terpilih untuk join Quaker Smart Heart Challenge.
Dan jika terpilih, peserta akan dibekalkan dengan Quaker Oat selama 30 hari.
Selepas 30 hari, kadar kolestrol akan dicheck semula.
Peserta yang mempunyai jumlah pengurangan kolestrol paling banyak akan memenangi hadiah bernilai RM20,000!

Wauuu!!
Sangat teruja.
Tak sangka ada hikmahnya bila kolestrol tinggi ni. :p
Sebelum ni aku memang beria-ia nak turunkan kolestrol aku.
Tapi kali ni, aku harap kolestrol aku cukup tinggi untuk lepas syarat kelayakan tu. :p
First time check dulu 5.9 Mmol/L.
Second time check makin naik jadik 6.1 Mmol/L plak. :p
Hope aku terpilih untuk join program ni.
Inilah masanya aku nak pulun oat habes-abesan...
Dan menang hadiah RM20,000 tu!

Tuesday, April 12, 2011

Kenalah Sehat dan Kuat Kalau Nak Kawen!

 sumber : google.com

Tak tau lah apsal sejak masuk tahun 2011 ni aku asyik tak sehat je.
Sampaikan dah naik tebal muka aku nak pi klinik karak tu.
Malu weii sebab nurse n doktor2 kat situ da kenal muka aku.
Bulan Januari berulang-alik hampir setiap hari ke klinik sebab check darah suspect denggi.
Bulan Februari plak kena bisul sampai macam nak pengsan.
Bulan Mac plak demam lepas balik dari kursus induksi.
Masuk bulan April ni plak aku batuk2 tak berhenti.
Tapi malu nak pi klinik nak ambik ubat batuk.
Sudahnya lebih rela beli ubat batuk, mucinex dan strepsils kat farmasi je.
Terbang duit aku.

Aku membuat andaian yang aku ni kekurangan khasiat kot.
Maklumla jarang makan makanan berkhasiat.
Pagi makan mihun goreng atau roti canai atau nasi lemak.
Tengahari jarang makan.
Kalau makan pun, makan kueh atau biskut jek.
Malam lagi la makan ntah pape, sosej bakar la, roti la, oat la, cucur ikan bilis la..bla..bla..
Tang bila aku makan sayur ntah bile da.

So aku menanam azam nak meningkatkan kandungan vitamin dan khasiat dalam badan aku ni.
Tak mau la time kawen nanti muka pucat badan tak bermaya sebab tak cukup khasiat.

So aku memulakan dengan pelan yang mudah dan jimat dengan meminum Peel Fresh!
Pilihlah Peel Fresh Power Berries yang kaya dengan Vitamin C dan Anti Oksidan.
Dalam ni ada Anggur, Beri Acai, Beri Biru, Kranberi, Mulberi dan Raspberi.
Yang penting sekali NO SUGAR ADDED!
Murah pun murah baru RM5.25 (ni harga yang aku beli kat Tesco minggu lepas).
Dulu2 rajin gak beli InnerShine Pati Prun dan Beri.
Tapi la ni kena berjimat so pilih lah Peel Fresh!
Serius beb bila minum Power Berries badan rasa segar dari pagi sampai petang!
 
 
* See? Kaya dengan Anthocyanin yang memainkan peranan sebagai antioksidan!

So, apa lagi..
Mulakanlah hari anda dengan Peel Fresh Power Berries!
Tapi sebelum tu jangan lupa baca Bismillah dulu tau!

p/s : Oh ye..Peel Fresh Wheat Grass pun bagus jugak, kaya dengan Vitamin A,C dan E.

Monday, April 11, 2011

Misi DIY bermula!


Tak sempat2 kemas beg lagi, aku dah sebok kuarkan segala barang2 DIY.
Semangat wei.
Lagipun senang sket wat keja waktu ni sebab osmetku tadak kat umah, cuti.
So, sambil menonton Mentor, aku pun layan memotong net.
Jenuh jugak nak potong net 12 meter.
Potong2 kecik2 jadik 4 segi sebesar tapak tangan.
Nak dapatkan 400 keping.
Sampai merah2 jari sebab pegang gunting.
Dan lebam2 lutut sebab melutut nak gunting net.
Almaklumla buat keja atas lantai.

Sampai pukul 11 malam, hanya siap potong net.
Esok lusa la baru start projek DIY ni.
Lagipun kena beli reben baru sebab reben yang aku beli kecik sangat.
Apa yang aku nak buat ni?
Jeng..jeng..jeng..tungguuuuu..huhuhu..

Shoe Hunting!

 

Bukan mudah nak mendapatkan kasut yang padan ngan tuan kaki ini.
Kaki kecik tapi lebor.
Uuu..sebab tu kasut2 aku kebanyakannya aku pakai sampai lunyai.
Kasut tu la aku pakai pi opis, kasut tu jugak la aku lenjan bawak jalan2 ke shopping mall even jalan2 kat pasar chow kitt jugak.

