Tuesday, December 27, 2011

Perut mula gatal-gatal

Dah hampir nak menjengah usia 5 bulan ni, perut makin membesar dengan jayanya. Sesekali terasa gatal sana, gatal sini. Tangan pun jadik gatal nak menggaru tapi garu sikit-sikit je sebab takut sungguh kalau ada parut kat perut. Tengok perut adik da macam harimau, berbelang-belang ngan parut.

So sebelum perut ini makin meregang dan menggatal dan muncul stretch marks (yang memang da mula muncul pun..hukhukk..), maka saya beli lah losyen anti stretch marks ni. Puas jugak merayau mencarinya akhirnya dapat beli di farmasi. Dapat harga diskaun pulak tu (En.Hubby yang tawar-menawar dengan pharmacist tu-saya tak reti ). So daripada harga Rm 30.90, dapat la harga RM28. Suka..suka..tak tau pulak kat farmasi boleh tawar menawar harga ek.

Jenama yang saya beli adalah Pureen. Ada terbaca iklan losyen ni dalam majalah Pa&Ma, tu yang dok mencari tu. Lagi best sebab dapat percuma Maternity Toothpaste. Dah guna da. Sedap gak rasanya, macam rasa ubat gigi kayu sugi (macam makanan la pulak ada sedap). Dan losyen itu pun mestilah sudah dirasmikan malam tadi. Ehmm..sedap baunya. Dah lama tak menyapu losyen sebelum tidur. Rasa wangi je bila nak tidur dan bangun tidur. Hihi..lepas ni tak perlulah risau stretch marks lagi.

*rupa paras losyen tersebut

*ni pulak ubat gigi tu..

Ketam Oh Ketam

Balik kampung mak hari minggu yang lalu, teringin la pulak nak makan kari ketam. Tapi puas la dok mencari ketam sana-sini, tak ada. Maybe bukan musim ketam, so tak ada lah. Frust sikit. Tapi En.Hubby kata on the way balik nanti try cari kat Temerloh, kalau-kalau ada. Alhamdulillah memang rezeki, berjumpalah dengan si ketam kat kedai Tunas Manja Temerloh. Beli lah 4 ekor je. Cukuplah untuk buat merasa kan. So inilah hasilnya kari ketam hasil air tangan En.Hubby (bahannya semua saya sediakan, tinggal dia masak je..senang keja..hehe)

*ini gambar ketam yang masih bergelumang dalam periuk..huhu..

Tuesday, December 20, 2011

Baby Yang Manja Dengan Ayah!


Dah lama tak update blog sebab kekangan kerja yang menimbun. Hari ni nak share cerita sikit.

Sebelum ni kan saya ada beli Fetal Doppler. Tapi lama saya tak gunakan sebab tak reti cari hearbeat baby. Yang saya dengar cumalah bunyi wauuu..wauuu..yang perlahan. Rasanya bukan hearbeat sebab baby hearbeat bunyinya laju. Kalau perlahan mesti something wrong somewhere. Saya tanya pada penjual fetal doppler tu, bunyi wauuu wauuu tu adalah bunyi salur darah. Haiyyaa..dapat dengar salur darah je ke.

So, kelmarin masa En.Hubby ada di rumah, saya pun try la menenyeh2 perut ni nak cari hearbeat. Masih tak jumpa. Yang kedengaran hanyalah bunyi waaaauuu...wauuuu itu. So saya pass earphone pada En.Hubby untuk dia dengar bunyi wauuu..wauuuu itu. Bila pass kat dia, dia diam menghayati. Pastu dia kata "Eh, abang dengar la bunyi hearbeat baby.." Abang ni biar betul. Abang tau ke bunyi baby hearbeat camne. So En.Hubby pass semula earphone pada saya. Bila saya dengar, Subhanallah..betullah saya dapat dengar bunyi dug dug dug yang sangat laju. Akhirnya dapat dengar! Lepas tu apa lagi, berebut la masing-masing nak dengar. Huhu..

