Friday, November 25, 2011

MGTT

MGTT tu secara mudahnya merujuk kepada minum air gula. Hari ni kena minum air gula. Fuuhh..walaupun ini pengalaman kali kedua tapi memang sangat seksa menempuhnya. Dah la tak boleh makan apa-apa. Prosedurnya 3 hari sebelum test kena diet gula (tapi saya tak diet pun-masih mampu belasah coklat dan puding karamel!). Makanan terakhir diambil pada jam 10 malam sebelum test keesokan hari. Tapi makanan terakhir saya adalah pada jam 8 malam. Itu pun hanya cornflakes bersama susu sahaja. Dapat bertahan sehingga keesokan pagi memang tak lapar. Tapi kerana perut dah kosong, angin pun mula naik. Sebelum minum air gula, ambil darah dulu. Cucuk hujung jari je. Result mesti <5.6. Alhamdulillah result saya 4.8.

Sebaik saja minum air gula, angin terus naik ke kepala. Punyalah pening rasa nak pitam je. Tapi gagahkan diri drive balik ke rumah (masa ni la rindukan hubby..hukhukk). Itu pun tak boleh terus baring tidur. Kalau baring tidur, nanti gula tak digunakan dan bacaan kedua nanti akan jadi tinggi (ni dengar daripada pengalaman orang la). So gagahkan diri menyapu serba sedikit di rumah. Kemudian berbaring sambil menggerakkan kaki dan tangan dengan harapan dapat membakar kalori.huhu..

Dua jam kemudian, kembali semula ke klinik untuk ambik bacaan darah lagi. Cucuk jari lagi untuk kali kedua. Result kena <7.8. Alhamdulillah..result kedua pun baik, 6.9. Selamat la saya. Kalau tak kena BSP la pulak. Lagi leceh nak kena ulang alik 4 kali sehari semata-mata untuk check darah. Tapi nurse kata maybe masa minggu ke-28 atau ke-34 nanti kena ulang MGTT lagi. Adeh..inilah lecehnya klinik kerajaan. Banyak sangat prosedur. Tapi nak buat macam mana kan, dah takde panel swasta so pergi saja la klinik kerajaan. Jangan banyak songeh. Yang penting anak dalam perut ini membesar dengan sihat dan selamat. Amin.. :)

Thursday, November 24, 2011

Check up Lagi

Temujanji telah dibuat untuk next checkup pada 24.11.2011. Tapi disebabkan ada urusan lain, so saya pergi lebih awal sehari. Urusan seperti biasa, ambil nombor di kaunter dan buat urine dan blood test di makmal.

Result darah masih ok. HB turun sedikit tapi masih dalam julat selamat - 11.8. ok la tu. Cuma result bagi urine kurang cantik. Antara yang tak bagusnya GLU 1+, PRO trace, LEU 2+. Jumpa nurse, katanya ada kuman dalam urine. Kena banyakkan minum air katanya. Ikutkan memang saya minum banyak air cuma semasa nak ambil sampel urine di makmal, saya da tak boleh membuang. Puncanya masa di opis awal2 lagi saya da membuang, tak tahan.Hehehe..so bila di makmal, susahla nak membuang. Akhirnya dapat la beberapa titisan sampel. Saya rasa tu yang jadi punca urine saya pekat-kurang air.

Dan kerana ada trace GLU-glukos dalam urine, makanya hari Jumaat ni saya kena minum air gula. Ehmm..saya da minum sekali semasa minggu ke-8 kelmarin, memang menyeksakan. Aduhhh..janganlah gula naik esok. Dah la kebelakangan ni banyak betul benda manis yang saya makan. Berat pun bertambah 1.1kg dalam masa 2 minggu. Tapi nurse tersalah kira. Dia tolak berat terkini dengan berat saya masa minggu ke-10 dulu. So dia catat kenaikan 700gram je. Padahal masa minggu ke-12 saya ada timbang berat yang lain pulak. Ikutkan masa minggu ke-12 berat saya 48.5kg. Semalam timbang, berat saya naik ke 49.6 kg. Tak ke 1.1 kg tu? Tapi saya diamkan je tak bagitau nurse.Huhuhu..

Sepatutnya saya ada buat scan juga tapi sebab doktor yang berkenaan tak ada, so scan pun tangguh ke hari jumaat ni. Semoga anak di dalam perut ini sihat sempurna.

