Friday, July 29, 2011

Bersedekahlah

 sumber : google.com

Hari ini Unit Pengambilan Pelajar di kolej menganjurkan pot luck. Tambahan pula sempena nak menyambut bulan Ramadhan minggu hadapan. Bagus sebenarnya buat pot luck ni. Selain daripada mengeratkan silaturahim, ia secara tidak langsung menggalakkan kita untuk bersedekah. Ye la, konsep pot luck ni kan bawa makanan sendiri untuk dikongsi bersama. Tak kisah la nak masak sendiri atau beli saja. So di situ kita sudah dikira bersedekah.

"Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu."
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Semoga kita semua beroleh keberkatan dari-Nya. Amin.

Thursday, July 28, 2011

Kecil Hati


Post kali ini juga tidak berilmiah. Hanya luahan perasaan dari saya yang berkecil hati.

Saya memang tidak faham dengan mentaliti manusia zaman sekarang yang mengakui cara hidup moden tetapi pada masa yang sama masih mengamalkan cara pemikiran yang kolot. Saya rasa anda pun tahu dan mungkin pernah melalui situasi ini juga.

Situasi stereotaip dengan soalan stereotaip. Tak sangka saya akan terkena. Dialognya lebih kurang begini.

X : Orang tu dah ada da, kau bila lagi? (sambil tersengih-sengih merenung perut saya)
Saya : Oh, kenapa? dia da pregnant ke? (saya memang lambat dapat tau berita)
X : Ye la. dia da ada da. Kau bila lagi? Kau tak tercabar ke?
Saya : (diam..terkedu. tak sangka dia akan kata macam tu) Ehm..belum lagi lah. Lagipun saya PJJ. Susah sikit.
X : Ehm..ada lah kau ye alasan tak mengandung lagi.

OK. Saya mahu menyumpah. What the hell???!!!$#@***!%$! Kau sedar tak aku ni baru kawen tak sampai pun 2 bulan lagi? Tidak tinggal bersama pulak tu? Takkan la nak aku ulang-aling setiap hari untuk buat 'projek' semata-mata nak puaskan hati kau, nahhh, aku da mengandung dah!Boleh dia tanya kau tak tercabar ke? Hello..soalan kau tu bukannya mencabar aku tapi nak mencabar kuasa Tuhan. Bagi saya dan suami, segala-galanya masih awal bagi kami. Bukannya kami menolak tetapi dengan inai masih penuh di jari dan jarak yang terpisah, memang ternyata masih awal bagi kami. Tetapi tidak bermakna kami tidak berusaha.

Saya tidak mahu mengutuknya terlalu banyak. Cukup lah luahan perasaan hari ini. Belum tambah lagi saya mengomel tentang seorang lagi manusia kepoh yang setiap kali jumpa saya termengah-mengah naik tangga, soalannya mesti "Kau dah mengandung ke?"

Saya tak kepoh hal orang jadi saya tak suka orang kepoh hal saya. Busy body!

Sangat Takut!

sumber : google.com

Ok. Post saya hari ni memang tak berilmiah.

Alkisahnya..

Saya terjaga daripada tidur. Macam biasa lah bangun tidur dalam pukul 6.30 pagi gitu macam biasa sebab nak pergi kerja. Bangun-bangun saja saya terus buka pintu bilik. Tiba-tiba saya pelik. Mana pergi sofa saya?? Sofa saya..oh sofa saya..mana perginya? Kemudian saya cuba cari laptop yang saya tinggalkan kat ruang tamu (sebab malam tadi malas nak kemas laptop so terus tinggal kat ruang tamu). Takde! Aaa..saya mula meroyan sebab semua kerja saya ada di dalam laptop. Macam mana saya nak mengajar hari ni, semua tugasan yang baru buat malam tadi ada dalam tu. Even hardisk saya sebagai backup pun missing! Tapi yang peliknya TV housemate tak hilang pulak.

Kemudian saya berlari ke dapur. Kosong! Mana peti ais saya? Mana microwave saya? Mana oven saya? Mana dapur gas saya? Even kabinet dapur pun takde! Eh..mesin basuh pun takde!!

Saya mula menangis. Saya cuak gila. Rumah saya kena rompak ke? Kenapa saya tak sedar pun ada perompak datang? At the same time saya bersyukur juga sebab perompak tu takde cuba-cuba nak pecah masuk ke bilik tidur saya. So saya terus berlari ke luar rumah. Nak pergi report polis kononnya. Tiba-tiba terjumpa seorang mamat ni yang memang saya kenal.