Semalam pun sama. Masa bergolek2 tengok TV, saya menenyeh2 fetal doppler tu nak mendengar baby hearbeat. Ehmm.. tak jumpa lagi. Baby main sorok-sorok ni. Ye la kita mana la tau jantung dia kat belah mana kan. Tiba-tiba En.Hubby call (dia da balik KL paginya tu). So stop menenyeh perut, bergayut kat handphone. Lepas je bergayut, sambung tenyeh perut. Terus dengar baby hearbeat! Dengan sangat jelas bunyinya dug dug dug..Haiii..nampaknya fetal doppler ni boleh guna bila ayahnye ada la. Dalam perut lagi da manja, nak dengan ayah je ye. Apapun gembira sangat sebab itu tandanya baby dalam keadaan sihat dan selamat. (^_^)

Thursday, December 15, 2011

Baby ini sangat comel!

First time beli majalah MamiBaby ni. Sebabnya tertarik dengan covernya. Comel sangat baby ni. Namanya Puteri Nurkamilia Nuwairah Al-Atrash. Baby ni jadi cover sebab dia merupakan pemenang Johnson Baby Of The Year 2011. Bertuah ibu bapa dapat baby secomel ni. Menang pulak hadiah RM15,000. Baby ni pun jenis yang ceria dan tak banyak ragam. Memang patut la menang kan. Saya da berangan-angan, nanti baby saya pun nak hantar masuk pertandingan ni jugak.hahaha..

Sekarang ni majalah ni sentiasa saya letak kat tepi bantal. Sebelum tidur mesti tengok muka baby yang comel ini. Boleh jadi inspirasi kan. :)

Wednesday, December 14, 2011

Cepat betul membesar

Post malas hari ini sebab mode kerja masih pada tahap tinggi. Just nak update, bila da masuk 4 bulan ni cepat betul rasanya perut ni membesar. Rasanya baru minggu lepas orang dok kata "Eh, kecik la perut kau, tak nampak lagi." Tetapi minggu ini perut membesar dengan pesatnya. Mungkin baby tercabar dengan kata-kata orang yang dok mengata dia kecik maka dia pun membesarkan dirinya. Hehehe..Makanya sekarang ni hampir setiap hari akan ada orang yang mengusap perut saya dan berkata "Hai baby, da besar la awak ye.." :)

Monday, December 12, 2011

Idamanku Tercapai!

Haii..semua. Tengok gambar pun da tau apa dia kan. Akhirnya tercapai jugak hajat nak makan Tutti Fruti ni. Ikutkan TF ni sebagai rasuah dari En.Hubby sebab saya terpaksa batalkan rancangan family day opis sebab dia ada kursus sabtu lepas. So hari Ahad baru pergi mencari TF ni. Kami pergi cawangan TTDI punya. Dekat dengan rumah. Masa kami sampai tu pun takde orang dalam kedai, so kami pun dengan excitednya mencedok sana, mencedok sini. Seb baik da google siap2 cara-cara nak beli TF ni so takdelah nampak kekok terkial-kial nak buat apa kan.

Kami ambil 1 cup je, share sebab first time trial kan. Perasa yang saya pilih adalah Red Velvet dan Tutti Fruti. Red Velvet sedap..yang TF tu rasa masam. Kureng sikit di situ. Topping memang macam-macam la tak tersebut. Takut-takut juga nak isi lebih-lebih, karang kena bayar lebih pulak. Bila timbang, tengok, alaaa..baru berapa belas hinggit. Ingatkan da puluh-puluh tadi. Rugi tak ambil lebih lagi sebab masa ni la nak pow En.Hubby kan. Hehehe..

So kesimpulannya, TF memang sedap. Rasa nak lagi tapi tak boleh selalu la, poket boleh rabak nanti. Kawan suggest untuk try JcooL pulak. Katanya sedap jugak. Dah bagitau En.Hubby, dia kata next time.Yeaahh..sayang kamu En.Hubby!

Saturday, December 10, 2011

Sale sana sini!


Biasalah bila da hujung tahun comfirm berlambak sale sana sini. Dulu-dulu bila tiba year end sales ni benda yang selalu dok terlintas nak beli adalah perfume dan baju-baju yang kaw-kaw punya diskaun.

Tapi sekarang bila da berisi perut ni, benda yang sentiasa dok terfikir adalah barang-barang baby. Sekarang ni pun setiap bulan da mula save duit sebagai persediaan untuk beli barang-barang baby nanti.

