Friday, October 21, 2011

Saya bukan diri saya lagi..

Alhamdulillah..Allah memberikan nikmat bahagia ini kepada kami. Diam tak diam sudah hampir 10 minggu. Perjalanan terasa sedikit panjang kerana saya mengalami alahan yang boleh dikatakan teruk. Hampir semua makanan yang dimakan akan dimuntahkan semula. Tambah seksa bila selera makan pun hilang. Nasi memang sudah lama tidak dijamah. Ayam dan daging memang tak mampu nak makan (even teringatkan ayam saja pun dah rasa nak muntah). Jadi sepanjang tempoh ini, makanan saya pun tak menentu. Biasanya makan mi saja. Kebanyakannya hanya mampu makan buah. Minum ais sangat suka! Lagi-lagi air yang manis!Huu..

Mood pun agak sentimental kala ini. Sikit-sikit nak menangis. Merajuk ngan en.hubby pun menangis. Tengok kartun Doraemon pun menangis. Sakit kepala pun nak menangis. Hadoii..memang benar-benar bukan diri saya sebenar sekarang ini.

Sentiasa berdoa agar perjalanan ini dipermudahkan. Apa yang penting moga anak ini membesar dengan sihat dan sempurna.Amin..

Monday, October 17, 2011

Rezeki Syawal Yang Bahagia

Syawal dah lama berlalu. Tapi nampaknya rezeki Syawal memang ada buat kami. Hati berbunga-bunga ketika ini. Alhamdulillah, setelah berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu (memang la takkan jemu..huhu), akhirnya doa kami dimakbulkan. Sedikit perkongsian berita.huhu..

Gambar 1 adalah UPT yang kali kedua buat sebenarnya. Gambar kali pertama buat tidak diambil kerana sangatlah kabur. memang patut pun kabur sebab baru delay sehari, sudah gatal-gatal tangan nak buat UPT. So ini adalah result yang saya buat sebelum ke klinik kesihatan. Tapi dengan sedihnya, klinik kata -ve, tak cukup terang katanya so dia suruh datang check lagi minggu hadapan. Kecewa di situ..

Gambar 1

Gambar 2 pulak saya tidak tahu entah kali ke berapa punya UPT yang saya da buat. Tapi dalam tempoh seminggu selepas Gambar 1 diambil. Kali ini lebih terang lagi bersuluh.Pergi klinik, akhirnya diakui +ve. Gembira di situ tetapi ada sedikit kegusaran sebab bila scan tak nampak. Tak puas hati, saya pergi ke klinik swasta pulak. Pun tidak berapa nampak bila scan di perut (mungkin lemak terlalu tebal..hahaha). Maka doktor buat TVS (seriau jugak) sebab takut kalau-kalau ectopic pregnancy. Dan bila buat TVS, Alhamdulillah nampak. Tapi tiada gambar dapat dikongsi sebab doktor itu tak print pun gambar scan. Buat rugi bayar RM150 (melayanggggggg RM300 sebab 2x scan kat swasta).

 Gambar 2


Gambar 3 pulak baru diambil minggu lepas. sebabnya saya ada appoinment ngan KKIA, mereka nak saya buat UPT lagi. khuatir UPT kit mereka tidak cukup canggih, maka saya melayangkan duit membeli ClearBlur Digital ni. Hubby geleng kepala tengok ketaksuban saya terhadap UPT. Sanggup berhabis duit untuk benda yang sekali kencing, pastu buang.Hahaha..so resultnya memuaskan hati saya. Tertulis di situ Pregnant 3+. Ikut panduan ClearBlue, 3+ bermakna usia kandungan sudah lebih 5 minggu. Hanya setakat itu saja dia punye maximum prediction. Memang pun sebab berdasarkan LMP, saya sudah 7 minggu ++ ketika buat UPT ClearBlue Digital ni. Dan bila saya pergi klinik, nasib baik UPT mereka pun +ve. kalau tetiba jadi -ve, memang saya cepat-cepat nak keluarkan UPT saya yang canggih ni.huhuhu...

 Gambar 3

Jadi itulah cerita rezeki Syawal kami. Tujuan cerita ini dikongsikan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk atau riak (mentang-mentanglah da pregnant!). Ia sekadar perkongsian rasa bahagia di hati kami saat ini di samping memohon doa rakan-rakan sekalian supaya 'perjalanan' saya ini dipermudahkan dan selamat hingga tiba masanya nanti. Doakan semoga si kecil ini membesar dengan sihat dan sempurna dan lahir menjadi anak yang soleh yang patuh kepada ajaran agama dan taat kepada ibu bapa. Amin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...