Saya : Tolong saya..rumah saya kena rompak. Semua barang-barang saya hilang!
X : Padan muka awak.
Saya : Eh..kenapa pulak?
X : Sebenarnya saya yang upah orang rompak rumah awak. Tapi saya pesan kat diorang jangan apa-apakan awak. Saya sakit hati sebab awak kahwin dengan orang lain. So saya suruh orang rompak semua barang-barang milik awak!!
Saya : Haaaa???!!!

Dan saya terus terjaga dari tidur. Dengan termengah-mengah sebab dalam mimpi tadi kan berlari keluar rumah. Saya terus buka pintu..ohhh..semua masih ada. Sofa, laptop, hardisk, petiais dll semua masih ada seperti sedia kala. Lega..

Sempat juga berfikir sambil memberus gigi di bilik air..apa maksudnya mimpi tadi? Memang betul ke ada orang yang sakit hati dengan aku? (T_T)

Wednesday, July 27, 2011

Kejamnya dia!


Astaghfirullahalazim...

Terkejut dan tersentak saya menonton berita Buletin Utama malam tadi. Al-kisahnya seorang pemuda telah dirakam oleh CCTV memukul, menendang, menyiksa dan menyebabkan kesakitan kepada haiwan bergelar kucing. Saya nampak dengan terang, jelas dan nyata...kucing itu dipukul tanpa belas kasihan. Saya tak pasti dia memukul menggunakan apa. Macam pedang, mungkin juga belati. Paling saya tersentak apabila melihat kucing itu sudah terkulai, mungkin juga sudah mati tetapi tanpa belas kasihan pemuda itu memijaknya pula! Saya lihat ada beberapa ekor kucing ketika itu, tetapi 2 ekor yang malang itu memang sangat teruk dipukul dan akhirnya terkulai, tidak berdaya menyelamatkan diri.

Rakaman CCTV ini pun telah tersebar di Youtube tapi saya tak sanggup nak search dan ulang tengok lagi. Laporan telah dibuat dan pemuda ini hanya didenda RM400 sahaja! Penyiksaan terhadap makhluk ini hanya denda sahaja hukumannya?? Hanya kerana ia adalah kucing dalam kategori haiwan maka tidakkah hukuman yang lebih setimpal harus dikenakan? Setidak-tidaknya bagi dia rasa satu sebatan. Baru dia tau betapa sakitnya sebatan itu walaupun tidak setanding dengan kesakitan dan seksaan yang dirasai oleh kucing itu.

Remuk hati saya. Manusia kejam tak berhati perut sebegini masih wujud??

note : malam tadi tengok berita macam lelaki tetapi suratkhabar pagi ni kata yang memukul tu perempuan. ehmm...

Terganggu


Terganggu hasrat nak ber'blogging' sebab kabel hp buat sekian kalinya hilang. Maka tak dapat buat post bergambar. Tak suka buat post tanpa gambar. Umpama nasi lemak tanpa sambal ikan bilisnya. Ehm..gambar di atas ni takde kena mengena ye. Main taram je letak gambar apa pun asal ada. Tapi bahagia kan kalau pokok yang kita tanam betul-betul mengeluarkan duit macam pokok kat atas tu. Kayo den..

Thursday, July 21, 2011

Kisah Halia dan Kita


Hari ini saya terdetik untuk menulis mengenai halia. Puncanya gara-gara nasi lemak yang saya makan sementara menunggu kereta dicuci di car wash. Saya sekadar memesan nasi lemak kosong yang biasa. Tambahan pula saya memang tiada selera untuk menjamah sarapan yang enak-enak walaupun perut saya terbiar kosong tidak berisi kerana mahu membuat ujian darah.

Berbalik kepada nasi lemak itu tadi, sebaik dihidangkan di depan saya, kelihatan tiada beza dengan nasi lemak biasa yang lain. tetapi apabila saya menguis-nguis nasi dengan sudu dan garpu, terserlah hirisan halia. Bukan sedikit tetapi banyak. Hati saya berkata mungkin tuan kedai mahu menambah kelazatan nasi lemaknya. Mak saya pun buat nasi lemak ada letak halia juga. Maka saya tidak hairan. Saya mulakan menjamah nasi lemak. Ehm..begitu terasa halianya. Saya menyuap lagi. Ehm..tergigit halia pula. Tapi saya telan juga.

