Saturday, January 7, 2012

5 Months ++

Seronoknya bila dah masuk 5 bulan ni. Ini bermakna sudah separuh perjalanan saya tempuhi. Semoga segalanya sentiasa dipermudahkan sehingga tiba masanya untuk menatap si comel pada bulan 5 nanti~Insya-Allah.

Semakin hari juga bermakna semakin banyak pengalaman baru yang ditempuh. Bermula daripada mabuk teruk, sekarang da lega. Kemudian sakit pinggang sampai nak berjalan pun rasa nak patah, sekarang da menjadi sebahagian kebiasaan. Sekarang ni pula perut semakin meregang untuk memberi ruang kepada si comel di dalam. Adakalanya rasa macam nak meletup terutama lepas makan. Fuuhh..macam ditarik-tarik perut ni. Yang seronoknya ini bermakna si comel makin membesar. Malah pergerakannya makin kuat dirasa! Sebelum ni masih was-was betul ke itu si comel yang sedang bergerak. Tetapi kini memang comfirm si comel itu yang sedang bergodek-godek di dalam perut. Adakalanya sengaja baring terlentang meregangkan perut untuk merasa tolakan si comel. Hihihi..seronok.

Pengalaman berharga sebegini membuatkan saya bangga menjadi perempuan sebagai ciptaan Allah yang hebat. Bayangkan dalam keadaan bersusah-payah dan adakalanya sakit, tetapi kita sebagai perempuan masih mampu senyum dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Demam macam mana pun, kita masih bertahan tak mahu makan ubat demi menjaga perkembangan si comel. Masih mampu meneleku di depan PC menyiapkan kerja sebelum dateline, masih mampu berkejar ke sana-sini menguruskan rumah, masih mampu berjalan-jalan shopping! Kena pulak makan vitamin-vitamin yang besar bagak. Yang penting senyum perlu sentiasa diukir.

Maka bakal-bakal ibu sekalian jangan sesekali mengeluh. Jadikan segala yang berlaku sebagai suatu pengalaman yang sangat berharga. Inilah anugerah Allah kepada perempuan yang tidak ternilai hikmah dan pahalanya. Semoga kita semua dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah. ~Insya-Allah..

2 comments:

  1. i pon awal2 dl igtkan baby movement tu angin lam perut. lame2 baru i notice tu senanye pergerakan die. hehe

    ReplyDelete
  2. seronok kan bila da rasa movement. la ni pun tengah duduk ni pun, dia dok tolak2 kat bawah, tersepit kot.huhu..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...