Thursday, November 17, 2011

Ahli baru

Memperkenalkan ahli baru dalam keluarga opis kami.

Pertama : Firuz Annur Binti Mohd Fazli Khaisunizam
Tarikh Lahir : 10.11.11





Kedua : Muhammad Akyd Hijjaz Bin Hafiz
Tarikh Lahir : 11.11.11


Seronok tengok baby-baby baru ni. Comel sangat! Tahniah kepada Mohd Fazli Khaisunizam atas kelahiran baby girlnya dan Ayu Indayu dengan kelahiran baby boynye. Tahun depan Insya-Allah 4 orang baby lagi akan menyusul. :)

Tuesday, November 15, 2011

Dulu dan Sekarang

Oleh kerana sindrom malas bekerja masih menebal,maka saya membuat post kedua untuk hari ini. Masih lagi cerita pasal fasa kehidupan saya yang telah berubah kini. Jika diamati, memang ketara bezanya saya sebelum dan selepas mengandung ni.

Dulu : Mengklasifikasikan diri sebagai seorang yang rajin. Rajin bekerja (pernah dapat APC bulanan tu), pantang melihat benda bersepah mesti nak kemas. Baju lepas angkat dari ampai mesti lipat, cawan lepas minum mesti basuh.
Sekarang : Malas nauzubillah. Mungkin sebab banyak sangat MC, so bila naik kerja pun malas. Tambahan pula, dengan badan yang lembik, memang jadi alasan la nak bermalasan. Dimanjakan pula oleh rakan sekerja, mereka banyak memberi pengecualian kerja kepada saya (terima kasih!). Di rumah pula, sifat pemalas lebih ketara. Baju dari ampaian dah berlonggok-longgok atas katil. Bila nak pakai, ambil saja dari longgokan itu. Senang!haha..Cawan pun biasanya mesti dibiarkan semalaman baru dibasuh. Nasib baik, tak dok sama ngan hubby so takde masalah la nak buat sepah kan. Even kalau en.hubby balik pun, dia akan join saya menyepahkan barang di sana sini.hahahaha..

Dulu : Suka gila makanan yang pedas. Even masak meggi pun, sengaja tambah cili padi bagi pedas extra!
Sekarang : Mintak dijauhkan la! Sejak peristiwa muntah berdarah dan sakit dada akibat makan asam pedas, saya serik nak makan yang pedas lagi. Even kalau saya termakan lada even sedikit pun, kesannya sangat memeritkan.

Dulu : Pakai perfume DKNY..wangiiii..
Sekarang : Pakai perfume cap minyak kapak..pening ar bau-bau ni..

Dulu : Pakai 2inch Crocodile wedges
Sekarang : Pakai flat Scholl sandals jeee..

Dulu : Pergi kerja mesti nak melawa. Dengan mekapnya, contact lens color-color, baju cantik-cantik
Sekarang : Dah kira ok da ada baju nak dipakai pergi kerja. Kekadang malas nak iron. hahaha..mekap jauh sekali. Ada la sesekali pakai bedak johnson baby je tepek kat muka konon bagi berseri sikit padahal hapah selekeh giler rasa..Nasib baik en.hubby suka saya tak mekap2. Contact lens da x lalu, pakai spek besar je memanjang.hahaha..

Dulu : Baju yang sama pakai kat rumah tak boleh dipakai keluar rumah. Kalau nak keluar, ada baju khas untuk keluar. Tudung pun kena match ngan baju even nak pakai dalam rumah je.
Sekarang : Lantak la baju apa pun asalkan pakai baju. Pernah semasa tinggal di rumah mak mertua selama 11 hari (mc masa tu), tudung yang sama saya pakai dari mula sampai hinggalah balik. Tudung tu la pakai dalam rumah, keluar pi shopping pun pakai tudung tu, masuk hospital pun tudung tu, balik kampung mak masa raya aji pun pakai tudung tu! Tak tau la tudung tu da berbau ke tak, tapi en.hubby tak komplen pape pun so rasanya ok la kot.hahaha..

Dulu : Tak minum ais..konon jaga kesihatan
Sekarang : Tak dapat minum ais sehari rasa macam tak lengkap. Walau tau ais tak elok time pregnant ni, tapi itulah yang jadi idaman.