Tapi bila tengok promosi diskaun yang ada sekarang, rasa tergugat pulak keimanan ini. Ditambah pulak dengan pelbagai post di blog tentang keghairahan membeli barangan baby ni. Hehehe..perlu ke beli barang baby sekarang? Rasa macam terlalu awal pulak baru 4 bulan kan. Ehm..tapi..tapi..

Thursday, December 8, 2011

Pagi ni Gusi Bengkak!

Bangun tidur pagi ni rasa semacam pulak dalam mulut ni. Rasa macam ada bonggol-bonggol pulak kat atas gigi ni. Bila seringai depan cermin, laaa..gusi bengkak rupanya. Nampak merah. Kemudian ada rasa cam sakit sikit kat pangkal lidah. Macam ulser. Mungkin sebab 2 hari ni saya terlupa makan vitamin makanya efek mula timbul. Lepas mandi dan solat subuh, cepat-cepat makan vitamin, takut lupa lagi,huhu..

Sempat google mengenai gusi bengkak ketika hamil ni. Ia adalah gejala yang normal. Menurut Dr Halina Haron (Berita Harian Online), ketika hamil gusi mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan.

“Gusi bengkak atau gingivitis jika tidak dibiar melarat boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir,” katanya.

Kerana itu, Dr Halina mengingatkan ibu hamil supaya berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang tidak keselesaan terhadap gigi dan gusi sepanjang tempoh kehamilan bagi mendapatkan rundingan rawatan sewajarnya.

Kata Dr Halina, selain pregnancy gingivitis, ibu hamil juga cenderung mengalami pregnancy epulites, yang menyebabkan tumbuh benjolan kecil pada gusi antara celahan gigi.

“Tapi tidak perlu bimbang kerana ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon, malah akan kecut selepas bersalin,” katanya. 

Owh..saya rasa pagi tadi mungkin tanda-tanda pregnancy epulites itu. Tapi baru kejap tadi saya tengok cermin, gusi yang bengkak membonjol tadi sudah kecut. Pulih seperti biasa. Ok la tu. Lega..

Wednesday, December 7, 2011

Fetal Doppler


Siapa ada benda alah bernama Fetal Doppler ni? Bagi yang masih belum tau ni apa benda, ini adalah alat yang digunakan untuk mendengar degupan jantung baby dalam perut tu. Even degupan jantung korang pun of course la boleh dengar kan.

Saya beli Fetal Doppler ni dah 2 minggu lepas. Excited..dapat je gaji terus beli. Ye la, benda ni bukan semurah RM10. Semangat nak membelinya untuk memantau perkembangan si kecik dalam perut ni. Kali terakhir dapat dengar degupan jantung dia masa scan 10 minggu kat hospital. Dug dug dug dug laju bunyinya macam mesingun.Huhu..Jadi ingin nak mendengarnya lagi. Kalau boleh hari-hari. Yang saya beli ni ada skrin paparkan berapa kadar degupan jantung dia.

Masalahnya sekarang ni saya macam tak berapa reti guna benda ni. Puas tonyoh-tonyoh kat perut ni susah nak cari. Ada la jugak dapat dengar bunyi tapi bunyinya lain macam pulak. Whoopp..whooppp..gitu. Eh..ni bunyi baby ke bunyi angin dalam perut. Dah macam bunyi kipas pulak. Tapi bila alih ke tempat lain,tak dengar pulak bunyi pape. Kat part tu je la yang ada bunyi. Betul ke bunyi baby ni..

So, kesimpulannya sekarang nak tunggu baby besar sikit dalam 5 bulan kot baru nak try carik lagi heartbeat dia. Nak mintak nurse ajar camne nak guna. Huhuhu..

Tuesday, December 6, 2011

Genap 4 Bulan


Diam tak diam. Hari ni genap 4 bulan si kecil ada dalam perut ni (bersamaan hampir 6 bulan tempoh perkahwinan). Tu kalau ikut perkiraan ticker lilypie kat sebelah tu la. Huhu..Kalau ikut klinik hari ni da dikira 16weeks + 2 days. Takde kaitan dengan gambar di atas.