Sambil suapan demi suapan disua ke dalam mulut, saya berfikir. Macam mana kalau orang yang tak biasa makan halia, makan nasi lemak ni. Bagi saya yang biasa termakan halia, memang tidak menjadi masalah. Tetapi macam mana pula kalau yang makan nasi lemak ni adalah kanak-kanak? Jangan kata kanak-kanak, adik saya yang sudah tingkatan 1 itu pun pasti menolak jika merasa halia atau rempah-ratus dalam nasinya.

Saya tidak menyalahkan halia kerana ia memang tidak bersalah. Nasi lemak juga tidak bersalah. Tetapi tuan kedai selaku pembuat nasi lemak itu yang berlebih-lebih meletakkan halia dalam nasi lemak itu. Akibatnya nasi lemak itu sudah bertukar rasa menjadi nasi halia. Hilang rasa lemaknya, timbul rasa halia berlebih-lebihan. Niat tuan kedai untuk menyedapkan nasi lemaknya nampaknya hanya menyebabkan ia menjadi tidak sedap pula. Sudahnya halia itu bukan dimakan pun sebaliknya ditolak ke tepi pinggan.

Saya cuba mengaitkan situasi ini dengan kehidupan seharian. Selalu terjadi situasi di mana kita terlalu berlebih-lebihan sedangkan perkara berkenaan tidak perlu. Saya juga adakalanya terkena tempias situasi ini. Contoh paling mudah ialah membeli kasut. Perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan kasut. Pada suatu ketika yang gila, saya membeli 3 pasang kasut sekaligus. Kononnya murah dan mahu di'match'kan dengan baju. Kesudahannya, saya hanya memakai kasut-kasut berkenaan sekali dua dan kemudian kembali semula kepada kasut lama saya yang lebih selesa di kaki.

Itulah yang terjadi bila kita terlalu berlebih-lebih apabila membeli atau membuat sesuatu sedangkan perkara itu bukan penting pun! Kalau ada ok, tak ada pun takpe. Tak terjejas apa-apa pun. Sebab itu saya selalu mengingatkan diri saya supaya berfikir sebelum bertindak. Adakah perkara/benda itu suatu keperluan atau dorongan kehendak semata-mata? Adakalanya saya menggeleng kepala melihat segelintir rakan yang menggunakan kuasa membeli tanpa berfikir. Beli sesedap rasa, membazir duit ke arah benda yang mahal tetapi kesudahannya benda itu hanya digunakan sekali dua dan ada antaranya tak digunakan langsung! Hanya menjadi perhiasan untuk ditayangkan kepada rakan-rakan yang lain dengan statement "Aku ada benda ni. Kau ada?"

Maka apabila kita membuat sesuatu, fikirlah. Jangan jadi seperti nasi lemak yang terlebih halia sedangkan halia itu tak dijamah pun. Bukannya bertambah sedap pun. Malah membazirkan halia tuan kedai saja.

Tuesday, July 12, 2011

Cuti cuti cinta



Cameron Highlands menjadi pilihan kami
Destinasi popular dalam kalangan pasangan baru berkahwin
Walaupun cuaca sejuk tapi cinta hati kami hangat sentiasa
Chewahhh...Hihihi..

Cinta ini


Indahnya rasa bila da kawen ni
Semuanya rasa indah-indah belaka la
Boleh berjalan berpegangan tangan
Boleh berpeluk-pelukan di tepi jalan
Walaupun kadangkala ada yang memandang dengan lirikan tajam
Agaknya diorang ingat kitorang ni remaja berpeleseran kot (remaja sangat!)
Cepat2 aku buat garu muka tunjuk inai yang masih merah di jari
Di samping cincin berbutir-butir
Takkan nak pampang sijil nikah kot
Terutamanya pada jiran-jiran di wijaya ni
Mesti diorang pelik tengok aku bawak lelaki masuk rumah dengan muka selamba
Memang la selamba sebab da jadik suamiku yang tercinta
Hihi..gelihati jugak bila tengok jiran2 mengintai2 dari jauh
Tapi takde siapa yang menegur so aku abaikanlah
Encik suami siap gantung bunting perkahwinan kami kat belakang rumah
Saje nak eksyen la tu..huhuhu..

Ohh..indahnya cinta bersamamu
Ya Allah berkatilah cinta kami ini
Limpahkanlah rahmat kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah kepada kami
Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...