Ehm..rasanya setakat tu je perubahan yang saya ingat. Ada lagi rasanya tapi tak berapa ingat. Ok, mau pergi lunch!

Trimester kedua

Alhamdulillah..baby sangat kuat dan gagah mengharungi detik-detik trimester pertama yang penuh mencabar. Gembira sangat menjengah alam trimester kedua ini dengan harapan morning sickness akan terbang sejauh mungkin. Kebelakangan ni rasa lebih kuat dan sedikit cergas walaupun loya-loya masih ada dan perangai malas itu masih menebal. Sudah boleh join kembali rakan-rakan bersarapan di kantin. Sebelum ni, lalu kantin pun tak boleh. Asalkan terbau makanan saja boleh menjadi punca muntah.

Cuma angin dalam badan masih belum berkurangan dengan jayanya. Akibat memakan gulai tempoyak ikan patin hari Ahad kelmarin, sehingga hari ini kesannya masih ada. Angin satu badan. Puas menahan loya, enggan muntah lagi tetapi akhirnya semalam tewas jua. Muntah sikit saja tapi punyalah sakit dada dan tekak sampaikan tak boleh makan apa-apa. Tidur lah saya dengan perut kosong beralaskan milo kosong saja. Hari ini pun masih terasa kesan angin itu. En.hubby takde, kalau dia ada, dialah teman setia untuk mengurut belakang badan ini tanpa jemu. Oh..en.hubby, saya sangat rindu kamu!

Sedikit perkongsian ilmu mengenai perkembangan si kecil yang baru berusia 13 minggu ini. (sumber : Babycenter Malaysia)

Sekarang panjang fetus hampir 3 inci / 7 hingga 8 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan beratnya hampir satu auns / 23 gram - agak separuh pisang. Sidik (garis-garis) jarinya yang unik telah terbentuk. Dan jika anda menusuk perut anda dengan perlahan dan dia merasakannya, bayi anda akan menunjukkan refleks mengakar - iaitu bertindak seperti mencari-cari puting.

Jika kandungan anda perempuan, dia sekarang mempunyai lebih kurang 2 juta telur dalam ovarinya; dia hanya mempunyai satu juta pada masa ia dilahirkan. Jumlah telur akan berkurangan semakin dia membesar, dan menjelang umur 17 tahun, jumlah ini akan turun kepada 200,000.

Bagi anda pula, seandai kata, kabus beransur reda. Untuk kebanyakan wanita, kesan sampingan kehamilan awal - kerap kencing, terik keletihan, mual - beransur reda di trimester kedua. Uterus anda pula, yang sudah cukup besar untuk menyiarkan kepada sesiapa yang melihat yang anda sememangnya hamil, tidaklah begitu besar sehingga mengganggu pergerakan anda. Walaupun masih banyak bulan lagi sebelum melahirkan, payudara anda sudah mula mengeluarkan kolostrum, iaitu cecair yang akan membekalkan makanan untuk bayi anda untuk beberapa hari pertama sebelum susu mengalir dengan baik.

Friday, November 11, 2011

11.11.11


Happy birthday to my dear niece, Nur Aina Syahirah!
Hari ini Aina genap setahun.
Jangan wat muka monyok je, senyum je tau.
Suka tengok Aina senyum dan ketawa.
Tapi suka jugak usik Aina, buat Aina mencebik nak menangis.
Moga jadi anak yang baik.

Thursday, November 10, 2011

Kisah Orang Minyak

Ini bukanlah cerita mengenai filem terbaru di panggung wayang. Tetapi cerita ini masih tidak dapat diklasifikasikan lagi sebagai kisah benar atau khabar angin semata-mata. Baru-baru ni kecoh kisah orang minyak di kawasan Bentong, Pahang. Tak tau sejauh mana kebenarannya. Dengar cerita ramai yang dah terkena. Dan yang paling menakutkan bila dapat tau orang minyak ni da sampai di Karak! Kat kawasan perumahan saya pula tu! Hoo..walaupun dengan confidence level yang tinggi saya berkata "Nasib baik aku bukan anak dara lagi..haha.." tetapi perasaan takut itu masih ada. Dengar cerita juga lagi, orang minyak ni pernah tersalah peluk lelaki India! Mungkin ilmu dia masih belum cukup tinggi lagi kot, tu yang boleh tersalah tu.