Memasuki fasa 4 bulan memang cukup memberangsangkan. Badan rasa lebih kuat dan cergas. Tak seperti awal-awal dulu, lembik je macam kain buruk. Even nenek di kampung pun memberi gelaran "Tikar Buruk" kepada saya yang merujuk kepada orang mengandung yang lembik je tak bertenaga. Jadinya bila da bertenaga ni, tekak dan perut pun semakin stabil. Perasaan loya dan nak muntah tu semakin menghilang. Macam tak percaya semalam saya mampu mengharungi waktu tengahari hingga petang dengan hanya berbekalkan 2 keping kuih dan biskut saja tanpa rasa loya, pening dan angin merasuk dalam badan.

Bila alahan itu semakin menghilang, muncul pula gejala baru. Sudah mula rasa sengal2 di bahagian pinggul dan punggung. Orang kata sebab baby makin nak membesar la tu so pelvik pun makin membesar la jugak. Cuma peliknya, masa awal-awal 3 bulan dulu semua orang dok tegur kata "Ehhh..da nampak perut la." Tapi sekarang da menjengah 4 bulan, orang dok kata "Ehhh..kecik lagi perut kau ye. Tak berapa nampak lagi." Pulak dah. Tapi memang tak dinafikan awal2 dulu perut saya nampak lebih besar kerana kembung berisi angin membuatkan ia nampak 2 kali ganda lebih besar daripada biasa. Sekarang ni angin-angin tu semua da hilang, so perut kembali kempis meninggalkan baby bump saja.

Makanya misi saya sekarang adalah untuk menambahkan berat badan. Kalau ikut timbang kat rumah, asyik la dok kat 48kg-49kg. Tak naik-naik lagi. Hopefully lepas ni selera makan kembali dan bolehlah naikkan berat badan.

Oh ye, baru 4 bulan ni ada yang da rasa baby kick ke? Adakalanya bila saya baring diam-diam waktu tengok TV atau nak tido, tetiba perut bergelodak. Kemudian berhenti. Then dug dug dug beberapa kali then senyap. Saya tak tau kalau itu adalah pergerakan baby atau angin kus-kus yang bergelumang dalam perut. Ikut pembacaan, biasanya for 1st pregnancy, masa minggu-18 baru boleh rasa. Entahlah..nanti kalau betul-betul da rasa nanti saya update ye. :)

Monday, December 5, 2011

Alahai Propa!

Pagi ni sebenarnya tak terfikir pun nak buat sebarang post. Tapi kejadian yang berlaku pagi ni walaupun mata saya tak nampak, tapi telinga ni memang jelas mendengarnya. Saya tahu alkisah ada seorang hamba Allah ni memang tak ngam dengan saya dalam urusan kerja. Ke'tidakngam' itu membuat hubungan sosial kami pun agak dingin. Memang rasa propa sangat. Tapi saya malas nak ambil kisah sangat tentang hal itu sebab yang penting saya buat kerja saya. Saya pun tak pasti sebenarnya apa yang membuatkan dia rasa tak puas hati dengan saya (bukan saya sahaja, tapi majoriti orang di opis ni juga..)

Alkisahnya pagi ini, saya tengah dok di meja menghadap komputer sambil baru nak buat kerja, terdengar suara hamba Allah tersebut di depan bilik saya, bercakap di handphone. Daripada perbualan handphone tu, saya tau dia nak mendapatkan software daripada unit saya tapi bos saya tak ada. So lebih kurang macam ni lah dialognya :

R : Eh, si M takdelah kat bilik. Tau tak siapa ada software tu lagi?
A : Rasanya Nadt mesti ada software tu. (ni dialog yang saya agak je..)
R : Orang lain tak de ke?
A : Entahlah. Tapi rasanya Nadt ada.
R : Ehm..camtu A call lah Nadt, tanya dia ada ke tak software tu.

Saya tersenyum seorang. Padahal dia dah ada di depan bilik saya, kenapa dia tak nak masuk terus tanya saya, kan senang? Seperti dijangka, beberapa saat kemudian handphone saya berbunyi. Saya tersenyum lagi. Seperti dijangka, memang si A yang call.

A : Nadt, nak tanya la, ada tak software bla..bla..?
Saya : Ada. Nak ke?
A : Ha'ah nak. Nanti saya minta R ambik kat Nadt ye.
Saya : Ok je.