Maka, bila kecoh sana sini ada festival kasut, aku pun nak menyebok jugak.
Niat di hati nak carik kasut untuk hantaran.
Memang dah aim nak carik kasut saiz 4.
Tanya sana sini, saiz 4 ada? saiz 4..please..
Kebanyakannya takde..
Kalau ada pun kasut2 setinggi 3 inchi dan lebih lagi..
Tak sanggup aku menyeksa kaki pakai tinggi2 ooiii..

Tetiba mata terpaku pada satu kasut ni..
Memang chantek just nice la mengikut citarasa aku.
Tingginye pun baru 2 inchi
Bila aku try2 pakai..eh muat la..
Terus mintak kat salesman tu, "Nak kasut size ni.."
"Owh..ini saiz 5, nanti saya ambil."
Hahh? Saiz 5??
Selama ni aku mencarik kasut size 4 pun kekadang longgar, ini plak size 5?

Bila salesman tu kembali semula bawak kedua2 belah kasut, aku try pakai 2-2..
Memang ngammm hooo!
Seronok sangat!
Terus setuju beli tanpa tengok harga!
Bila nak bayar..laaa..takde la mahal pun, still less than RM100!
Sangat puas hati.
Misi tercapai!!
*Berbaloi-baloi!

 * See the size? 5. Size kasut memang tak standardize langsung.

p/s : Niat di hati nak sambar sepasang dua kasut lagi tapi berjaya mengawal nafsu shopaholic itu..huhu..

Friday, April 8, 2011

Hasil Tangkapan!


Ini hasil tangkapan minggu yang sudah sebenarnya..
Lambat nak post sebab kabel hp missing
Baru tadi jumpe so barula dapat upload
Antara hasil tangkapan adalah :

1. Perfume for us
2. Kasut for him
3. Kemeja + slack + tie for him
4. Wallet + belt for him
5. Jam tangan for us
6. Handbag for me
7. Buku agama for us
8. Set cadar

Minggu ni nak carik goodie bags n barang2 gubahan hantaran plak..tak lupa gak kasut aku yang susah sangat nak dapat saiznye.eiii..seronoknye shopping lagi..oh ye..kalau sempat, nak ajak En.Tunang ke Pameran Kasut. Mana tau kot2 ada kasut saiz aku kat sana..

Counting The Days!

 
Diam tak diam dah kurang 100 hari.
Kalau ikut yang aku tanda tu tinggal 64 hari lagi.
Ramai yang mula bertanya macam mana ngan persiapan.
Jom tengok list jap!

  1. Kursus kahwin
  2. Tempah mak andam
  3. Tempah photographer
  4. Borang nikah (tunggu En.Tunang siapkan borang dia)
  5. HIV test
  6. Canopy pengantin (x tau lagi nak tempah katne..hahaha..khemah tetamu free je)
  7. PA system n DJ (termasuk ngan pakej canopy la ni)
  8. Barang2 hantaran (tinggal kasut aku je tak dapat2 lagi sebab takde saiz!!)
  9. Gubahan hantaran (minggu ni baru nak beli)
  10. Persalinan nikah
  11. Kad kahwin 
  12. Bunting/banner kahwin (pending..)
  13. Paperbag doorgift (masih survey harga paling murah di dunia!)
  14. Isi doorgift (masih confuse nak bagi pe..(*_*) )
  15. Bunga telur untuk pahar
  16. Cadar bilik pengantin
  17. Hiasan bilik pengantin (dah tau da nak hias camne)

Kalau ikut list kat atas ni, persiapan aku baru 41.18% siap.
Okeylah tu..tak suke kelam kabut n serabut.
Apasal list aku macam sket jek tak macam list org lain..
Apa lagi yang tak cukup ek?
Ehmm..perlu diperhalusi lagi ni...

Monday, April 4, 2011

Lame Giler Tak Update Belog!


Owh..sibuk sungguh life aku kebelakangan ni.
Bermula dengan menghadiri kursus induksi bermula 14hb - 24hb Mac 2011.
Sebelas hari yang..yang..owhh..tak terluah perasaannye..
Berkurung dalam hotel 24 jam setiap hari sampai otak pun mula membeku dan badan pun menjadik lesu
Slot ceramah pada hari2 terakhir dah tak tertampung dek otak
Dok tersengguk..sengguk je menahan ngantuk dan keletihan badan
Sudahnya exam pada hari terakhir tu main belasah je menjawabnye
Hehehehe..mintak2 la semua lulus hendaknya..

p/s : amacam gambar kitorang? ada rupe penjawat awam kumpulan 1 ke? hehehe..belum tengok perangai lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...