Pulaknya housemateku ada kelas malam mulai semalam. So bila malam menjelma, cepat-cepat saya tutup segala pintu dan tingkap. Biasanya saya suka buka pintu bagi angin sejuk masuk. Nak dijadikan cerita, malam tadi masa housemate saya pulang dari kelas (dalam pukul 10 malam), ada seekor kucing hitam mengekori nak masuk rumah. Beberapa kali housemateku cuba tutup pintu grill rumah tapi tak berjaya sebab kucing hitam tu pun nak masuk. Bimbang kucing hitam itu mungkin jelmaan orang minyak, housemate mengejutkan saya yang sedang mamai-mamai hampir tertidur. Saya pun terkejut dengan kemunculan kucing hitam tu. Terbayang macam mana kalau kucing tu dapat masuk rumah dan terus bertukar jadi orang minyak. Eihhh..nauzubillah. cepat-cepat kami halau kucing tu dan kunci pintu grill. Punyalah cuak dan takut sampai perut pun sakit (sian baby terkejut). Sudahnya tidur malam pun tak lena sampai termimpi-mimpi pasal kucing hitam dan orang minyak.

Dengar cerita yang terbaru pagi tadi, orang minyak itu sudah sampai ke Lengkong. Anak kepada kawan mak kepada kawan kepada kawan saya dah terkena (fuuhh..betul ke ni..). Bahaya woo kalau betul la cerita ni benar. Kawan kata siap masuk berita suratkhabar dan TV9. Tapi saya tak tau apa laporan yang dibawa cuma pihak polis menasihatkan jangan mendengar khabar angin. Cuma kita kenalah berhati-hati sebelum terkena kan.

Jadi, anak-anak dara di luar sana berhati-hati ye. Tutup pintu dan tingkap semua. Kalau boleh sebaik-baiknya pasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam bilik sepanjang masa.

p/s : Mungkin lepas ni KRU nak buat cerita orang minyak di Karak pulak ke?

Tuesday, November 8, 2011

Bunting Pelanduk

 sumber : google.com

Awas..entri panjang kali ini.


Masa mula-mula kahwin dulu, saya memang termasuk dalam kategori yang nak pregnant cepat-cepat. Setiap hari google 'tips mudah hamil', 'tips kehamilan' dan bla..bla..Terlalu banyak info membuatkan saya taksub. Salah satu info yang saya dapat adalah mengenai bunting pelanduk. Kebanyakan artikel yang saya baca menyatakan bunting pelanduk merujuk kepada orang yang mengandung tetapi datang period. Haa? Boleh ke period kalau da mengandung? Masa tu saya berangan-angan kalaulah saya bunting pelanduk. Makanya walaupun saya datang period, saya tetap buat UPT dengan harapan saya bunting pelanduk. Of course la -ve resultnya kan.

Masa mula-mula sah pregnant, memang saya tak datang period. Memandangkan saya ada buat carta BBT, maka mudah saya mengesannya di situ. Cuma masa minggu ke-6 saya ada keluar sedikit darah. Sikit saja. Istilahnya 'spotting'.Mungkin sebab saya terlalu penat kerana out-station, naik van pula tu terhentak-hentak. Cuak bila keluar darah yang sedikit itu. Jumpa doktor, saya diberi MC selama 2 minggu. Selama 2 minggu saya berehat Alhamdulillah spotting makin menghilang. Masuk minggu ke-8, spotting memang totally stop. Lega di situ.

Ingatkan setakat itu saja spotting itu. Masa minggu ke-10, saya ke Johor untuk menghadiri majlis konvokesyen hubby. Walaupun badan sangat letih tambahan pula saya alahan teruk, tetapi gagahkan juga diri untuk meraikan hari penuh bangga buat hubby. Masa berhenti rehat di Tol Ayer Hitam untuk sembahyang Subuh, saya rasa nak muntah sesangat. Cuba muntah tapi tak keluar juga. Paksa lagi..dan tetiba saya rasa macam ada cecair yang keluar dari bawah. Bila check tengok, rupanya darah. Banyak jugak. Dah tak dipanggil spotting lagi da. Ni da dikira bleeding. Dengan muka cuak dan nak menangis, bagitau hubby. Hubby pun tak tau nak buat macam mana sebab pukul 7.30 pagi dia da kena masuk dewan. Pasrah dan tak mau menyusahkan hubby, saya drive sendiri ke klinik. Terpaksa menunggu hingga ke pukul 9 untuk klinik swasta buka. Seksanya menunggu masa berlalu. Saya minta scan, Alhamdulillah baby ok. Bleeding berlaku maybe sebab saya terlalu penat. Tetapi saya tetap dinasihatkan ke hospital.