Perbualan tamat di situ. Kemudian saya terdengar bunyi handphone di luar bilik. Mesti lah A maklumkan pada R yang saya ada software tu. Beberapa minit kemudian, R masuk berjumpa saya meminta software. Saya terus bagi dengan senyuman manis. Dan dia terus berlalu tanpa ucapan terima kasih. Alahai propa!

Sunday, December 4, 2011

Hujan oh hujan


Sekarang ni tengah hujan. Ehmm..Suka sangat bau hujan. Rasa segar sangat. Angin pun terasa sejuk. Macam air-cond. Lama dok bersandar depan pintu menikmati kesegaran hujan. Rasa nak ambik je bantal dan baring depan pintu ni. Tapi tak elok la pulak baring depan pintu, dah nak Maghrib pula tu.

Sambil menikmati hujan, dok perhati pokok-pokok bunga di garaj. Rasa hijau je mata memandang. Tu bagusnya tanam pokok bunga ni, menambahkan kesegaran persekitaran rumah. Serius pagi-pagi lagi saya akan buka pintu dan hirup udara segar yang bercampur dengan bau pokok-pokok. Dah jadi habit. Rasa segar sampai ke otak. Terima kasih Allah kerana masih memberi ruang dan peluang kepada hamba-Mu untuk terus menghirup udara di alam ini. :)

Ada Ke Orang Mengidam Nak Tengok Wayang?


Banyak cerita-cerita cambest kat wayang sekarang. Paling ingin nak tengok tentulah Twilight : Breaking Down. Ye lah, selama ni tak miss tengok siri Twilight sebelum ni.

Tapi En.Hubby tak bagi la pulak tengok wayang. Tak elok untuk baby katanya. Ehmm..kena tengok versi download je la ni nampaknya.

Friday, December 2, 2011

Baklava - Istanbul mari!

Pagi tadi opismate bawak Baklava! Original beli kat Istanbul ni. First time makan. Perghhh..memang sedap. Rezeki anak la dapat makanan Istanbul pagi ni. Rasanya manis, dalamnya ada kacang. Bagus makan ni masa mengandung, kacang kan bagus untuk otak kan. Sedap..sedap..opismate kata kat Bangsar Village pun ada jual gak Baklava ni. Tapi mahal sikit la. Harga mesti la dah kena mark up kan. Kalau tunjuk kat En.Hubby sure dia teruja ni. Hihihi..

Yang opismate bawak yang jenama Koska ni la. Sebijik la!

Rupa dia macam ni la. Tapi ni bukan yang kitorang makan pagi tadi. Ni search kat google je. Tak sempat nak ambik gambar, khusyuk sangat makan. Yang color hijau tu kacang pistachio katanya.

Pengaruh Iklan Dumil Mama


Iklan memang memainkan peranan yang cukup kuat dalam mempengaruhi perbelanjaan kita. Salah satu iklan adalah Dumil Mama. Saya salah seorang yang terjebak dengannya.

Kebetulan masa pergi kedai depan rumah ni, ada stok Dumil Mama baru sampai. Macam nak cuba. Saya beli pek yang paling kecil-200gram. Harganya RM9.90. Masa membeli tu terserempak pula dengan opismate lelaki. Dia tersengih dan berkata "Hai Nadt, beli Dumil Mama nampak.." Saya sengih je. Saja nak cuba, jawab saya.

Sebelum ni saya dah beli Anmum perasa coklat. sempat minum 2,3 kali saja sebelum mabuk-mabuk dulu. Bila da start mabuk, saya da tak lalu nak minumnya. Baunya pun meloyakan tekak. So malam tu saya cuba bancuh secawan Dumil Mama. Baunya ok la, bau susu cam biasa. Bila rasa, ehmm..ok la boleh masuk tekak. Ada rasa vanilla. Sedap jugak la.

So rasanya selepas ni saya akan terus stick on Dumil Mama la. Itu yang serasi setakat ni.

Versi Mengidam 2


Haa..ni cerita mengidam kedua pulak. Memang dah lama rasa nak makan char kuewtiau. Tapi nak makan kat kedai Gulam Mee Kota Damansara je la kononnya sebab kat situ je rasanya char kuewtiau paling sedap di dunia.

