Saturday, May 28, 2011

2 minggu je lagi..

Rasa lapangnya dada ni bila selesai program semalam
Kalau tak, macam-macam menda penuh serabut kat dalam otak
Dok pikir kerja tu, kerja ni
Bab kahwin jatuh ke lastttttt sekaliiii..

So sekarang boleh la aku tarik nafas lega
Dah boleh kembali fokus pada topik kawen
2 minggu je lagi
Rasanya aku la bakal pengantin paling relax
Gubahan hantaran tak buat lagi
Inai tak beli lagi
Deko bilik tido pun takde lagi
Hahaha..rilex je
Yang penting tiba harinya..kawen!

Wednesday, May 25, 2011

Penyejuk Hati


Menjelang hari bahagia yang tinggal kurang 3 minggu lagi..
Hati rasa panas tiba-tiba..
Gara-gara apa yang mak bagitau masa call malam tadi..
Mak kata "Tok imam tu cerewet..banyak soalan. Masa azal (sepupu aku) kawen semalam, dia nak tau hantaran berape..dah belanja berape..berapa baki duit hantaran.."
Aku bengang..
Apasal sebok-sebok nak tau hantaran berape..belanja apekebenda sume??
Masuk dalam rukun nikah ke sume tu??
Apa tujuan dia nak tau semua tu??

Lepas je end call, terus aku buat kira-kira duit yang Encik Tunang da bagi selama ni apa belanjanya
Kalau tok imam tanya, aku nak tepek je senarai barang tu kat dahi Tok Imam!
Nak resit sekali pun boleh!
Panas hati aku!

Tak lama kemudian, Encik Tunang call
Aku cerita segala-gala apa yang mak bagitau tadi dengan hati yang panas
Encik Tunang cool..lagi buat lawak ada la
Even aku membebel marah macam mana pun
Encik Tunang tetap rilex pujuk aku
Hati yang panas menggelegak tadi mulai sejuk
Sudahnya aku pun gelak sama
Siap plan 'drama-drama' yang kitorang nak buat supaya Tok Imam tak meleret2 banyak soal
Nak pura-pura sawan la
Nak bawak pakcik Encik Tunang yang alim2 sebagai bodyguard la nak bagi Tok Imam cuak
Dan macam-macam lagi
Hilang rasa marah aku
Timbul plak rasa lucu
Terima kasih Encik Tunang sebab menjadi penyejuk hati aku 

Firman Allah, maksudnya :
“Di antara tanda-tanda kebesaranNya, diciptakanNya bagi kamu  pasangan suami isteri dari diri kamu untuk kamu merasa ketenteraman di antara satu sama lain dan dijadikannya kasih sayang dari belas kasih antara kamu, sesungguhnya dalam hal  itu menjadi keterangan bagi orang yang berfikir."

Tuesday, May 24, 2011

Sudah Tak Kesah Lagi


Makin dekat tarikh nak kawen ni nampaknye makin senang hati..
Bila senang hati bermakna makan lebih banyak..
Makan lebih banyak bermakna makin mendebablah aku..
Cincin tunang pun da tak muat masuk ke jari..
Kena paksa2 masuk ke jari lain..
Dah tak mampu nak menolak nasi..
Apatah lagi berjoging keliling gelanggang kolej..
Aaa..tak kesahlah..
Gumuk pun gumuk la..
Yang penting aku senang hati..
Yeahh..nak kawen daaa... (^_^)

Wednesday, May 4, 2011

1 month, 1 week, 1 day to GO!!


Seriously aku busy sangat.
Keja menimbum datang serentak.
Pertama kali aku rasa yang aku ni betul-betul bekerja.
Mana taknye, lepas breakfast je aku start buat keja non-stop.
Sedar-sedar da tengahari.
Sedar-sedar da lepas pukul 5.
Terkejar sana terkejar sini.

Pada masa yang sama rasa happy sebab aku masih positif menghadapi semua kerja2 ini.
Sesetengah orang bila dah dekat tarikh nak kawen ni mesti mula serabut otak kan..
Alhamdulillah setakat ini takde menda yang menyerabutkan otak..
Semua dihadapi dengan positif..
Apa pun berlaku kita senyum jeee...senyummmm...tak perlu kata apa-apa..hehe

So, berbalik kepada tajuk di atas
Punyelah dah lama tak kira tarikh nak kawen
Juga bermakna da lama tak jenguk blog
Akhirnya malam ni jenguk blog kejap
Tengok-tengok masa keramat da tiba..
1 month..1 week..1 day..
Memang aku tertunggu-tunggu tarikh ini..
Macam tunggu nombor cabutan bertuah plak

Ehm..ini bermakna dah tak lama sangat la lagi aku nak kawen kan
Perasaan sekarang ni rasanya excited sangat kot!
Hehehe..fikiran asyik melayang membayangkan kehidupan kami lepas kawen nanti
Moga segalanya berjalan lancar dan diberkati Allah sentiasa..
Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...