Akibat kesuntukan masa, proses nak ke hospital ditangguhkan keesokan hari. Masa ni bleeding da stop. Ikutkan petang semalam lagi da bersih. Tapi untuk pemeriksaan lanjut, pergi juga ke hospital. Mula-mula scan dengan scanner tak canggih di hospital itu, sarung baby dan baby ok. tapi doktor tak dapat cari heartbeat. Tapi saya tak risau sebab sangat yakin baby selamat. Kemudian doktor nak check 'bawah', nak cari punca bleeding tu. Maka merasalah saya dirodok dengan 'mulut itik' besi itu. Punyalah sakit rasa nak sepak je doktor tu. Doktor check ada kesan luka. Maybe kesan luka tu yang jadi penyebab bleeding. Lepas je 'mulut itik' tu dikeluarkan, sakitnya sampai tak boleh nak duduk rasanya. Nak baring pun serba tak kena. Doktor bagitau kena admit kat wad at least 24 jam, nak pantau keadaan. Dah agak da kena tahan punya.

 ni dia rupa speculum a.k.a 'mulut itik' versi besi yang digunakan. Tobat tak mau lagi.

Esok paginya, pihak hospital bawa saya ke Hospital Seremban untuk scan yang canggih punya. Merasalah naik ambulans. Pertama kali datang Hospital Seremban ni, uuuu besarnya hospital ni. Dah la berjalan dengan baju patient yang tak cun color hijau tu, semua orang dok pandang. So, saya dibawa scan guna scanner yang canggih kali ni. Sekali check je, terus nampak hearbeat baby. Even boleh dengar bunyinya dup dup dup dengan lajunya. Happy sangat rasa cam nak nangis. Tapi adegan 'mulut itik' tak berakhir semalam. Kat sini pun kena rodok juga. Tapi kali ni 'mulut itik' plastik, kecil sikit. Rasa sakit juga la tapi bila da dikeluarkan terus takde rasa pape. Boleh duduk dan berjalan macam biasa. Bagus betul nurse yang buat tu. Dia kata luka tu normal specially bagi orang yang baru kahwin katanya. Mula-mula saya kerut kening juga tak faham, lama kemudian baru faham.Hahaha..Saya takde jumpa doktor pun di sini. Nursenya sahaja da cukup pakar untuk handle perkara macam ni.

'mulut itik' versi plastik. kecik sikit. yang ni boleh terima lagi la.

So dengan keputusan itu, maka saya dibenarkan pulang hari itu. Dengan muka kesian, saya minta MC seminggu kat doktor. Doktor pun dengan senang hati bagi je. Lagipun memang saya digalakkan banyak berehat. Langsung tak boleh buat kerja menyebabkan sindrom malas makin menebal dalam diri. Ditambah pula dengan mabuk yang teruk, maka kerja saya makan tidur makan tidur saja lah.

Berbalik kepada tajuk 'Bunting Pelanduk' tu, disebabkan peristiwa bleeding itu, semua orang kata saya bunting pelanduk. Woo..bila da dapat title bunting pelanduk itu, sikit pun saya tak suka. Risau lagi ada. Kalau boleh, setiap hari nak scan baby nak check dia ok ke tak. Bleeding mana boleh buat main-main. Lagipun dalam sains, mana ada istilah period masa mengandung. Kalau ada keluar darah juga, mesti ada something wrong somewhere. Ada yang kata darah yang keluar tu darah lama. Mungkin juga sebab yang keluar ni samada color coklat atau color hitam. Ya Allah..memang saya doa banyak-banyak semoga baby ni sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Tak kisahlah nak bunting pelanduk ke rimau ke, yang penting sihat.

p/s : Last scan minggu lepas, nampak baby berenang-renang dengan aktifnya. Kawan-kawan semua doakan la moga baby sentiasa sihat. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...