Tapi pulaknya kelmarin housemate ada beli char kuewtiau. saya pun cubalah merasa. Eh, sedaplah pulak. Biasanya merasa ni sesudu dua je. Saya plak merasa sampai 5,6 sudu, tak puas plak. Tu la, masa housemate tanya nak kirim beli makanan ke tak, jual mahal. Sekali sedaplah pulak. Telan air liur je tengok housemate habiskan char kuewtiau dia.

Makanya dengan semangatnya, keesokan hari lepas opis hour, terus memecut ke kedai char kuewtiau tu. Selama ni tak tau pun ada jual char kuewtiau kat situ. Walaupun jauh, sanggup kuharungi. Bila da dapat beli, terus pecut balik, tak sabar nak makan (terbayang lagi nak perah limau..perghh!!). Samapi terlupa nak isi minyak kereta sedangkan itu tujuan kedua drive jauh-jauh. Takpelah, abaikan minyak kereta tu.

Sampai rumah takdelah terus makan, solat dulu. Solat pun macam laju je sebab da tak sabar nak makan.Huhu..jangan contohi perangai buruk ni tau. Kemudian selongkar peti ais cari limau. Dapat je limau, rasa nak terus melompat ke depan (makan kat ruang tamu). Perah limau dan nyummmmmm...nikmat dunia...Cuma yang musykilnya, dok gali-gali char kuewtiau tu tak jumpa sekor kerang pun. Frust sikit di situ sebab saya suka makan kerang. Yang kawan beli semalam ada kerang. Kerang habis agaknya hari ni. Takpelah..yang penting dapat makan. Penuh perut melantak sorang-sorang. Fuuhhhh...

Bila housemate balik, ceritalah kat dia, char kuewtiau hari ni takde kerang la. kerang habis kot. Then housemate pun berkata "Laa..semalam aku order char kuewtiau kerang. Sebab tu ada kerang. Kalau order char kuewtiau biasa, memang takde kerang." Laaa..salah order rupanya. takpelah. Petang ni beli lagi. Hehehehe..

Versi Mengidam 1

Dengan bangganya saya da jumpa kabel hp saya! Tersembunyi rupanya di sebalik timbunan buku atas meja ni. Ok, back to topic mengidam ni. Saya tak tau la saya ni kategori mengidam ke.

Suatu petang tu, saya blogwalking la kat satu blog ni, ternampak pulak gambar maggi. Terus rasa cam terliurnya. Terbayang-bayang sedapnya maggi tu bila diperah dengan limau. Perghh..Makanya balik saja daripada opis, terus beli sayur-sayur untuk bahan tambahan maggi tu la. Tak sabar nak masak dan makan ni.

Bahan da tersedia. Tinggal nak tumis je ni. Saya membuka kabinet dapur nak ambik maggi. Tengok-tengok..aaaaaa..apasal tinggal plastik maggi je ni. Mana magginya?? Cepat-cepat tengok jam, oh belum pukul 7 lagi, kedai tak tutup lagi. Dengan sadisnya pakai semula baju kerja tadi (yang dah dicampak ke dalam bakul kain kotor..tak senonoh!), dan terus start enjin kereta memecut laju. Kedai kat depan rumah je tapi sebab nak tambah tragis masa tu dah mula hujan siap berguruh lagi, tak berani jalan kaki. Maka dapatlah membeli maggi diidamkan.

Dan hasilnya tadaaaaa!!! Inilah dia..maggi berkhasiat yang kaya dengan sayur-sayuran dan diperah limau, rasa masam-masam gitu.



Pergh...rasa nak makan lagi. Bakal-bakal ibu jangan makan maggi selalu ye. Sesekali takpela nak lepas gian.Hehehe...

Thursday, December 1, 2011

Hikmah Yang Sentiasa Ada


Masih lagi post tanpa gambar dari hp. Hanya gambar daripada encik google. Macam ketagihan pula nak berkongsi cerita. Maka saya memikirkan untuk berkongsi apa yang saya rasa sepanjang tempoh kehamilan ini.

Jika difikirkan kembali memang banyak cabarannya. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ni, saya ada mengalami bleeding semasa trimester pertama. Pengalaman yang cukup menakutkan saya. Membuatkan saya paranoid "Baby ok ke tak ni? Macam mana keadaan baby sekarang ni?" Secara tidak langsung ia semakin mendekatkan saya pada-Nya. Hanya Dia saja tempat saya memohon perlindungan agar anak ini sihat dan selamat sentiasa.

Selain daripada bleeding, saya mabuk teruk jugak.Kalau silap makan, memang buruk padahnya. Semuanya dimuntahkan kembali sampai badan pun jadi lembik. Jika dihitung jumlah MC saya sepanjang awal kehamilan ini, saya rasa ia berjumlah lebih 30 hari. Bertuah saya berada dalam persekitaran kerja yang prihatin, saya banyak diberi pengecualian kerja. Tiada siapa pun yang menegur kalau muka saya pucat dan badan lembik tak bertenaga. Malah ada yang mengesyorkan 'port tido' yang sesuai di opis. Ada juga yang mencadangkan datang thumbprint pastu balik rumah tido.Hahaha..See? Kemabukan itu memberi rehat sebenarnya kepada saya.

Dugaan ibu hamil yang paling kuat adalah bila berjauhan dengan suami tercinta. Bila keseorang nak tido atau ketika pening kepala atau selepas muntah sampai badan lembik, mulalah rasa nak bergenang air mata sebab hubby takde di saat kita memerlukan dia. Sebab tu, bila hubby ada, saya akan bermanja sehabis boleh. Masa ni mintak la apa saja memang hubby akan buat. Paling terharu, masa saya muntah teruk kelmarin (kebetulan hubby ada), dia mengurut belakang badan saya tak berhenti. Kalau tak silap dari pukul 8 lebih sehingga pukul 11 malam. Kalau berhenti pun, sebab saya suruh berhenti, kesian dia penat. Tapi kemudian dia sambung semula. Pukul 11 malam tu pun saya suruh hubby stop sebab esok pagi-pagi dia nak kena balik KL semula, kerja. Kesian tengok dia tidur tak lena. Lampu tak tutup sebab saya masih sakit dada tak boleh tidur. Sesekali saya menegakkan badan, dia akan terjaga, bertanya saya ok ke tak. Bila saya bangun nak pergi toilet, dia terjaga lagi. Begitulah asyik tidurnya terganggu oleh saya sampai ke pagi. Rasa terharu sangat (touching la pulak!). See? PJJ dan kemabukan itu makin menguatkan kasih sayang.

Oh ye..kerana mabuk juga, saya tak boleh memasak. Hingga kini masih tidak boleh bau menumis dan menggoreng walaupun tidak seteruk dulu. Di sinilah hikmahnya bila saya PJJ dengan hubby. Maka saya tak perlulah risau nak masak apa untuk dia. Sekarang ni saya cuma perlu fikir makanan untuk saya dan baby saja. Kesian hubby, nasib baik kakak dia ada masak setiap hari. Terima kasih kak!

Orang mengandung memang la tak boleh buat kerja berat-berat kan. Masak pun saya tak boleh. So setiap kali balik kampung, memang kerja saya adalah rehat saja. Kalau balik rumah mak saya, lepas subuh tidur semula, bangun semula pukul 9 lebih dengan sarapan da terhidang. Memang jadik puteri raja. Lepas makan, tengok TV. Bosan-bosan, tidur lagi. Kemudian bangun makan. Tengok TV. Ohhh..rehat saja lah.

Dan yang paling best, dalam segala cabaran yang diharungi dengan perut yang semakin membesar ini, Allah menjanjikan ganjaran ini :

1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat di malam hari. 

Maka saya tidak berhenti-henti berdoa kepada Allah, terima kasih atas nikmat yang tidak terhingga ini. Saya memohon agar lindungilah anak ini daripada segala kemudaratan, bahaya, penyakit dan perkara-perkara yang tidak baik. Peliharalah dia semoga dia membesar dengan sihat dan sempurna dan lahir dengan sempurna segala sifatnya, patuh kepada ajaran agama, taat kepada ibu bapa, baik budi pekertinya dan elok rupa parasnya. Amin.

Post Tiada Makna


Sekadar nak maklumkan, kabel hp saya M.I.A. Makanya tak dapat nak buat sebarang post sebab semua cerita yang saya nak share memerlukan gambar-gambar di dalam hp ni. Aaa..tensionnya tak dapat nak share. :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...